Guideline Ketika Tempoh Bertunang

rothschild_449

credit : google

 

Bertunang adalah salah satu proses yang wujud dalam syariat Islam. Hukumnya adalah sunat. Ia terjadi apabila hasrat seorang lelaki untuk menjadikan seorang wanita sebagai isterinya disambut oleh wanita tersebut ataupun walinya. Maka, apabila sah menjadi tunangan, wanita tersebut tidak boleh lagi dipinang oleh orang lain.

Mungkin asas tersebut sudah ramai yang tahu.

Cuma ramai orang terlepas pandang tentang apa yang berlaku seusai proses pertunangan tersebut. Kita tahu, jika seorang lelaki hendak melamar, dia diharuskan untuk tengok wanita yang hendak dilamarnya. Apabila wanita tersebut sudah bergelar tunangannya pula, dia boleh berkenalan dengan wanita tersebut beserta keluarganya. Itu antara hikmah pertunangan ; sebagai proses menuju perkahwinan yang sejahtera.

Bab perkenalan itulah ramai orang terlepas pandang. Mungkin sebab tidak dititkberatkan. Maka banyak jugalah berlaku kerosakan pemuda dan pemudi Islam yang berada dalam fatrah pertunangan kononnya atas nama ‘berkenalan’.

Jadi saya cuba tuliskan sedikit guideline atau panduan untuk perhubungan sewaktu tempoh pertunangan. Harapnya, ia mampu menarik mana-mana yang telah terlanjur ke depan dan mampu menyuntik keberanian kepada mana-mana yang masih tidak tahu cara berhubungan.

Ok,kita mulakan.

Pertama : Nothing Change

Apa maksudnya? Maksudnya, apabila anda dan dia bertunang, tidak ada apa-apa yang berubah. Baik dari segi siapa dia, cara bercakap dengan dia, cara memandang dia dan sebagainya. Dia tetap lelaki ajnabi dan dia tetap perempuan ajnabi. Maka layanan anda kepadanya juga mesti sebagai ajnabi. Macam anda berkomunikasi dengan pakcik teksi, abang jual top-up kat kedai dan tukang kebun di sekolah. Apa yang berbeza cuma anda dan dia ada janji untuk berkahwin, itu sahaja.

Kedua : Pemfokusan

Apa hikmah anda sebagai wanita haram dipinang lagi selepas anda menerima pinangan seorang lelaki? Antara hikmahnya, Islam mahu mendidik anda supaya fokus. Buat satu-satu biar selesai satu-satu. Bertunang bukan sekadar soal ‘reserve’ semata-mata. Ia soal penyatupaduan usaha untuk menjayakan sebuah akad nikah. Mahu merealisasikan itu bukan senang, perlu kepada pemfokusan gerak kerja. Jadi, untuk berhubung antara satu sama lain, janganlah lari fokus. Soalan-soalan seperti tadi datang program tak? saya tak nampak awak pun atau awak dah makan ke? makan apa? itu semua agak jauh dari titik fokus yang sebenar.

Ketiga : Manusiawi

Apa yang saya maksudkan di sini adalah layanan kepada satu sama lain ketika berhubungan mestilah seperti melayan manusia, bukan robot. Banyak terjadi, apabila satu pihak ‘terlalu menjaga’ maka dia menjadi robot dan bukan lagi manusia. Mana ada manusia suka berkomunikasi dengan robot, apatah lagi yang berlakon sebagai robot itu adalah tunangannya. Jadi jangan jadi robot, jadilah manusia. Caranya mudah, anda sebagai wanita contohnya, ketika anda pergi kedai top-up dan meminta brader kedai tersebut memasukkan top-up ke dalam telefon bimbit anda, adakah anda berinteraksi dengan brader itu sebagai manusia atau robot?

Anda akan berinteraksi sebagaimana manusia biasa, bukan? Kalau perlu senyum, anda senyum. Kalau perlu jawab apa brader tu tanya, anda jawab. Kalau perlu bertanya, anda bertanya. Tapi adakah perlu untuk anda berbalas jelingan mata dengan brader tersebut? Tak perlu. Adakah perlu anda duduk melayan brader tersebut berbual-bual? Juga tidak perlu. Jadi kena faham, anda bukan perlu menjadi tegas seperti robot, sebaliknya anda perlu menjadi manusia yang tegas.

Keempat : Sms, email, calling

Saya faham, part ini paling ramai yang kalah. Tambah-tambah kalau dapat kredit free, memang susah nak tahan tangan dari mesej atau call orang yang selalu di ingatan. Tambah menyulitkan keadaan, apabila mahu berhubung tetapi tidak ada apa-apa perkara penting untuk dicakapkan. Maka diperah jualah otak mereka-reka ‘perkara penting’ barang sepatah dua, kemudian meleret-leretlah kepada segala benda yang tidak penting. Akhirnya, dua-dua lalai leka.

Jadi dalam hal ini, tidak dapat tidak kedua-dua pasangan mesti menjadi tegas. Patutnya, lelakilah yang memainkan peranan menegakkan ketegasan tersebut. Tetapi realitinya, ramai lelaki yang tidak menjadi tegas manakala yang wanita pula terkial-kial mempertahankan ketegasan. Sudahlah wanita itu sifatnya mudah cair, lelaki pula tidak memainkan peranan sebagai ‘pemimpin’ yang amanah dengan baik.

Soal medium berhubung ini, ianya halal dan hukum asalnya harus semata-mata. Tetapi ia boleh menjadi haram bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya. Justeru, amalkan tips berikut ketika berhubung :

  • Banyakkan isi, kurangkan bunga. Sekadar ayat pemanis bicara sikit-skit, tanya khabar, itu ok. Tapi selepas itu mesti terus kepada isi. Biar isinya banyak. Kalau mahu bincang, biar perbualan itu benar-benar berbentuk perbincangan.
  • Tak perlu berjenaka. Berjenaka biasanya untuk mengendurkan suasana. Tetapi sebaiknya anda mengambil sikap pertengahan, iaitu mewujudkan suasana perbualan yang tidak terlalu tegang dan tidak terlalu kendur. Kadang-kadang, jenaka mengundang padah. Boleh menghilangkan batas-batas ketegasan yang cuba dijaga. Jadi masing-masing pujuklah hati ; simpan dulu jenaka itu untuk kemudian hari. Itu lebih manis.
  • Jaga masa. Ada sesetengah lelaki, tengah malam baru nak contact. Konon tak boleh tidur, konon itu dan ini. Jadi dalam keadaan tersebut, wanitalah yang perlu bertegas dan berkeras. Jangan bagi muka. Berhubung ‘di luar waktu’ apatah lagi dalam suasana yang sunyi sepi, memang ibarat anda berdiri di mulut syaitan. Bila-bila masa boleh kena telan.
  • Jangan berkhalwat. Nabi s.a.w sebut : tidak berdua-duaan lelaki dan wanita melainkan syaitan adalah yang ketiga. Ini bukan berlaku di alam nyata sahaja, bahkan juga di alam maya. Chatting atau calling, biar ketika benar-benar perlu dan penting. Selesai urusan, segera tinggalkan ruang tersebut.

 

Kelima : Rapati ibu bapa

Banyak terjadi, perempuan apabila sudah bergelar tunangan orang, dia cenderung merapati si lelaki berbanding ibu bapanya sendiri. Ini silap. Kena faham dengan baik, bahawa tanggungjawab dan ketaatan hanya berpindah dengan akad, bukan dengan bertunang. Jadi sebagai anak gadis, anda perlu kekal sepertimana sebelum menjadi tunangan orang. Apa-apa perkara, ibu bapa mesti menjadi yang utama, bukan tunang.

Sebab itu dalam banyak-banyak kes, pernikahan menjadi susah. Antara sebabnya adalah, si gadis lebih sibuk dengan si tunang berbanding berbincang atau memujuk ibu bapanya, manakala si lelaki pula langsung tidak berusaha untuk memujuk ibu bapa gadis tersebut untuk menyegerakan pernikahan.

Orang perempuan kena faham, susah mahu berjumpa lelaki yang benar-benar berani dan gentleman. Yang sanggup melamar terus kepada ibu bapanya dan sanggup bersemuka sendiri memujuk supaya dipercepatkan pernikahan. Lebih-lebih lagi kalau masih belajar. Dengar sahaja dari mulut si gadis bahawa ayahnya tidak bagi kahwin masa belajar, terus menjadi gerun. Apabila disuruh oleh si gadis untuk menghubungi ayahnya dan berbincang, pelbagai alasan diberi. Hakikatnya, dia tidak bersedia dan tidak berani bersemuka.

Itu masih ok. Apa yang tidak ok adalah si lelaki asyik mahu merapai si gadis sepanjang tempoh pertunangan. Perkara yang penting dijadikan tidak penting. Perkara yang tidak penting pula dijadikan penting. Bab-bab memujuk keluarga, membina hujah dan sebagainya, tidak berminat untuk dibincangkan. Sebaliknya bab-bab sakit kepala, saya banyak masalah, awak tak memahami saya, saya rasa kesepian dan segala yang lain dijadikan sebagai topik utama perbincangan.

Jadi bagaimana? Dalam keadaan tersebut, kiranya si gadis pun lentok dan terikut-ikut dengan pembawakan si lelaki, maka berpestalah para syaitan atas kejayaan usaha mereka.

 

Keenam : Prinsip diri dan jaga hati tunang, mana satu?

Saya kira, dilema ini dikongsi oleh sebilangan besar anak gadis di luar sana terutama yang bergelar tunangan orang tetapi masih kabur dengan pernikahan.

Si gadis mahu bertegas dengan prinsip. Iaitu sebagaimana prinsip-prinsip yang saya senaraikan di atas. Apabila berhubung, dia tidak berlebihan. Sekadarnya sahaja. Memberi fokus pada yang penting dan sebagainya.

Tetapi apa yang menjadi masalah, si lelaki ‘tidak senang’ dengan keadaan tersebut. Dia merasakan dirinya sebagai tunang perlu menerima ‘layanan’ yang lebih istimewa. Janganlah terlalu tegas. Sesekali, mahu juga berkongsi rasa, melayan bicara, membuai jiwa. Si gadis pantang menyerah. Tidak dilayan dan buat tak faham. Akhirnya? Si lelaki merasa jemu dan mahu putus.

Sudah tentulah si gadis akan bersedih hati. Namun adakah perlu dikorbankan prinsipnya?

Saya jawab : tempoh pertunangan itu tempoh perkenalan. Berkenalan kat situ, bukan maksudnya dia kena kenal saudari yang cantik, menarik, menawan, pandai ambil hati, menyejukkan jiwa, penyayang dan sebagainya. TIDAK SAMA SEKALI. Apa yang dia kena kenal adalah, keluarga saudari, perancangan hidup saudari, masalah-masalah yang saudari hadapi untuk berkahwin dan apakah watak-watak yang disukai atau tidak disukai oleh saudari. Sebab apa? Sebab dia kenal saudari sebagai TUNANG, bukan ISTERI. Kalau dia kenal sebagai isteri, ya, saudari boleh kenalkan diri saudari yang penyayang, manja, menggoda dan sebagainya. Jelas?

Jadi bila saudari ‘memperkenalkan’ diri saudari sebagai seorang yang tegas dan berprinsip, kemudian si lelaki tersebut menolak, maka saudari tidak perlulah bersedih. Saudari tidak kehilangan dia, sebaliknya dia yang kehilangan saudari.

Dan diri saudari yang MAHAL itu hanya layak dikenali oleh lelaki yang jujur, amanah dan benar-benar bertanggungjawab. Pasti dan pasti, lelaki jenis itu tidak akan berkecil hati dengan ketegasan saudari sebaliknya dia akan bersyukur kerana tunangnya membantunya menjaga iman dalam diri.

Saya kongsikan satu status di facebook saya pada 12 Januari yang lalu :

Sedari,

cara untuk tolong sedara yang minat sedari tu,
bukan dengan menadah riba membentang jiwa memberi muka,
caranya adalah dengan membenteng ketegasan dan jangan layan bila dia start merepek.

dia mungkin akan kata saudari syadid, tak kesian kat dia, tak memahami dia, ‘tak sayang’ kat dia,
tapi hakikatnya, itulah cara sebenar membuktikan rasa sayang.

dia mungkin akan kata saudari zalim dan kejam,
tapi hakikatnya, saudari ‘bantu’ dia untuk masuk perangkap syaitan itu lebih zalim bin kejam.

jadi jangan mudah kena tipu sangat
bertegas hari ini, kemanisan hari esok
ingat tu.

 

MOTIVASI

Ingatlah, apa sekalipun yang kita tempuh dalam hidup ini, termasuklah pertunangan, semuanya berlaku atas landasan takdir Allah Ta’ala. Jangan sesekali bimbang dengan jodoh sehingga anda membutakan hati dari menilai mana kaca mana permata. Memilih yang haq sama sekali tidak akan menjadikan anda rugi. Jangan bimbang ditolak, jangan takut pertunangan itu terputus, kerana hakikatnya anda ada Allah yang tidak pernah meninggalkan anda.

Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagi kamu, dan Allah Maha Tahu sedangkan kamu tidak mengetahui. [ Al-Baqarah : 216 ]


Jika sekarang anda bergelar tunangan orang, maka segerakanlah pernikahan. Jika tidak mampu, maka janganlah berhubungan. Biarlah sekadar ada hubungan. Banyak kerosakan berlaku dalam pertunangan disebabkan masalah tidak menjaga perhubungan. Maka sebagaimana anda bertunang kerana Allah dan mahu menuju pernikahan kerana Allah, begitu jugalah anda mesti menggantungkan usaha-usaha dalam fatrah bertunang dengan taqwa kepada Allah.

Sekadar itu perkongsian saya sebagai panduan anda yang sedang bertunang. Sama-sama jaga iman dan jangan leka dari tipudaya syaitan.

Sekian.

About Ahmad Syafiq

Gemar menulis dalam bidang motivasi dan keremajaan. Mula berkarya melalui penulisan blog seawal tahun 2007. Graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah ( Fiqh dan Usul al-Fiqh ) dari Universiti Yarmouk, Jordan.

30 comments

  1. alhamdulillah, ini yg saya tercari cari sekian lama. terjawab juga hari ini. jzkk ustaz.

  2. perkongsian menarik ustaz… sedang mengamalkannya, amiin…

  3. Assalamualaikum ustaz,

    saya tertanya-tanya, saya dah bakal suami belum bertunang, tetapi akan berkahwin dalam tengah tahun ini insyaALLAH.

    baru kenal2 tak sampai 6 bulan, namun alhamdulillah, dapat menahan diri dgn menjaga batas2 yg agama syorkan (terasa indahnya Islam bila berjaya menjaga batas, hikmahnya makin terasa walaupun kadang2 kami terlalai, moga ALLAH ampunkan km)…

    saya sering terdengar, tempoh pertunangan adalah tempoh perkenalan antara satu sama lain. Tetapi kami berkenal-kenal diluar tempoh bertunang, maka adakah salah?

    saya risau, jika2 perkenalan diluar tempoh pertunangan adalah tidak baik…sedangkan kami setakat skrg tak pernah berbincang tentang bila akan bertunang, tetapi sudah ada planning bila akan berkahwin.

    saya tidak menganggap pertunangan penting, melainkan memfokuskan pada perkahwinan dan menjaga batas2 sebelum berkahwin. Adakah sebaik2nya bertunang dalam tempoh terdekat? Saya malu ingin bertanya tentang isu pertunangan pada dia, tp jika ini adalah satu kemulian, maka saya akan usahakan. mohon penjelasan ustaz akan hal ini, trima kasih.

    • seperkara lagi ustaz, perkenalan & perhubungan kami dalam pengetahuan keluarga masing2, cumanya kami belum di ikat dengan ikatan pertunangan..

      kadang2 saya rasa bersalah, berkomunikasi dgn bakal suami sedangkan belum terikat dengan ikatan pertunangan…mohon penjelasan ustaz, trima kasih sekali lg..

      • wslm

        sebenarnya, secara hukumnya saudari telahpun bertunang dengan lelaki tersebut. ia berlaku apabila dia melamar saudari utk dijadikan isteri dan saudari menerimanya, apatah lagi dengan makluman keluarga masing2 dan telahpun mempunyai perancangan utk berkahwin. saudari perlu membezakan antara ‘bertunang’ dan ‘majlis pertunangan’ yg mana majlis pertunangan biasanya dibuat ikut adat, makan belanja dan sebagainya.

        apa yang saudari dan dia perlu buat sekarang adalah berkenalan dengan cara yg makruf dan menyegerakan perkahwinan. jadi tidak perlu rasa bersalah selagimana tidak terkeluar dari batas2 ikhtilat yg dibenarkan syarak.

        • cerita tanpanama sama dengan cerita saya..cuma family pihak laki xtahu lagi pasal kami..adakah itu dikira juga bertunang??

          • dikira bertunang jika saudari seorang yg sudah cukup matang utk membuat keputusan dan pertimbangan. jika tidak, perlu persetujuan dari ayah saudari.

  4. salam subhanallah, sangat membantu. shukran !

  5. salam ustaz,
    saya ada sedikit kekeliruan dan ingin bertanya.

    1.sekiranya terjadi pertunangan di antara lelaki dan perempuan,
    setakat mana batas “perkenalan” yg dibenarkan?
    jika sebagaimana yg ustaz ada nyatakan di atas, bimbang tak nampak pula warna sebenar bakal pasangan dan bimbang di kemudian hari baru sedar tiada keserasian..
    tetapi, jika ingin berkenalan utk kenal hati budi dan sebagainya, bimbang juga di situ ada unsur2 ikhtilat yg seboleh2nya cuba dielakkan..

    2. apakah cara terbaik utk meyakinkan tunang kita bahawa kita memang setia pd pertunangan walaupun kurang berhubungan serta bertegas dgn prinsip dan menjaga perhubungan?
    betul kata ustaz seperti di atas, klu dia menolak ketegasan kita, kita tak perlu bersedih, tp pada pndangan lain pula mungkin dia melihat kita tidak menghrgaiinya sedangkan bagi kedua2 pihk mmg berharap kpd perkahwinan..

    saya kira ini juga masalah bagi saya dan juga rakan2.

    • wslm

      1- batas perkenalan itu bukanlah sama dengan perkenalan suami isteri. bagaimana kita nak kenal tunang sekalipun, kita tetap tak akan kenal luar dan dalam sebetul2 melainkan selepas kahwin. sbab itu yang dianjurkan kenal itu adalah antara keluarga, kemudian untuk dinilai sekufu ataupun tidak, keserasian perancangan dan sebagainya. begitu juga dianjurkan supaya guna orang tengah, dan orang tengah itu yang akan menceritakan kepada kita dengan lebih jujur tentang tunang tersebut.

      2- saya tidak pernah dengar orang lelaki berpendirian tunangnya tidak setia hanya kerana kurang berhubung dan bertegas atas prinsip menjaga perhubungan, melainkan orang lelaki itu tidak menyukai cara tersebut dan menyatakan demkian sebagai reverse psikologi supaya tunangnya sentiasa berhubung. sebab itu saya menyarankan agar kedua2 pasangan saling berdiri ats ketegasan dan saling memenangkan ketegasan. maksudnya, dua2 mesti setuju dgn cara yg tegas dalam mengawal perhubungan. jika salah seorang enggan terima dan buat2 tak faham – sedangkan telah dijelaskan berkali2 bahawa itu prinsip ikhtilat – maka keadaan akan menjadi susah. tiada siapa boleh mengubah cara fikir yg slaah melainkan diri sndiri yg mesti ubah. sebaliknya jika berdegil, binasalah kesudahannya. saya kira, orang2 yg mendapat pendedahan agama sangat mudah utk faham ( melainkan mereka berdegil utk buat2 xfaham ) berlainan dengan orang yang tidak ada pendedahan agama yg mana mgkin agar sukar mengikut cara yg tegas, jadi berikan ruang dan penjelasan sedikit demi sedikit. yang penting, kena usahakan ketegsan dalam perhubungan selagimana belum halal.

  6. alhamdulillah…syukur ya allah krn stsa mmberi petunjuk dn hdyhMu….

    syukran ustz ats pnjelasan yg terperinci saat sy tgh terpening2 mncari atra hakikat kebenaran dan keraguan, dada sy trasa lapang ckt stelh mmbaca entry nie..

    sy juga atra mrk,yg tlh dilamar dn mnjdi tunagn org meskipun bukan tunangn scara adat.
    ustz, sy mahu bertanya sedkit… sy telah beristikharah sebanyak 7x dn bermusyawarah dgn famili serta shbt2 yg solehh lalu mmbuat kptsn utk memilihnya…hati sy bkn mmilih krn keyakinan kpd drinya, ttp disandarkan kpd istikharah n msywrh yg hati sy berasa tenang dn lapang tika mngmbil kptsn mnerimanya.

    kami kini dlm proses taaruf, i’allah..stkt ni msh dpt mnjg batas2 hbgn sprti yg ustz bgtw cuma, persoalan sy, kenapa kini kdg2 hadir dlm hati sy suatu rasa keraguan? kdg2 bila sy ddk brfikir kesorgn sy jd ragu2 terhdp plhn sy nie btl ke tak..? adakah ia drp bisikan syaitan atau petunjuk tuhan? bgaimana mmbezakan atra keduanya? satu lagi, bgmna cara utk sy mmbina keyakinan hati yg btl2 ykn akn plhn sy nie adalah tepat?? mohon penjelasan dr ustaz…syukran jazilan

    • firman Allah ta’ala : ” dan apabila kamu telah berazam ( dgn sesuatu keputusan ) maka bertawakkallah kepada Allah “. kita sebagai manusia, tawakal kena ada. yang penting, ketika kita buat keputusan ia didasarkan kepada cara yg betul dan pertimbangan yg sihat. keraguan biasanya datang dari syaitan, yang mana kerjanya adalah utk menyuntik was-was dalam jiwa anak adam khususnya dalam hal2 ibadat.

  7. masyaAllah,terima kasih sangat2 ustaz =)

  8. Assalamualaikum.
    Pertama sekali, terima kasih kerana berkongsi pengetahuan ini, alhamdulillah saya lebih memahami hal ini. Tetapi saya ada soalan, ustaz. Jika seorang lelaki telah meluahkan perasaannya untuk meminang dengan seorang perempuan, dan perempuan itu telah menerima lamarannya, tetapi setelah masa berlalu mereka putus hubungan (sekarang dikira macam ‘break up’), adakah mereka masih bertunang? Dan jika mereka masih bertunang, apa yang perlu mereka lakukan untuk putus tunangan itu?

    • wslm. jika masing2 bersepakat untuk putuskan tunang, atau salah seorang nak putuskan pertunangan, maka pertunangan tsebut dikira putus. tidak kiralah dimana dan bagaimana pun lafaznya. asalkan maksudnya adalah untuk putuskan pertunangan tersebut.

  9. syukran us..
    us saya ingin bertanya kpda us.
    sya telah bertunang dan kami sama2 masih belajar n sama2 aktif dlm kerja-kerja persatuan kampus.
    cma msalah timbul apabila kami hendak melaksanakan kerja-kerja persatuan di luar kampus atau kolej
    saya mengambil pendekatan untuk tidak memaklumkan kepada tunang saya kerana merasakan saya selamat bersama-sama teman yang lain semasa berprogram mahupun di tempat2 baru
    namun tunang saya berfikiran sebaliknya.sememangnya dia seorg y tegas dlm bab ikhtilat selama ini.tapi bila saya hendak keluar ke aktiviti luar,dia meminta saya untuk memaklumkn hal tersebut kepadanya.samada dari segi teman, kenderaan n juga tempat y dituju.
    jadi saya jadi keliru.perlukah saya memberitahunya?
    n satu hal lagi apabila kami pulg ke kg halaman masg2.dia tidak akn senang duduk sehingga benar2 yakin y saya telah selamat sampai di rumah n berjumpa dgn keluarga saya.dan komunikasi kami berakhir di situ setelah dia mengetahui tntg keaddn saya y selamat.
    mohon pandgn us.
    syukran.

    • tidak wajib memberitahu semua pergerakan kepada tunang, kerana di ketika itu wali anda adalah ayah anda, jadi beritahu kepada ayah. kalau tidak beritahu kepada tunang tidak berdosa dan kalau ingkar arahan tunang, juga tidak berdosa. namun sebaiknya saling menjaga hati dalam tempoh bertunang. berterus terang akan apa yang anda tidak senang dan tidak selesa, umpamanya meyakinkan dia bahawa anda tahu menjaga diri dan anda tidak suka memberitahu pergerakan anda kepada selain ayah atau keluarga, melainkan setelah dia sah memiliki anda. dia pula perlulah mengawal perasaannya dan menghormati pendirian saudari.

      namun jika saudari tidak merasakan bahawa memberitahu atau memaklumkan ‘sepatah kata’ kepada dia itu suatu yang membebankan, saudari boleh saja berbuat demikian. wallahua’lam.

  10. jzzk ustz. sgt brguna dan brmotivasi…

  11. Salam ustaz, trma kasih dgn prkongsian ini.. Ini lh yg sy sdng lalui skrng.. Sy nk mnta pndpt ustaz sy btunang dgn tunang sy tnpa brcnta.. Dia dh lma mnympn prsaan dgn sy tp hnya mmndamnya slama ni, dia mmnta org tuanya mrisik sy pd raya bbru ni, dn slps prbncngn sy dn kuarga,kmi pn brstju.. Tpi kadang sy risau dptkh hbngn kmi ni brkekalan?

  12. Assalamua’alaikum,
    kalau seorang lelaki dah melamar, tapi saya tak bagi jawapan sama ada setuju atau tidak…. tetapi dalam hati, saya sebenarnya bersetuju, adakah dikira bertunang jgk? (keluarga tidak tahu ttg lamaran lelaki ini dan mereka juga tidak tahu ttg saya sudah bersetuju)

    • Wslm. Tidak dikira bertunang tanpa jawapan yang jelas dan terang oleh wanita yang cukup kelayakan serta yang diiktiraf jawapan mereka oleh syarak.

  13. salam ustaz, saya bercinta dgn tunang saya hampir 10 tahun then kami sekarang di alam pertunangan. tapi didalam tempoh ptunanagn saya telah dilanda kekeliruan, hati saya makin bkurang rasa syg pada tunang, ada lelaki lain yg telah hadir dan betul2 mjaga haty saya. apa harus saya buat untuk tidak tkeliru dalam hubungan dan harap masih tidak terlambat untuk membuat keputusan

    mohon pertolongan, tyvm =(

  14. boleh saya tahu rujukan yang digunakan utk artikel ini?

  15. Assalamualaikum ya ust.

    Sy nak mnta pendapat. Sy telah bertunang selama 2 thn dan dlm 10 bln ini sy dan tunang jarang sekali bertnya kabar krn perhubungan jarak jauh. Dalam sbln mgkn sekali dua sahaja bermesej & call jarang sgt. Pd mulanya sy rsa spt mahu ptskan hubungan dan sy slalu mengikut emosi sy. Mgkn sudah sampai 1 tahap tunang sy fed up dan pd masa yg sama dia tlh berkenalan dgn seorg janda anak satu dan ingin berkahwin dgn ppuan tersbt x sampai sbln perkenalan mereka. Masa sy dpt tahu sy dan keluarga tunang trs pergi ke tmpt dia tinggal dan bekerja. Pd masa itu, slps berbincang dan bersua muka, tunang sy terima sy blk sbg tunangannya. Dan kini on the spot nak mempercepatkan perkahwinan krn dia x bleh lonely n mudah terpengaruh dgn situasi. Sy juga bersetuju untuk berkahwin dgn nya dgn niat sy adalah utk menjaga dan membantu dia dan niat utama sy adalah untuk lebih mendekatkan diri kpd Allah. Adakah btul kptsn sy? krn ini berlaku telalu pantas. Sy tkt sy buat kptsn yg salah. sy ingin beri peluang kpd tunang sy utk berubah dan sama2 utk dekatkan diri kpd Allah. Terima Kasih Ust.

  16. salam..

  17. assalamualaikum.
    terima kasih ustaz..dengan adanya informasi ini keja pbs sya lbih mdah

Scroll To Top