Dugaan Hawa Melamar Adam

1654813

 

Bukanlah suatu yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita, wanita melamar lelaki untuk dijadikan teman hidup. Masih akan timbul keralatan yang besar pada sebahagian orang jika wanita yang terlebih dahulu mengambil langkah tersebut, yang sepatutnya dimulakan oleh lelaki.

Wanita yang bertindak begitu, akan pantas sahaja dianggap sebagai rendah sahamnya, kurang sifat malu dan sebagainya.

 

ASAS

Kalau bercakap pasal ini, kita akan segera mengambil contoh Saidatina Khadijah r.anha – yang melamar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam – untuk dijadikan suaminya.

Tetapi umum mengetahui, Saidatina Khadijah menggunakan perantaraan, dan tidaklah meluahkan hasrat hatinya sendiri, terus terang kepada Rasulullah.

Ada kisah yang lain di mana seorang wanita melamar ‘direct’ kepada  Rasulullah.

Ia diceritakan oleh Anas r.anhu – dalam hadith riwayat Imam Bukhari – ketika Anas berada bersama Rasulullah s.a.w, dan anak perempuan Anas juga ada bersama mereka, datang seorang wanita kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam lantas bertanya :

” Wahai Rasulullah, adakah engkau mahukan aku ( sebagai isterimu )”.

Anak perempuan Anas lantas memberi komentar kepada ayahnya : ” Bagaimana dengan wanita ini, tidakkah dia malu melamar begitu kepada Rasulullah. Tidakkah dia punya harga diri.”

Lalu Anas r.anhu berkata : ” Dia lebih baik daripada engkau. Dia cintakan Rasulullah, lantas menawarkan dirinya untuk Rasulullah.”

Imam Al Bukhari meletakkan hadith ini di bawah bab ” Wanita menawarkan diri kepada lelaki yang soleh.”

Kata Syaikh Badruddin Mahmud Al-Aini :

Kata-kata Anas r.anhu kepada anak perempuannya, menunjukkan bahawa harus seorang wanita menawarkan diri untuk dinikahi oleh seorang lelaki yang soleh, dan diketahui bahawa wanita itu melamarnya kerana kesolehan dirinya, atau kerana kemuliaan dirinya, atau kerana nilai-nilai beragama yang wujud pada dirinya, dan itu tidaklah mencacatkan maruah wanita tersebut bahkan menunjukkan kepada ketinggian jiwa wanita tersebut.

( Umdatul Qari ala Syarh Al Bukhari )

Para ulamak juga menyebut bahawa tidak menjadi suatu yang salah pun di sisi syarak, untuk seorang wanita memulakan dahulu lamaran kepada seorang lelaki. Sebagaimana harusnya seorang lelaki memulakan lamaran kepada seorang wanita.

 

REALITI

Kisah 1 :

” Kami dulu ok saja. Tak adalah rapat sangat, tapi ok lah. Saya rasa dia macam baik dengan saya, dan saya pun suka dekat dia. Tapi saya tak tahulah dia suka saya ke tak, cuma dari gayanya, saya rasa mungkin ada juga sikit. Lalu saya beranikan diri, lamar dia. Dia tak adalah bagi respon teruja sangat. Lepas-lepas tu, saya ada bagi satu surat, nyatakan rasa hati saya, dan saya terbuka sahaja dengan apa jua jawapan dia. Namun sampai sekarang, tidak ada respon. Hubungan kami juga sudah tak macam dulu.”

Kisah 2 :

” Saya memang belum ada siapa-siapa. Tapi buat masa ni, saya tak nak fikir lagi pasal tu..”

Jawapan seorang lelaki bila dilamar oleh teman sekerja. Asalnya dirisik, macam terbuka sahaja untuk berkahwin. Katanya pun, memang tengah cari calon. Tapi bila diberanikan diri, tahu saja siapa yang lamar, begitu pula respon si lelaki. Bila disiasat balik, rupanya ada hati dengan orang lain, walaupun hasrat hatinya dengan orang itu tidak berbalas.

Mahu atau tidak, itulah dunia yang sedang kita huni, dan itulah bumi yang sedang kita pijak. ‘Seni’ lelaki ketika menolak atau tidak berkenan, memang begitu.

Saya tabik dengan keberanian sebahagian wanita melamar secara ‘direct’ kepada lelaki yang disukainya. Menawarkan diri untuk dijadikan kekasih sampai mati. Mungkin berinspirasikan hadith Anas r.anhu di atas.

Namun saya kira, ada juga sudut-sudut lain yang perlu ditimbang sama.

Pertamanya : Wanita itu melamar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Manusia yang paling soleh, yang mana jika Baginda mahu menolak, tentu baginda akan menolak dengan sebaik-baik cara. Jika mahu diterima, akan diterima dengan sebaik-baik cara. Jika mahu dijaga keaiban dan air muka – jika wanita itu ditolak – juga akan dijaga dengan sebaik-baik. Pokoknya, Baginda benar-benar lelaki soleh. Hari ini, mudahkah untuk menjumpai lelaki sesoleh itu? Yang mana jika menolak, ditolak dengan baik, dan jika ditolak, akan dijaga ketinggian maruah si wanita yang meminta sebaik-baiknya? Yang mana sesekali tidak akan bercerita atau menjadikan ‘bahan jenaka’ bersama teman-temannya?

Kedua : Kita tidaklah mahu bertuhankan budaya. Namun budaya setempat tetap perlu diraikan sama. Lebih-lebih lagilah dengan ‘gaya hidup’ di kalangan orang muda. Benar, melamar terus kepada lelaki yang kita suka ( samada berdepan, atau personal mesej, email dan sebagainya ) tidaklah menjadi kesalahan pun. Tetapi dari kacamata uruf dan budaya setempat, ia masih juga berat dan ralat untuk diterima. Di kalangan lelaki-lelaki muda itu contohnya, berapa peratus yang boleh terbuka dengan konsep ‘ sebagaimana lelaki boleh melamar wanita, wanita juga boleh melamar lelaki ‘ ataupun mereka sebenarnya memegang prinsip ‘ lelaki lamar wanita itu gentleman, tapi kalau wanita lamar lelaki bukan “gentlewoman”.

Macam jugalah dengan mahar dan walimah.

Meskipun jelas-jelas dalam hadith, yang rendah maharnya itu yang paling baik, namun berapa ramai yang boleh terima ( secara uruf dan budaya setempat ) apabila anak perempuan lulusan ijazah atau master mahupun bekerjaya, menerima mahar yang rendah? Ataupun juga dengan walimah yang ringkas dan tidak gah. Ia suatu ‘perjuangan’ yang baik, namun kekangan dari budaya setempat tetap juga perlu diraikan.

Boleh mahu buat, tapi kena lah bersedia menerjang ombak.

 

DUGAAN 

Antara lain, wanita yang melamar juga berdepan dugaan apabila lelaki yang dilamar merasakan mereka sangat ‘mahal’ pula. Dia juga cenderung untuk ‘memandang rendah’ kepada wanita yang telah melamarnya itu sambil memandang tinggi kepada wanita yang tidak melamarnya. Iyalah, terasa seperti ramai pula wanita yang tertarik dengan dirinya serta alangkah tinggi ‘sahamnya’ di mata wanita. Walaupun sikap buruk sebegini wujud pada lelaki, tetapi tamparan hebatnya adalah pada wanita.

Mereka berdepan risiko yang cukup besar untuk menemui ‘lelaki soleh’ yang akan benar-benar menghargai lamarannya atau hasrat murni di hatinya.

Sesetengah lelaki, akan merasa ‘lekeh sangat’ kalau mengambil wanita yang mahukan dia sebagai isteri. Mereka sebaliknya akan rasa hebat kalau mengambil wanita yang mereka mahu sebagai isteri. Besar bezanya bagi mereka, antara wanita yang mahukan mereka, atau mereka yang mahukan wanita tersebut. Kalau diterima, akan terasa seperti murah sangat pula. Tambah-tambah lagi kalau wanita itu bukan dalam kategori ‘ada rupa’. Kalau ada rupa, biasanya tak jadi masalah besar.

Buat wanita yang benar-benar ikhlas pula, itulah ujiannya. Itulah dugaannya.

 

SARANAN

Menyenaraikan dugaan-dugaan berat untuk seorang wanita melamar lelaki, bukanlah bermakna segalanya tiada solusi.

Itulah indahnya Islam, sentiasa sesuai dengan fitrah dan keinginan manusia.

Jika berkenan dengan lelaki yang soleh serta mahu menawarkan diri kepadanya, gunalah ORANG TENGAH. Guna perantaraan ( bukan jin ) saya kira adalah alternatif yang paling baik. Ramai juga para ulamak yang menyarankan sedemikian.

Orang tengah itu, mungkin keluarga, mungkin sahabat baik, mungkin asatizah yang kita kenal dan sebagainya.

Lihat contohnya dalam kisah Nabi Musa alaihi as salam, ketika sampai ke Madyan, bertemu dua orang puteri kepada ٍSyuaib alaihi as salam. Setelah dibantu mengambil air dan keduanya pulang, salah seorang berkata kepada bapanya :

قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الأَمِينُ

Berkata salah seorang dari keduanya ; wahai ayahku ambillah dia bekerja. Sesungguhnya sebaik-baik orang untuk diambil bekerja adalah orang yang kuat lagi amanah. [ Al Qasas : 26 ]

Firman Allah ta’ala dalam ayat seterusnya yang berbunyi ;

 قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنْكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَنْ تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ

Berkata ( Syuaib ) Sesungguhnya aku ingin menikahkan engkau dengan salah seorang anak gadisku, sekira-kira engkau mesti bekerja denganku selama lapan tahun. [ Al Qasas : 27 ]

Ditafsirkan oleh Imam Al Qurtubi dengan katanya :

Itu adalah menunjukkan kepada lamaran seorang bapa untuk anak perempuannya, dan ini adalah contoh yang baik dari seorang lelaki soleh dari Madyan kepada seorang lelaki soleh dari Bani Israil. Demikian jugalah, Umar al khattab menawarkan puterinya kepada Abu Bakar dan Uthman.

Menggunakan orang tengah ini sebenarnya mengurangkan risiko ‘jatuhnya saham’ pada nilaian orang lain. Meskipun itu bukanlah nilaian syarak. Sepatutnya, itu tanda besarnya jiwa seorang wanita yang mahu menikahi seorang lelaki yang soleh, maka tindakannya patut dipuji. Tapi disebabkan kita ini hidup dalam suasana seperti hari ini, ianya tidaklah semudah yang kita fikirkan.

Satu lagi saranan saya, JANGAN BERSEORANGAN dalam hal ini.

Berdua adalah lebih baik. Maksud saya, bercerita dan meminta pandangan orang lain atas hasrat hati kita yang mahu melamar lelaki itu, adalah lebih baik. Setidak-tidaknya, kita tidak hanya menurut kata hati sendiri. Setidak-tidaknya, matanglah sikit pertimbangan yang mahu dibuat, sebab itu bukanlah calang-calang pertimbangan. Besar risikonya. Jadikan orang tengah atau sahabat itu sebagai tempat berbincang, menilai baik dan buruk pada lelaki yang hendak dilamar, sebelum mengambil keputusan nekad melamar lelaki tersebut.

Jika kita buat dengan cara terhormat, menggunakan saluran yang betul, mengekalkan ketinggian ‘saham’ kita pada pandangan lelaki, insyaAllah jika ditolak atau tak diterima sekalipun, kita tak akan rasa ‘terlalu sakit’.

Tapi jika kita sendiri ‘tebalkan muka’ dan beranikan diri melamar direct, seterusnya kita ditolak, kita akan merasa banyak kali sakit. Sakit ditolak dan harapan berkecai, sakit pula memikirkan ‘bodohnya aku’, kenapalah aku pergi lamar dia, malunya aku, dan sebagainya. Ramai juga yang rasa sakit seperti ini, meskipun niat mereka baik.

Selagi ada cara terbaik, maka gunalah cara yang terbaik itu, yang risikonya kurang dan selamat dari buah mulut orang.

 

LELAKI SOLEH

Sebelum akhir, saya nak juga sebut satu benda.

Saya perasan dalam perbahasan ulamak, mereka menekankan tentang LELAKI SOLEH pada menghuraikan lamaran seorang wanita kepada lelaki. Bukannya lamar lelaki yang kacak, popular, ‘hero novel’, kaya dan sebagainya.

Kata Syeikh Al Aini pengarang kitab Umdatul Qari :

Adapun orang wanita yang menawarkan dirinya kepada seorang lelaki kerana apa-apa tujuan berbentuk keduniaan, maka itu adalah sehodoh-hodoh tindakan dan hanya mendedahkan kepada keburukan.

Lamarlah lelaki yang soleh, setelah dirisik kebaikan dan kesolehan lelaki tersebut sebaiknya. Biarpun lelaki itu mungkin tidak hensem, tidak kaya, tidak popular dan sebagainya, tetapi dia lelaki yang soleh. Sebenarnya, bukan hanya lelaki yang kena diingatkan agar mencari wanita yang solehah. Wanita juga perlu diingatkan sama agar mencari lelaki yang soleh.

Menawarkan diri atau melamar lelaki yang SOLEH adalah tindakan terpuji lagi mulia, bahkan kalau tidak diterima sekalipun anda tidak perlu bersedih, kerana itu petanda besarnya jiwa dan hebatnya cinta anda kepada agama.

Jika belum ada rezeki, teruslah ambil yang positif dari tempoh masa ‘menunggu’ yang diberikan Allah kepada anda.

Boleh jadi Allah mahu anugerahkan sesuatu kepada anda dalam tempoh tersebut. Boleh jadi juga Allah mahu elakkan sesuatu bencana atau musibah dari anda jika berkahwin dengan orang tersebut. Percaturan Allah sentiasa rahsia, dan tanggungjawab kita adalah untuk sentiasa berbaik sangka.

Lelaki ditolak oleh wanita, wanita ditolak oleh lelaki, kedua-duanya ada duka.

Namun motivasi diri siapa yang lebih tinggi, merekalah yang akan lebih dulu merasa bahagia!

 

Sekian.

About Ahmad Syafiq

Gemar menulis dalam bidang motivasi dan keremajaan. Mula berkarya melalui penulisan blog seawal tahun 2007. Graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah ( Fiqh dan Usul al-Fiqh ) dari Universiti Yarmouk, Jordan.

23 comments

  1. Setuju dgan saudara syafiq tentang budaya dan pmikiran masyarakat, peribahasa ‘perigi mencari timba’ dan sebagainya menyebabkn kebanyakan kaum wanita risau dipandang rendah dan tiada harga diri jika bertindak sdemikian. Ini berdasarkan pengalaman dan rasa hati saya sndiri, yg akhirnya mngambil keputusan untuk berdiam diri sahaja dan berdoa agar Allah akan hadirkan seseorang yg lebih baik. Hakikatnya sy sedar, doa tanpa usaha,takkan bawa apa2 makna. Solusi saudara iaitu mnyatakan hasrat hati melalui org tgah,ye, sy rasa sgt tepat dan paling selamat. InsyaAllah akan diusahakan :) Doakan saya ye!

    p/s: Terima kasih atas artikel2 bermanfaat. Ni buah tangan first sy untuk saudara. Teruskan berkarya, byk hasil tulisan saudara sblum ni yg jadi rujukan saya. Sy pasti ramai yg mghargai dan mnntikan cetusan idea berilmu daripada saudara :D

    • Alhamdulillah, terima kasih kembali atas buah tangan.

      Merubah suatu kebiasaan yang telah sebati dengan masyarakat, memanglah bukan suatu yang mudah. Lebih-lebih lagi melibatkan kepekatan pemikiran dan adat. Kena istiqamah dan sabar, suntik sedikit demi sedikit roh dan penghayatan cara hidup Islam, agar tersingkap keindahannya. Pun begitu, rezeki Allah pada yang ‘mencari’ itu tetap ada. Dalam pada banyaknya dugaan ‘perigi cari timba’, ada juga yang bertemu jodoh dengan cara tersebut, mudah dan dipermudahkan. Rezeki Allah siapa yang tahu, kan :)

  2. salam ustaz terima kasih atas artikel yang sedikit sebanyak memberi pencerahan pada saya..:)
    berdasarkan situasi saya. saya berkawan baik dengan seseorang atas dasar rakan sekursus pengajian namun masih membataskan pergaulan. kami hanya berurusan jika ada urusan penting (tak pernah keluar berdua, sms, bergayut telefon tanpa urusan).memang diakui melalui orang2 yang mengenalinya, dia seorang yang soleh dan menjaga batas-batas agama.dia mengambil berat tentang saya (lebih dari kawan-kawan sekelas yang lain).hinggakan sahabat-sahabat saya sering bertanya pada saya adakah saya ada apa-apa hubungan serius dengan dia (dengan niat utk berkahwin) dan sekiranya ada,mereka gembira dan merestuinya.mereka juga pernah bertanya pada lelaki itu tentang status saya dan dia.namun jawapan diberi oleh dia kepada sahabat2 saya dengan nada gurauan katanya klu betul mana-mana gadis sukakan dia, kena sabar menunggu sehingga dia habis pengajian.sebelum ini saya ambil keputusan utk berdiam diri sahaja dan berdoa yang terbaik.namun baru2 ini, setelah istikharah dan bertanyakan pendapat ibu bapa dan sahabat2,saya mengambil keputusan utk bertanya sendiri pada dia melalui perantaraan emel.tambahan pula sahabat2 menasihati saya supaya saya pastikan sendiri adakah dia ada apa2 perasaan pada saya atau sekadar kawan baik memandangkan kami dah berkawan lama.mereka bimbang saya mengharap pada yang tak pasti.dan saya telah bertanya pada lelaki itu dan meminta dia juga beristikharah dan fikir sebaiknya sebelum memberi jawapan pada saya.sehingga sekarang saya masih belum mendapat jawapan.mungkin juga dia belum bersedia utk beri jawapan..dan kami tak pernah berbincang pasal benda ini secara berdepan selain dari melalui emel.namun hingga kini hubungan kami tetap baik seperti biasa.kadangkala sikap baik dan keprihatinan dia terhadap saya memberi saya harapan…adakah betul tindakan yang saya ambil?dan adakah reaksi dia itu salah satu seni dia ‘menolak’ atau patutkah saya menunggu sehingga dia meberi jawapan yang pasti pada saya..mohon pandangan ustaz.jazakallahukhairan :)

    • wslm wbt

      dalam saranan saya di atas, saya rasa jelas mengenai kelebihan penggunaan orang tengah atau perantaraan. boleh jadi kebuntuan menunggu jawapan sebegini tak akan terjadi, jika yang bertanya itu bukan kita, tetapi wakil kita. contohnya mungkin jawapan dia adalah ” insyaAllah saya akan fikirkan ” atau ” saya tak bersedia untuk pertimbangkan dia ” dan sebagainya, yang sekurang2nya menjadikan kita tidak tertanya2 atau berharap yang tidak pasti, sekalipun jawapan itu menyedihkan.

      boleh jadi, lelaki itu merasa ralat untuk memberi jawapan negatif, bimbang hubungan terjejas, atau menjatuhkan air muka saudari dan sebagainya, atau boleh jadi juga dia jenis yang tak suka sorang wanita berterus terang tentang perasaannya kepada seorang lelaki, meskipun perasaan itu ada.

      kalau dia merespon baik, alhamdulillah. tapi kalau tak respon, baiklah digunakan wakil untuk bertanya dengan lebih terhormat.

      • terima ustaz atas pandangan yang sangat membantu saya..dalam situasi saya ketika bertanyakan soalan pada dia, saya belum mengakui atau berterus terang apa-apa tentang perasaan saya.saya hanya meminta kepastian dari dia adakah dia menganggap saya sekadar kawan baik atau lebih dari itu.ekoran soalan itu dia juga ada menyatakan andai dia bertanya soalan yang sama pada saya, apakah jawapan saya untuk dia..dan selagi dia masih belum memberi apa-apa jawapan, saya berpendapat lebih baik saya menyimpan dulu jawapan saya utk dia.
        dan inshaaAllah di masa akan datang andai tiada juga respon dari dia,saya akan menggunakan khidmat orang tengah seperti yang disarankan oleh ustaz. :)
        jazakallahukahiran.

  3. Asssalamualaikum.
    terima kasih atas perkongsian yang sangat membantu,mohon pandangan dan pencerahan dari ustaz,yang mana saya ada meminta pertolongan dari seorang lelaki untuk membaiki alatan elektronik dirumah sewa saya yang mana menempatkan saya dan kawan-kawan se
    universiti,ketika proses membaiki dilakukan saya duduk diruang tamu yang mana hanya disitu terletak dapur dan ruang tamu,rumah yang kecil menghadkan ruang,saya ambil keputusan untuk duduk disitu kerana risau ada yang hendak diperkatakan tentang barangan yang rosak itu,ada bertanyakan padanya lebih mudah saya duduk dibilik atau diruang tamu?dia menjawab atas keselesaan saya,risau jika saya duduk dibilik menyusahkan dia untuk mengetuk pintu dan sebagainya,kerana dibilik menempatkan saya dan seorang lagi kawan.Usai semuanya,dia pulang,dan sehari kemudian dia ada menelefon saya dan bertanya kabar,dan menanyakan adakah saya sudah makan?saya menjawab sudah,dan dia menawarkan untuk menghantar sedikit buah tangan,saya tidak menolak,tetapi waktu itu telah malam,sekitar jam 9pm,tidak ada apa yang dibincangkan ketika saya mengambilnya,ucap terima kasih dan kemudian dia beredar,saya terhutang budi,kemudian esoknya saya membalas dengan sedikit buah-buahan,hanya niat untuk membalas apa yang diberi,tetapi pada malam berikutnya dia menelefon saya menanyakan perkara yang sama,dan dia menghantar sedikit buah tangan pada saya,risau fitnah menimpa,kerana saya dan dia adalah ajnabi,saya bertanyakan kenapa perlu susah-susah untuk hantar,dia hanya menjawab tidak menyusahkan,ambil la,takut kesan makan budi orang terlalu banyak,lebih-lebih lagi ajnabi,ada bertanya pada sahabat,sahabat,menyuruh saya bertanya,kerana apa dia buat semua ini,tiada istilah kawan antara ajnabi,untuk apa sampai lewat malam sanggup luangkan masa untuk hantar,mati akal apakah ayat yang terbaik untuk diajukan,mohon bantuan ustaz,segala perhatian dan perkongsian ustaz amat saya hargai,moga allah membalas segala kebaikan.Sekian.

    • wslm wbt

      bersyukurlah kerana Allah campakkan rasa tidak selesa dan asing itu, sehingga saudari tergerak untuk bertanya pendapat kawan-kawan, samada apa yang dilakukan itu betul atau sebaliknya. itulah firasat hati seorang mukmin, sentiasa gelisah dengan perkara yang tidak baik.

      pandangan saya begini ; kembali perbaiki tindakan saudari dan juga rasa’ terhutang budi’ yang mensongsangkan gerak langkah saudari sendiri. sebaiknya, bila dia tolong, kita bagilah upah, kalau dia tak mahu terima upah, kita hidanglah sedikit air, kalau dia tak mahu juga, cukuplah dengan ucapan terima kasih. sebab apa? sebab kita nak pastikan pertolongan dia kita balas dengan sebaik mungkin dan dengan cara yang paling terhormat. bebas daripada fitnah dan selesai sampai di situ.

      adapun untuk berbalas mesej kemudiannya, atau saling bertukar2 buah tangan, atau kalau2 diajak keluar pula- atas nama ‘terhutang budi’ – ternyata itu sudah jauh daripada cara yang sepatutnya. itu namanya sedang menuju ke arah lain, yang bakal memberi kesan tidak baik kepada anda berdua.

      nyatakan dengan baik kepada dia, saya tidak boleh menerima buah tangan atau perhatian yang diberikan seperti itu, kerana agama saya tidak mengajar begitu. apapun, saya tetap menghargai dan mengucapkan terima kasih banyak2 atas pertolongan saudara. berterus terang dan perbaikilah keadaan, itu lebih baik.

  4. Assalamualaikum.
    tambahan ustaz,usai dia membaiki,saya ada memberi upah dan menghidangkan air,dan setelah usai semua,dia ada menanyakan untuk tumpang solat seketika,dan mengajak saya berjemaah dengannya,tetapi saya menolaknya,terkejut dekat pelawaan,tetapi berbaik sangka dengan pelawaan tersebut.

  5. Sayyidati Hafizah

    Assalamu’alaikum Ustaz…

    Alhamdulillah, sy rasa bersyukur sgt kerana persoalan tentang melamar ni akhirnya sudah terjawab melalui artikel Ustaz..Ustaz, sya mohon nasihat dn pandangan dr Ustaz ttg masalah sya ini :

    Ustaz, begini, sya kenal dgn seseorang jejaka selepas gathering untuk mengeratkan silaturahim sesama jemaah haji. Kami menjadi sahabat selepas itu dan sya realised dia rajin bertanya khabar dn perihal diri sya. Dalam masa dia menghubungi sya, dia pernah tanya samada sya punya perasaan kat dia. Fitrah manusia suka pada yg baik tapi soal bab hati sya tidak mampu menjwbnya kerana sya rasa airmuka sya jatuh klo nak meluahkan perasaan suka pada lelaki ni. (Sya ingin belajar mengikuti sunnah dan tak ingin bercinta sebelum kahwin)

    Perkara kedua yg sya realised, semenjak kehadiran nya, sya sering bermimpi masjid. Ada yang kata mimpi masjid ini tandanya jodoh sudah dekat. Biasanya sya klo mimpi masjid tu sethun sekali tapi ini tidak, semenjak kehadirannya sya mimpi hinggan 5 kali. ( Hanyda dia yg rapat sama sya, tidak ada lelaki lain). Oleh kerana tidak mahu terbuai oleh perasaan dan hawa nafsu, sya juga pernah isitkhrah, pun dpt mimpi yg baik jugak. Adakah restu kedua orang tua itu menandakan jawapan istikharah kita Ustaz?

    Dalam diam, sya sudah menyiasat prangai lelaki tersebut dari 2 orang sepupunya. Ternyata lelaki ini mempunyai pegangan dan ilmu agama yg baik. Sya juga pernah bertanya kepada keluarga angkat lelaki tersebut ttg akhlaknya selama tinggal bersama mereka, ternyata jawapan mereka juga positif. Jadi sya sampaikan hasrat sya itu kepada slh seorang sepupunya untuk menjadi orang tengah antara kami. Tetapi tidak disangka, lelaki yg hendak sya lamar ini telah terbaca sms sya kepada sepupunya. Sya merasa malu yg amat sangat kerana niat sya itu telah diketahuinya. Dia ada mengatakan yg dia juga akan membincangkan perkara tersebut bersama sya nanti. Dia hargai apa yg inign sya lakukan itu. Oleh kerana malu yg teramat sgt, saya mengambil keputusan untuk tidak menghubungi lelaki itu dlm beberapa waktu untuk menenangkan sya.

    Masalahnya begini, dlm jangka masa kami tidak berhubung, sya lihat pada Fbnya yang dia sering mengomen dgn memuji foto2 wanita ygn ada dlm Fbnya. Setelah beberapa kali dia lakukan seperti itu, hati sya menjadi tawar Ustaz. Kalau fikirkan secara positif, mungkin dia sedang menduga sya atau mungkin itu melambangkan dirinya yg sebanar….Bukankah sepatutnya lelaki yg punya pegangan dan ilmu agama ini ‘ menjaga pandangan matanya’ nya ustaz? Apakah sya patut meneruskan niat sya untuk melamarnya itu? Atau adakah ini dugaan dari syaitan yg ingin mematikn niat sya itu? Sya tidak suka kepada lelaki yg punya pegangan agama dan ilmu tetapi tidak mengamalkannya………

    Mohon penjelasan Ustaz ttg perkara ini. Syukran Ya Ustaz! =)

    • wslm wbt

      1- antara petanda istikharah yang positif adalah apabila lapang jiwa, mudah urusan, banyak nak difikir tapi hati tetap tenteram. itu mungkin salah satu petanda yang Allah bagi. adapun tentang mimpi masjid, saya tidak arif tentang itu, jadi tak boleh komen.

      2- saudari sebenarnya sudah mempunyai suatu ‘instinct’ apabila lamaran saudari terbocor, kemudian pula terlihat sikap dia dalam berinteraksi dengan ajnabi, cuma saudari mahu meminta kepastian atas ‘instinct’ tersebut sahaja, kan. kalau ditanya pandangan saya, sudah tentulah pandangan ini terbatas, lantaran saya tidak mengenali peribadi dia. saudarilah yang mengenalinya.

      tapi saudari boleh jadikan pesan nabi sallallahu alaihi wasallam sebagai panduan ; sesungguhnya hati seorang mukmin itu tenang pada perkara kebaikan dan gelisah pada perkara keburukan.

      rapatlah dengan Allah, ikutlah firasat hati. saya yakin saudari ada jawapannya nanti.

  6. Assalamualaikum ust,
    Saya masih menanti jawapan untuk ‘lamaran’ saya daripada org tengah yang saya percaya. Saya risau dan malu andai ditolak. Adakah perasaan saya ini adalah petanda atau saya terlalu memikirkan jawapan yang negatif kerana si dia yang dilamar itu terlalu baik orangnya. Mungkin ust boleh sarankan beberapa idea supaya saya boleh bertenang sambil menanti jawapan :)
    JZKK!

  7. Assalamu’alaikum ust,

    Terima kasih atas perkongsian ustz. Saya sebenarnya pernah menjalani proses melamar seorang lelaki A yg pernah saya kenali semasa belajar melalui orang tengah (sahabat baik sendiri) dan seterusnya melakukan taaruf di rumah seorang ustz. Namun selepas 2 minggu ditolak hanya dengan jawapan’saya tak dapat nak teruskan dan mungkin bukan jodoh saya’. Secara jujurnya memang ia menyakitkan bila ditolak dan menjadikan diri sangat lemah tambah lagi lamaran itu bermula dari pihak perempuan itu sendiri. Namun lama-kelamaan Alhamdulillah saya ok namun tetap rasa serik dan berbekas dihati. Mohon pendapat ustaz, adakah apa yang saya rasai ini mnterjemahkan yang saya masih tidak boleh terima kenyataan dengan penolakan tersebut?

    Dan lama selepas itu saya mendapat tahu bahawa lelaki A tersebut sudah pernah melakukan 3 proses taaruf dengan perempuan lain sebelum dilakukan bersama saya dan sehingga kini masih ada perempuan yang menggunakan khidmat orang tengah (dan kebetulan orang tengah itu saya sendiri) untuk melamarnya. Jadi, dalam persoalan ini, apakah yang perlu saya lakukan sama ada mencadangkan secara positif atau sebaliknya. Kerana lelaki A ini kelihatan seorang yang beragama, sopan, baik dan suka untuk hadir majlis ilmu namun kerana proses taarufnya yang terlalu banyak menjadikan saya mempunyai sedikit pandangan yang negatif kepadanya. Mohon penjelasan dan nasihat ustaz kepada saya.

    jazakallah>

  8. Assalamualaikum ustaz,

    Alhamdulillah menerima sedikit pencerahan dari entry yang bernas ini. Saya ingin mendapat pandangan ustaz tentang kisah dan tindakan saya. Baru2 ini saya ada berurusan dan urusan itu dikendalikan seorang lelaki. Semasa berurusan tersebut lelaki itu mendapat tahu yang saya masih single, lalu secara spontan beliau melamar dan mengajak saya keluar. Gara2 terkejut dengan tindakan spontan beliau saya hanya mampu senyum tapi tidak berkata apa2. Beliau menaaruf saya secara ringkas kerana situasi saat itu sangat tidak sesuai. Seminggu kemudian beliau menelefon dan sms mengajak saya bertemu. Saat itu saya tidak membalasnya kerana saya sangsi dengan niat dan status beliau. Hampir sebulan berlalu, saya tiba2 teringatkan beliau..sangat kuat ingatan saya terhadapnya dan saya mula merasa sesuatu pada perasaan saya. Mungkin kerana saat ini saya sedang mencari dan bersedia bila2 masa untuk settle down, lebih2 lagi lelaki ini tidak mendesak saya sebagaimana lelaki2 lain yang pernah melamar saya..lalu saya berfikir sebenarnya lelaki ini tiada kurangnya..lamaran dia tidak salah. Tempoh diam saya sebelumnya kerana 2 faktor yang kurang selesa untuk saya terima i.e perbezaan umur yang sangat jauh (beliau agak berusia) serta tindakannya bertanyakan jumlah gaji saya, selain saya tidak tahu status sebenarnya. Saya tidak mahu terlibat lelaki punya anak isteri.

    Setelah saya yakin dengan perasaan saya untuk mempertimbangkan beliau, saya beranikan diri sms menanyakan status dan niat sebenarnya. Beliau menelefon saya kembali sebanyak 3 kali. Tetapi saya tidak mengangkatnya kerana tidak berani untuk mendengar jawapannya. Sehari kemudian saya sms meminta maaf dan menjelaskan asbab saya tidak mengangkat call nya serta menolak ajakannya untuk keluar kerana prinsip saya tidak akan keluar dengan lelaki yang tidak saya kenal. Namun saya memintanya cuma sms sahaja. Malangnya sesudah itu beliau tidak pernah menghubungi saya lagi walaupun banyak kali saya cuba berkomunikasi dengan beliau. 2 bulan saya solat istikharah meminta petunjuk dan bantuan Allah kerana hati saya tidak tenteram semakin kuat mengingati beliau.

    Bulan seterusnya saya kembali ke tempat pertemuan pertama kami untuk bertemunya dan menjelaskan apa yang tergantung antara kami. Sebelumnya saya telah buat solat istikarah dan hajat mohon Allah permudahkan “urusan” saya itu. Dengan kuasa Allah saya tidak berpeluang bercakap terus dengan beliau tetapi dengan rakan sekerja beliau. Peluang itu saya gunakan untuk merisik status beliau dan jelaslah beliau masih single. Saya sampaikan salam dan beri hint pada rakan beliau tentang keterbukaan saya terhadap lamaran beliau. Rakannya memaklumkan kehadiran saya dan beliau meminta saya mampir ke hadapannya. Tidak berpeluang untuk bersemuka membuka peluang untuk beliau asyik merenung saya. Dari situ saya yakin beliau benar2 sukakan saya, atau mungkin peluang itu memberinya ruang untuk menilai saya lalu membatalkan niat awalnya. Saya seorang yang punya rupa paras yang agak menarik dan personaliti yang diminati ramai lelaki, tetapi saya seorang perempuan yang agak konservatif iaitu tidak melayan lelaki dengan bebas….jadi saya konfius dengan reaksi beliau.

    Sebulan kemudian saya masih cuba sms untuk mendapatkan kepastian tentang niat awalnya, apakah belaiu serius dan ikhlas melamar saya keranaNya apa tidak? Kerana jika benar serius dan ikhlas saya bersedia membuka hati saya yang telah lama tertutup ini (saya pernah putus tunang 11 tahun yang lalu dan sangat menderita kerananya). Tetapi beliau tidak pernah membalas atau memberikan apa2 response. Beliau terus berdiam diri. Saya merasakan beliau calon suami yang baik dan sesuai yang telah sekian lama saya nantikan. Saya merasa senang dengannya dan mudah mesra seolah2 kami telah kenal lama.

    Persoalan saya, apakah ini jawapan kepada istkharah dan solat sunat hajat saya? Yang mana saya memohon Allah tentukan yang mana baik untuk saya dan hindarkan mana yang tidak baik dari saya. Saya mohon dipermudahkan urusan dan dibukakan jalan ke arah pertalian hati, jodoh dan nikah andai beliau benar ikhlas dan jodoh yang sudah tertulis untuk saya, sebaliknya jauhkan beliau dari saya jika niatnya tidak ikhlas terhadap saya. Ingatan saya terhadapnya semakin berkurang dan hati saya kembali tenang. Sekali sekala saya mengeluh kerana merasa mungkin telah terlepas peluang sekali lagi setelah banyak peluang2 lain saya tolak gara2 fobia saya dahulu. Umur juga kian meningkat. Mungkin juga saya sedang diuji untuk benar2 melaksanakan prinsip saya ini..iaitu taaruf hanya untuk nikah dan saya akan terima mana2 lelaki yang baik yang pertama melamar saya sebaik saya pulang ke tanahair (saya baru pulang sekitar 6 bulan)…kadang2 saya terfikir mungkin beliau bukan sebenarnya jodoh saya, lalu Allah akan menemukan jodoh yang lebih sekufu (dari segi perbezaan umur dan taraf pendidikan?) segalanya mungkin? Saya tidak tahu bagaimana kerana sesekali saya tetap mengingati beliau dan masih merasa kan beliau calon suami yang sesuai. Beliau lebih mampu membimbing saya berbanding lelaki muda yang belum tentu peribadinya. Apakah semua ikhtiar saya sudah benar di jalan syarak dan apakah penyerahan saya seluruhnya kini kepada Allah untuk menentukan masa depan saya adalah apa yang sebenarnya dituntut dalam islam. Saya berusaha melupakan beliau dan bersedia dengan apa jua ketentuan yang mendatang, tidak mahu berputus asa selagi masih sihat dan bernyawa.

  9. salam ust ,
    nak tanya ,
    sy dah bertunang dengan seorang wanita .
    setelah beberapa bulan , tunang sy menyatakan penolakan terhadap saya seperti
    – tiada komunikasi yang baik
    – tiada chemistry
    – pilihan keluarga
    – dll
    sy terima penolakan tersebut dan sy redha .
    apa yang patut saya lakukan seterusnya ,
    a. menanti bapanya memutuskan pertunangan ?
    b. saya sendiri berjumpa bapanya dan meminta diputuskan

    mohon pencerahan

    • wslm. jika ada yg mahu putuskan pertunangan, maka ia dikira putus, walaupun tanpa pertemuan dgn keluarga dan mengikut adat biasa.

  10. Pimpin aku melamar redha-Nya

    Assalamualaikum ustz,, alhamdulillah ditakdirkan Allah ana jumpa dgn artikel yg mengubat hati… antara keinginan, dan mengharap.. malu lebih besar darikeduanya.. bismillah.. ana penah menolak lamaran pensyarah ana smasa ana belajar dulu.. sbnrnya ana suka dia.. tp bila dia tnya ana.. ana malu nak trima mlu nk berkata ya.. sbb ana rasa ana ni tak layak dengan dia.. ana bukan dari golongan pelajar jurusan pengajian islam.. ana cuma student muamalat.. banayk sgt kekurgn yg ana rasa ad pada dri ana.. pensyarah ana seorg yg terbuka. dan terima kekurangan ana.. dia ada dtg kerumah berta’aruf dgn keluarga ana.. smua fmly ana suka.. saya pun suka sebnarnya.. tetapi.. ntah knpa smasa ana hendak memberi kptusan.. sy rasa takut ,, tkut tak dpt menjlnkn tagjwb ana nnti dgn baik..mgpa stiap kli ada org dtg mendekat dgn ana ..ana rasa rendah diri.. ana tolak pensyarah ana.. dgn mgtakan dia akan berjumpa dgn org yg lbih baik dri ana.. tak lama beberapa bulan slps tu.. dia bernikah dgn seseorg yg ana kenal.. sedih jgk.. ana mndgr berita ttg pernikahan mereka.. ana slalu salahkan dri ana.. ana mnyesal sbb kptusan yg ana buat dulu.. tak seiring dgn hati ana..

    skrg alhamdulillah.. ana dah hbis bljr.. ana mula memikirkan tentang fitrah insani.. ana seorg yg biasa2.. perlukan pimpinan seorg imam utk ana meraih redhaNya.. ana ada tersuka dgn seorg muslimin ni.. dia bljr 1 kolej dgn ana.. tp dia seorg yg agak hebat.. siapa ana utk begandingan dgn dia.. ana berdoa utk ditemukan suami yg soleh.. ana ada bgthu shbt ana yg ana sukan muslimin tu.. shbt ana selidik.. yg dia blum lg bertunang /berkahwin.. tp melalui facebook shbt ana ada perasaan seorg perempuan yg slalu aktf di fbnya.. perempuan itu ada mnyatakan dia dan muslimin itu dlm proses perkenalan.. bila ana dpt thu berita ni ana jdi sedih.. ana rasa ana tak patut rasa suka pada sesorg tu.. dan kadg2 ana rasa tak nak fikir bab2 jodoh ni,,, saat ni ana cuma berdoa ja.. dijodohkn dgn org yg baik2..

    syukran jiddan,, atas perkongsian ni…

    ana ada bca artikel ustaz.. tentang

    http://www.myilham.com/blog/2011/10/panduan-ketika-jatuh-cinta/

    ana faham…

    c ) Dia yang kita suka atau terpikat, rupanya sudah mempunyai seseorang di hatinya. Lalu kita bersabar dan merujuk kembali kepada perkara lebih besar iaitu soal takdir. Akhirnya kita temui ketenangan sebelum mampu tersenyum dan bahagia…..

    d ) Dia yang kita suka rupanya tidak ditakdirkan untuk kita, tetapi dalam waktu yang sama Allah bukakan jalan baru untuk kita dan dengan mudahnya keperluan kita terlaksana dengan seseorang yang kita sendiri tidak jangka. Akhirnya kita tersenyum dan bahagia.

    Dalam apa keadaan sekalipun, kata kunci untuk tersenyum dan bahagia adalah REDHA. Justeru sangatlah penting untuk memegang panduan pertama yakni soal hubungan hati dengan Allah dalam menelusuri panduan-panduan seterusnya.

    Yang penting, kita yakin bahawa setiap orang ada takdirnya masing-masing. Justeru mengapa tidak kita dan mereka berbahagia dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas setiap daripada kita?

    sgt tersentuh dan terkesan dihati ana.. :)

    jazakallah…smga Allah merahmati ustaz..Allahumma ameen

  11. Assalammualaikum, saya cuma ingin meminta pendapat.

    saya kini berumur 20 tahun. saya seorang yang tidak suka bercouple dan tidak pernah mengamalkan budaya couple ni. semenjak saya belajar asasi di sebuah universiti ini pd thn 2011/2012, saya jatuh cinta pandang pertama pada sahabat sekelas saya. disebabkan perasaan suka saya pd dia, saya jarang2 bekomunikasi dengan dia dan tidak rapat dengan dia walaupun kami sekelas. selama 2 tahun saya pendam perasaan saya dengan harapan dialah jodoh saya. dalam solat, saya seringkali memohon supaya Allah menjodohkan saya dengan dia.

    apabila saya mula memasuki alam ijazah, saya dan dia terpisah kerana dia melanjutkan pelajarannya dlm bidang perubatan manakala saya melanjutkan pelajaran dlm bidang matematik. jadi saya agak rasa rendah diri kerana x dapat bersama-sama sahabat2 sekelas melanjutkan pelajaran dlm bidang perubatan. jadi sejak memasuki ijazah, saya dan lelaki yg saya sukai itu tidak pernah bersua.

    tetapi saya hairan kerana perasaan saya kepada dia masih tidak berubah sehingga saya terfikir utk melamar dia agar saya dapat berjumpa dengannya dan merapatkan diri saya dengannya. hal ini kerana saya fikir satu-satunya jalan yg menghalalkan hubungan lelaki dan wanita ialah melalui ikatan perkahwinan. dan saya juga tahu bahawa dia juga seorang yg x mengamalkan budaya couple. saya tahu kami masih muda dan x sepatutnya memikirkan soal perkahwinan.

    di usia 20 tahun dan masih berada di tahun 2 ijazah, saya memberanikan diri utk melamar lelaki itu menggunakan khidmat org tengah dgn menggunakan facebook.
    sebelum itu, saya melakukan solat sunat istikharah dan menonton video2 berkenaan perempuan melamar lelaki. apabila saya berasa yakin dengan istikharah yg saya lakukan , saya pun yakin utk melamar dia.

    saya ada menyuruh dia melakukan solat sunat istikharah sama ada mahu terima saya ataupun tidak. saya x berniat pun hendak menyuruh dia bercouple dengan saya, saya cuma ingin melamar dia menjadi suami saya sahaja.
    tetapi dia membalas mesej kpd org tengah yg saya gunakan itu bahawa dia sejujurnya x terima saya dan dia x pernah terfikir pun tentang hal2 berkaitan perkahwinan ini dan dia kata, dia x mahu lg berfikir tentang semua ini dan ingin fokus kepada belajar.

    bagi saya, jawapan lelaki ini amat penting supaya saya dapat patah hati dengan perasaan saya dan teruskan hidup seperti biasa tanpa menyukai mana2 lelaki.

    tetapi saya masih tetap berharap agar Allah jodohkan saya dengan dia sama ada cepat mahupun lambat.

    jadi saya minta pendapat, adakah saya harus berpatah hati sahaja dengan lelaki ini ataupun teruskan berdoa kpd Allah.

    dan adakah lelaki yg mengambil bidang perubatan sememangnya tidak memikirkan langsung tentang perkahwinan?.

  12. Assalamualaikum ustaz, sy telah menyatakan rasa suka sy pada seorg lelaki yg baik akhlaknya melalui org tgh by fb dgn niat dia akan menunggu sy sehingga sy hbis pngaji 4 thun lg kerana sy tahu dia diminati ramai (sy hanya menyatakn rasa suka shaja dn terlupa untk mngatakn bahwa sy nyatakn ini untuk jadiakn dia suami 4 tahu akan dtg bkn sebagai kekasih).sy juga pernah memberi hint kpd dia tentang ini semasa dia ingi dtg beraya ke rumah sy.sg mngatakn bahawa kamu dtg sahajalh 4 tahun lg kerana skrg sy fikirkan masih tidak sesuai untuk sg yg bru berumur 21 thun membawa kawan lelaki dtg ke rumah walau atas sebab beraya dan sy tkut ayah sy berfikiran negatif kpada sy andai sy membwa kwn lelaki ke rumah. Sy sebenarnya takut dia akn memilih org lain kerana sy orangnya biasa2 shaja, bkn bertudung labuh, tp masih memakai pakain yg menutup aurat dan dlm usaha untuk memperbaiki diri kerana sy merasakan untuk bergandingan dgn org yg baik2 kita mestilah menjadi baik jg. Tp sy juga bimbang niat untuk sy berubh ini salah. Dan ada 1 hal lg membuatkn sy tidk yakin dia akan menunggu sy kerana sy sedg belajar dlm bidang perubatan dn dia dlam bidang sains. Sg pernah terbaca ada kawannya komen di fb nya mengatakn bahawa ”tidak mengapa memilih perempuan yg lg tinggi levelnya dri kita”.pada sy, sy tidak pernah melihat semua itu kerana sy memilihnya untuk menjadi suami sy kerana agama yg ada dm dirinya.Sy ingin memohon apa pandangn ustaz tntang ini kerana sy berasa tidak yakin yg dia akn menunggu sy sehingga sy merasakn sy perlu menghntr ayah sy sbgai org tgh sebagai tanda betapa seriusnya sy. Dia sudah membalas msej sy dgn mengatakakn bahawa dia masih anggap sy sebagai kawan dan mungkin perasaan ini akan berubah nanti..

    • wslm. 4 tahun bukanlah tempoh yang sekejap untuk membina apa-apa hubungan, hatta pertunangan sekalipun. bertunang juga tidak digalakkan dalam tempoh yang begitu lama. 4 tahun bakal mengandungi berbagai-bagai cerita, perasaan yang ada hari ini boleh berubah bila-bila masa lebih2 lagi dalam tempoh 4 tahun di mana kalian melalui proses kematangan, berjumpa pelbagai orang dan sebagainya. walaubagaimanapun, adalah lebih baik mendapatkan jawapan jujur dari empunya badan, tidak kiralah samada melalui keluarga atau tidak. jika jawapan tidak meyakinkan, anggap sahajalah itu hasrat yang belum tiba masanya untuk dilaksanakan. jika saudari ingin berkahwin 4 tahun lagi dan saudari tidak inginkan apa pun dari dia buat masa sekarang ( kecuali semata2 ‘menunggu’ saudari ) maka fokuslah pada kehidupan sendiri. seseorang yang ditakdirkan sebagai jodoh kita tidak akan terlepas daripada kita, tetapi seorang yang bkan jodoh kita tak akan menjadi milik kita, biar diikat seribu tahun sekalipun.

  13. assalamualaikum ustaz. syukran jazilan sbb mnyiarkn artikel ini. yg sbnar ny sy baru je mlamar seorng hamba Allah smlm. tp dia mminta utk solat isthikarah dan bfikir dhulu mgenai lamaran ini. ini tlah mybbkn sy bdebar2 utk mdgr jwpn dr hamba Allah itu. sesungguhny, sy mencintai dia kerana agama dan akhlak yg ada padany. sy jga amat bharap agar dia dpt mjd suami sy. sy tidak brani mletak harapan yg tinggi buat insan itu kerana tidak mahu kecewa. sy risau jgak jika imsan itu mgambil masa yg lma utk mberi jwpn kerana ia mungkin akn mbuat sy ttanya2. mohon pdapat ustaz bg masalah sy ini. Jzkk

  14. terime ksh bnyk2 dgn artikel nie….sebenrnye sye mengalami delema yg x pernh sye alami seumur hidup ni….perkara yg paling sye titik berat kn dri dulu…jgn pernah sesekali pn jatuh hati pde rakan sendiri….dri dulu sehingge lah mencecah 20 an…sye berjaye elak keadaan sebegitu…namun bak kate orng kite hanye merancng…Allah yg menntu kn…sye jth hati dgn seorng rakan sye…seorng yg tak pernh pn sye terlintas yg sye bakal suke…sehingge sye buntu mcm mne sye polh suke die…..nak jdi kn cite adik laki(wali) saye tahu tntng hal ni…dan die saran kn sye memberitehu and die akn jdi wakil sye….agak lame jugak adik sye cube yakin kn sye…sebb saye agak malu dlm hal begini…sebb tak pernh alami…setelah laki tu dpt tahu….die menolak sye kerne sudh berpunye…hanye tuhan je tahu bertape retaknye hati sye…lain yg sye harap lain yg dpt…mule lah rse menyesal yg tak sudah….lps dripd peristiwe tu sye dpt rse kn yg kami akwrd sngt…tak mcm biase…kami dh tak seperti seorng kawn…lebih kpde orng asing…jujur sye kate..kalo tau keadaan jdi mcm nie….sye rele tak ckp ape2…suke dlm senyap pn tak merane mcm nie..and of cos sebagai pmpn rse malu tu tak dpt elak la…sye selalu ingt laki tu mesti rse aku nie gedik…..and yg paling takut die rse rimas dgn sye…tapi artikel nie sedikit sbnyk membuke mate sye….sye harap sye lebih tabah mengahadapi ujian Nya….

Scroll To Top