2015?
Ya. Saya agak tidak seronok apabila mendengar berita seorang kenalan yang mahu bertunang tahun ini tetapi hanya mahu berkahwin 4 tahun akan datang. Mungkin dia ada alasan sendiri, tetapi perlukah sehingga meletakkan target sebegitu jauh?Itu mungkin salah satu dari ribuan kisah lain yang sudah menjadi kebiasaan berlaku dalam masyarakat kita. Seronok mahu bertunang, tetapi takut untuk berkahwin.
Lalu tarikh berkahwin sebolehnya dilontar jauh-jauh ke hadapan.
Saya mahu bercakap secara ringkas tentang pertunangan. Selepas anda membaca artikel ini, mungkin anda boleh fikirkan kembali tindakan mana yang lebih tepat untuk anda lakukan dengan merujuk kepada kondisi masing-masing.
BERTUNANG
Hukumnya disebut oleh para ulamak sebagai Sunat, meskipun ada juga ulamak yang menghukumnya sebagai Harus. Bermakna, amalan tersebut digalakkan di dalam Islam demi mencapai Maqasid ( tujuan ) yang tertentu. Apabila kita melihat kepada hukum, maka kita juga perlu meneliti kepada maqasid ataupun Hikmah di sebalik hukum tersebut. Dari situ, barulah kita akan jelas dengan apa yang perlu kita lakukan.
Bertunang , ada tujuan dan hikmahnya yang tersendiri. Antara tujuannya adalah supaya kedua-dua pasangan boleh mengambil sedikit masa untuk bersedia ( mental dan fizikal ) serta mengambil peluang untuk mengenali antara satu sama lain, sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Antara lain, tujuan bertunang itu juga adalah supaya keluarga kedua-dua belah pihak dapat membina hubungan sebelum bergelar besan. Kita selalu dengar orang tua-tua menyebut ; apabila kita berkahwin, kita bukan berkahwin dengan lelaki atau wanita itu sahaja, tetapi kita juga ‘berkahwin’ dengan keluarganya sekali.
Bermakna, proses ta’aruf itu sangat penting. Sebab itu, dalam misi mahu bertunang ini, apabila seorang lelaki sudah bertekad mahu mengambil wanita itu menjadi isterinya, maka dia diharuskan untuk melihat wajah dan tangan wanita tersebut. Dalam hal ini, tiada istilah ‘malu-malu’ atau ‘aurat’. Semua itu, tujuannya adalah supaya si lelaki beroleh momentum tersendiri untuk menuju perkahwinan.
BAGAIMANA PERTUNANGAN BERLAKU?
Pertama sekali, kita perlu membezakan antara amalan dalam masyarakat yang dipanggil sebagai ‘uruf ( adat ) dan juga konsep sebenar amalan tersebut mengikut syarak. Dalam bab pertunangan, ia tidak berhajat kepada majlis besar-besaran atau hebahan seumpama mahu bernikah. Ia juga tidak memerlukan kepada hantaran, dulang-dulang dan sebagainya.
Pertunangan itu secara mudahnya adalah lamaran seorang lelaki ke atas seorang wanita untuk dijadikan isterinya. Sebagai contoh :
Ali : Saya sudah membuat keputusan dan berfikir masak-masak, saya mahu melamar awak untuk dijadikan isteri saya serta ibu kepada anak-anak saya nanti.
Fatimah : Saya terima dengan hati yang terbuka dan semoga Allah permudahkan urusan kita.
Itu contoh bagaimana pertunangan berlaku. Tetapi perlu diperhatikan juga beberapa perkara : Antaranya , wanita tersebut perlulah seorang yang sudah matang dan berkelayakan untuk membuat keputusan. Kalau masih dirasuk jiwa remaja dan angin cinta entah dari mana, maka jawapan dari si wanita atau si gadis dianggap tidak layak. Maka sebaiknya, melamarlah terus kepada bapa atau ahli keluarga si wanita tersebut, jika benar-benar ikhlas dan serius.
Apabila lamaran diterima, maka mereka berdua dianggap sah menjadi tunangan masing-masing, samada diketahui orang ataupun tidak, dan si lelaki atau wanita tidak boleh dipinang lagi oleh orang lain selagi mana ikatan pertunangan itu masih berlangsung. Ini kerana ia merupakan ‘perjanjian’ , maka ia perlu dijaga sebagai satu amanah dan tidak boleh dikhianati. Kerana itu Nabi s.a.w mengharamkan pinangan atas pinangan
MASALAH DALAM PERTUNANGAN :
(1) Bercouple
Sebenarnya, terlalu banyak masalah yang berlaku melibatkan hal ehwal pertunangan ini. Saya pernah menulis salah satu masalahnya ialah bertunang tetapi bercouple. Sedangkan hakikatnya, dalam pertunangan si lelaki tidak ada hak langsung ke atas si wanita melainkan ikatan atau ‘perjanjian’ tersebut sahaja.
Tetapi dalam bab keluar bersama-sama tanpa mahram, berdua-duaan dalam kereta, keluar pagi balik petang, menghantar mengambil dari tempat kerja, tinggal bersama-sama dan segala jenis perbuatan seumpama itu yang lain, maka hukumnya adalah HARAM.
Anehnya, masih ramai yang menyangka diri mereka mempunya hak ke atas tunangan masing-masing, sehingga kehidupan mereka tidak ubah seperti suami isteri walaupun masih belum berkahwin. Ibu bapa pula ramai yang menjadi dayus dengan membiarkan sahaja anak gadis mereka keluar berduaan bersama tunangan masing-masing dengan alasan ‘mereka sudah bertunang’. Sedangkan dalam tempoh bertunang itu, si gadis masih berada di bawah tanggungjawab walinya, justeru tindakan membiarkan si gadis tenggelam dalam maksiat itu adalah tindakan tidak bermaruah dan walinya dikira sebagai dayus. Sabda Nabi s.a.w : Orang dayus tidak akan masuk syurga.
(2) Tempoh
Seperti yang saya sebutkan di awal artikel ini, terlalu ramai orang yang bermudah-mudah dalam bab pertunangan tetapi tidak serius dalam misi mahu berkahwin. Keadaan ini bertambah buruk apabila keluarga masing-masing terlalu mendewa-dewakan adat ataupun membesarkan-besarkan perkara materialistik sehingga mengabaikan nilai beragama dalam diri anak masing-masing.
Mereka sudah suka sama suka, keluarga juga sudah berkenan, lalu diatur majlis pertunangan. Tempoh bertunang diletak sehingga 3-5 tahun semata-mata beralasan supaya mereka bersedia, ada kerja, ada rumah, ada kereta dan sebagainya. Lalu dalam tempoh tersebut, anak masing-masing dibiarkan berhubung sebagaimana layaknya pasangan bercinta- atas alasan supaya lebih kenal mengenali- dan dibiarkan keluar ke mana sahaja yang mereka suka atas alasan supaya membina rasa tanggungjawab dan persefahaman.
Lebih parah, ada juga ibu bapa yang langsung tidak risau kiranya anak mereka itu terjatuh ke kancah zina, kerana beralasan ; mereka sudah bertunang dan akan datang pun, tetap juga menjadi suami isteri. Sesungguhnya, amat tebal kejahilan mereka tentang qadha’ qadar dan percaturan daripada Allah.
Tanya kembali kepada diri, adakah itu maqasid/ tujuan / hikmah Allah mensyariatkan pertunangan? Supaya berlaku zina? Mukaddimah zina? Boleh bercinta sebebas-bebasnya? Boleh berduaan ke mana suka? Boleh lakukan apa sahaja?
(3) Jahil atau Tidak Serius
Mereka tidak tahu kenapa mereka bertunang. Sama juga isunya, lelaki dan wanita bertunang atau mahu bertunang, tetapi langsung tidak mengambil berat kenapa mereka bertunang. Adakah hanya semata-mata suka? Adakah hanya semata-mata mahu ‘chop’ si gadis dari disambar orang lain?
Bahkan tidak pelik, terlalu ramai orang yang bertunang tetapi masih tidak tahu hukum berkahwin padanya itu samada wajib, sunat ataupun makruh. Isu kahwin enggan difikir, lantaran merasa ‘selesa’ dengan tempoh bertunang yang sebegitu lama. Seronoklah masing-masing bermain cinta, dengan menggunakan ‘tiket agama’!
Akhirnya Syaitan mendominasi rasa, terbuai hanyut entah ke mana, lalu jadilah mereka mangsa kepada nafsu durjana. Rasa bersalah mula mengisi jiwa, perasaan terhadap pasangan mula hambar tidak seperti mula-mula, akhirnya dengan mudah mengungkap kata ; awak, baik kita putus tunang saja.
Masa bercinta semuanya indah belaka, bila sampai bab tanggungjawab semua benda jadi keruh belaka. Alasannya ; masih belum puas enjoy zaman remaja!
(4) Putus Tunang
Mengapa saya sebutkan ini sebagai salah satu masalah dalam pertunangan? Sebab fenomena malang inilah yang seringkali berlaku kepada pasangan yang bertunang akibat daripada :
1- Tidak faham mengapa mereka bertunang
2- Tidak menjaga ikhtilat ( perhubungan ) semasa bertunang
3- Tidak benar-benar ikhlas dan serius mahu bernikah
4- Tempoh bertunang yang terlalu lama
Cuba anda fikir, dalam bab putus tunang ini sahaja, berapa banyak malapetaka yang berlaku?
Malapetaka pertama , sudah tentulah isu perasaan. Kecewa, tertekan, putus asa dan malu, lebih-lebih lagi kalau bertunang riuh sekampung.
Malapetaka kedua, tertutup ruang dan peluang bagi lelaki yang lain untuk masuk melamar si wanita. Contoh situasi yang banyak berlaku :
Bertunang 5 tahun. Tahun pertama ok, tahun kedua mula ada masalah sikit, tahun ketiga mula rasa hambar. Belum sampai tahun kelima. Dalam tempoh tersebut, katakan si wanita benar-benar mahu berkahwin. Dia sudah betul-betul bersedia untuk menjadi isteri orang dan dia juga benar-benar tidak suka dengan ikhtilat yang tidak terjaga dalam tempoh bertunang. Tetapi apabila diajak berbincang untuk mempercepatkan pertunangan, si lelaki berdolak dalih dengan pelbagai alasan. Tidak bersedia, mahu kukuhkah ekonomi, perlu fokus kerja dan macam-macam lagi.
Akhirnya si wanita terpaksa menunggu dan terus menolak lamaran demi lamaran dari lelaki lain dalam tempoh tersebut, semata-mata kerana statusnya yang sudah bertunang. Masuk tahun keempat, si lelaki terjatuh hati dengan wanita lain. Berlaku konflik antara mereka dan si lelaki dengan mudahnya memutuskan pertunangan. Jadi siapa yang merana?
Itu satu contoh malapetaka yang seringkali berlaku dalam bab pertunangan, di mana punca terbesarnya adalah faktor MASA.
JIKA DILAMAR
Saya mahu sebutkan beberapa perkara kepada wanita terutama yang belum dilamar.
Pertama : Anda mempunyai nilaian yang mahal. Mahal anda bukan kerana rupa, tetapi kerana agama dalam diri anda. Akhlak, peribadi, budi bahasa dan kebaikan yang ada pada diri anda adalah satu ‘seni’ paling unik yang sekaligus menjadikan anda punya nilai yang mahal.
Kedua : Disebabkan anda mahal, jangan beri peluang untuk lelaki ‘murah’kan anda. Caranya, jangan buka hati kepada lelaki murahan. Lelaki murahan itu bagaimana? Antaranya lelaki yang hanya tahu bermadah cinta, tetapi langsung tidak dewasa ( tidak matang ), lelaki yang hanya mahu suka-suka tetapi tidak serius mahu memimpin kita ( menjadikan isteri )dan lelaki yang mudah mengajak kita bertunang tetapi begitu susah mengajak kita berkahwin.
Ketiga : Anda sesungguhnya tidak tahu siapakah lelaki yang terbaik untuk anda. Tetapi DIA Maha Tahu. Jadi, apabila anda telah bersedia untuk menjadi suri kepada seorang lelaki, mohonlah pada DIA lelaki yang terbaik untuk anda. Jangan ikat diri anda dengan seorang lelaki yang sengaja ‘menyimpan’ anda lama-lama, kerana anda sendiri tidak tahu adakah lelaki itu benar-benar bakal menjadi suami anda ataupun tidak. Terlalu banyak tragedi sekeliling anda yang boleh dijadikan iktibar.
Keempat : Bincang dengan mak dan ayah, jika seorang lelaki masuk melamar atau mahu bertunang, tempohnya hendaklah tidak lebih dari setahun. Ini pendapat peribadi saya sahaja. Saya merasakan, pertunangan dalam tempoh yang lama itu lebih banyak membawa mudharat dari manfaat.
KESIMPULAN
Bertunang itu maqasidnya jelas, maka fokuslah kepada maqasid tersebut. Jangan jadikan pertunangan sebagai tiket untuk melambat-lambatkan pernikahan sekaligus melengah-lengahkan masa untuk memikul tanggungjawab. Jangan ambil kesempatan bertunang untuk bermain cinta, kerana sesama tunang tidak ada bezanya dengan bukan tunang.
Kalau perlu kepada bertemu atau berbincang, bawalah mahram bersama. Tetapi praktikalnya, mungkin terlalu jarang berlaku di mana tunangan keluar dengan membawa ayah atau abang mereka bersama. Mereka kononnya mahukan privacy. Akhirnya, privacy makan diri.
Justeru, timbang-timbangkanlah segala perkara yang disebutkan ini dan tanyalah kembali kepada diri masing-masing, perlukah anda bertunang? Jika perlu, kenapa ? Kemudian, berapa lama? Kemudian, adakah target untuk bernikah benar-benar telah menjadi fokus utama?
Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri dan agama, juga untuk masa depan anda di akhirat sana.
Sekian.


fenomena sekarang ni,majlis pertunangan dah macam majlis perkahwinan.seronok sangat saya dengar daripada ceramah ustaz ni,jika ustaz kenal ustaz najib,xsilap saya beliau pernah jadi panel ubm d jordan atau syria,dia ceritakan bbrp kes,yg sgt2 seronok sy dengar,perkahiwnan yg benar2 yg diredhai dan diberkahi,ad kes terus kahwin je,ada lagi tu,bertunang seminggu je,then kahwii,subhanaAllah sungguh itu adalah impian saya.ameen3 ya rabb!terbaik artikel ni!~pertunangan dirahsiakan,perkahwinan diwar-warkan~
saya sendiri tidak bertunang pun
masyaAllah,ble jadi icon contoh ni.ptt la mudah je nak terima pgisian kat sini .doakan saya pulak mjenjaki langkah mcm ni.prnh tfikir tp xtau la caranya.adakh hanya dok diam je wlpn mgkn dh ade jwpn.
kalau dah ada jawapan, janganlah duduk diam. kalau duduk diam ketika lapar, sampai bila perut tak kenyang kan
banyak cara2 yg boleh digunakan, sila slongkar entri2 lama saya ye
ya……..kita tidak harus tunang kerana takut kita tidak memahami apa maksud pertunangan yang sebenar. Pertunangan hanya untuk ‘cop’ atau ‘reserve’ seseorang itu sahaja!
ustaz syafiq.
ambe ada 1 persoalan.
boleh ke lamaran tu dibuat secara direct ?
maksudnya lelaki terus melamar wanita secara terus.
tak perlukan orang tengah, boleh ke?
sekadar lamaran, tak ada masalah. tetapi untuk berhubungan lebih lanjut, haruslah melalui orang tengah. tujuannya untuk menjaga hubungan dari melencong, itu sahaja.
assalamualaikum ustaz.
saya amat amat bersetuju dengan buah fikiran ustaz tentang hal pertunangan ini.
tapi saya ada satu kemusykilan.
bagaimanakah jika kedua dua pihak iaitu lelaki dan perempuan berada dalam dalam jarak yang jauh (contoh uk dan australia), sudah berniat untuk bertunang dalam tempoh lebih dari 4 tahun, amat jarang sekali berjumpa face-to-face, tetapi sangat kerap berhubung di alam maya (seperti ym, skype dan facebook). kedua duanya saling memotivasikan tapi dalam masa yang sama saling meluahkan perasaan seperti mengatakan ‘saya sayang awak’.
adakah itu masih dalam konsep menjaga ikhtilat?
mohon jawapannya ustaz. terima kasih. wassalam.
wslm. sekali imbas, nampak seperti faktor lokasi itu ‘menyelamatkan’ ttp sebenarnya tidak. sila baca post saya ttg ada hubungan dan berhubungan tak sama
sy tidak katakan semua jenis ptunangan tempoh lama itu tidak bjaya, bahkan ada juga sahabat2 sy yang btunang kemudian menyambung ke lokasi jauh, serta mjaga perhubungan dan akhirnya sudah berkahwin. pembolehubahnya adalah ; jaga ikhtilat atau tidak. jangan main2 dengan jarum syaitan..
Salam.sedikit soalan brkenaan perkhwinan.macam mane dgn situasi di mana seorg prempuan yg insyaAllah baik akhlaknya,hafizah brkenan kpada seorg lelaki yg juga baik akhlaknya,hafiz yg sama umur,belajar ditempt yg same.cumanya si prempuan tadi tak tahu macam mana nak luahkan perasaan dan hnya brsgka yg llaki itu juga punyai perasaan yg sama.cumanya mmndgkan lelaki trsebut msih bljar agak rumit bgi kluarga prpuan jika dijaharkn hsrat.(kebiasaan ibubapa mahu yg trbaik buat anaknya).nmun mmndgkn llki itu tidk prnah menyuarakn ape2 namun prpmpuan itu telah mnggu dgn mnjga diri di mksiat dn seupaya meletakkan prgntungan pada Tuhan.Namun,suatu ketika,ayah si prmpuan meng’offer’ seorg calon lelaki yg ayahnya berkenan utk dijodohkan dgn prempuan itu.calon itu juga seorg yg baik agamanya wlaupun bukn hafiz.jadi prempuan ini dlm dilema.adkah dia perlu trus menunggu shingga lelaki kesukaannya betul2 mluahkn hsrat atau die tunaikan permintaan ayahnya? hatinya berbolak-balik.antara suka dan taat.harap ustz dpat beri sdikit pndgan.Syukran..
wslm. situasi anda adalah, antara orang yg anda minat, suka dengan orang yang tidak pernah anda minat atau suka. anda berada antara dua situasi, satu yg pasti dan satu lagi tidak pasti. meskipun kedua2nya diyakini dari segi agama, namun calon lelaki yg yg datang melamar dan menyuarakan hasrat secara sorih, adalah lebih baik. begitu juga jika dipertemukan oleh keluarga. sbg manusia kita sama sekali tidak tahu jodoh kita dgn siapa. lebihkan fokus kepada matlamat dan ciri2 lelaki tersebut, bbanding memperbesarkan rasa minat atau suka yg entah benar atau tidak.
kebanyakan psgn yg bertunang lma memg akn dlanda masalah….
lebih2 lagi, jika tidak ‘menjaga’..
assalamualaikum Ustaz, saya ada pertanyaan,
berdosakah saya jika saya bertunang dengan seorang wanita yg belum islam secara sah?
sedang ia telah menerima dan berlajar tentang islam…
melalui pencarian saya sebelum ini, ada yg menyatakan ia ‘tidak sah’ dan ada yg menyatakan ia ‘ditegah’..
mohon jawapan dari ustaz..
Assalamualaikum. Artikel yang baik.
Tapi ingin bertanya tentang keperluan merahsiakan pertunangan dan larangan mewarwarkannya.
Ada sebuah hadis yang menyatakan:
اسروا الخطبة واعلنوا النكاح
“Rahsiakanlah pertunangan dan warwarkanlah perkahwinan.”
Namun trend hari ini ada yang mengupload gambar majlis pertunangan.. Tidak kurang juga menukar status ‘engaged’ di Facebook. Apa pandangan penulis?
Dan ada yang bertanya, jika kita tidak mengiklankan pertunangan, bagaimana orang nak tahu yang perempuan itu sudah dilamar? Supaya tidak meminang atas pinangan orang lain.
Wassalam
wslm.
merahsiakan pertunangan itu adalah suatu anjuran,galakan dan saranan serta bukanlah suatu hukum berbentuk wajib. saranan dan anjuran merahsiakan pertunangan itu ada hikmah tersendiri sebagai contoh mengelakkan hasad, mengelak dari rasa malu jika ptus tunang dan sebgainya. tetapi hari ini orang tidak lagi kisah dengan anjuran tersebut, sebaliknya lebih gemar mewar2kan pertunangan dan berbangga pula dengan status bertunang masing2. itu tidak pelik, kerana trend bukan sekadar itu bahkan sehingga menganggap tunang sebagai ‘hak’ mereka, boleh dibawa ke sana ke mari, tidak menjaga batas pergaulan dan lain2.
apa yang boleh kita buat adalah mengajak masyarakat supaya kembali kepada hikmah2 yang diajarkan Islam. berkenaan bagaimana nak tahu wanita itu sudah dilamar atau belum, itulah pentingnya ‘merisik’ dan ‘bertanya khabar’
myilham.com….wat lh new story…psl cari jodoh….ape yg mbolehkan ….jodoh menghampiri diri ini….saya dah lah perempuan….lahir 1983…….anak sulung…shedih nye coz still single……………kakak ofis…dh dok tnye2………kan putih,tinggi n der lsung pipit…x de yg meminang ker……………..shedih nie…
insyaAllah..tp ada bbrapa artikel saya yang dah menyentuh topik tersebut. boleh check kat bahagian bank artikel.
entri yg memberi kefahaman tentang bertunang..tq..:)
Assalamualaikum.. ustaz.. terima kasih ats info bertunang ini. sangat membantu..
ustaz, sy nk tnya pndpt ustaz., mcmmna pulak bile seseorg tu dh bertunang (scra hukum bkn adat) & memang serius ingin mndirikan masjid dlm msa trdkat tapi d halang oleh ibubapa pihak prmpuan? (yg prmpuan msih blajar, manakala yg lelaki sdh lama bkrja) pihak lelaki dh brjmpa dgn kluarga pihak prmpuan.. namun, parents pihak prmpuan msih tdk yakin dgn anknya (tkut xabis bljar.. mgkin trpksa extend sbb pregnant lpas dh kwin nanti).. .. so, mcmmna nk convince parents pihak prmpuan dgn kptusan ini?
*ank prmpuan tu berniat utk halalkan prhbungan dgn lelaki trsbut & mgkin akan tggal brjauhan buat smntra waktu dgn bkal suami jika dh brkwin nanti sbb msih bljar.*
jwpn ustaz didahului dgn ucpn trima ksih..
wslm. saya cenderung mencadangkan Nikah Khitbah sebagai alternatif. bernikah tetapi masih tinggal berasingan, masih tidak melaksanakan tugas sebagai suami/isteri secara penuh dari sudut nafkah, kerja2 dan lain2. cuma masalahnya, nikah khitbah atau ‘nikah gantung’ ini masih kurang difahami dalam masyarakat kita, lalu yg hikmah menjadi fitnah. apapun, boleh cuba perjuangkan alternatif tersebut.
syukran ustaz ats cdgan tu.. jadi, boleh ustaz terangkan apa itu nikah khitbah? setahu sy, nikah khitbah neh, ank prmpuan tu akn tggal brjauhan dgn suami, nafkah pulak akn dikenakan ke ats wali selagimana ank prmpuan tu tdk dhantr ke rumah lelaki trsbut, & sekiranya trjadi persetubuhan d antra suami & isteri, ia mmg sudah halal.. itu yg basic sy tahu.. bole ustaz terangkan dgn lebih mndalam psal nikah khitbah ini? (spya sy bole yakinkan wali dgn kptusan sy & calon suami..)
apa pandangan ustaz tentang long distance relationship aka hubungan jarak jauh?
hubungan jarak jauh tanpa berhubungan dan segalanya melalui keluarga tidak ada masalah, tetapi yg banyak menjdi msalah apabila saling berhubungan. tempoh yg lama adakalanya menjadikan perhubungan tak terjaga.
alhamdulillah hubungan kami diketahui keluarga…namun kami belum bersedia untuk ke gerbang perkahwinan di sebabkn kami masih terikat dengan pelajaran,lagi pula saya masih lagi muda begitu juga si dia..namun matlamat kami jelas ingin menjadi pasangan yang halal seperti pasangan lain….satu lagi ustaz agak ramai datang merisik bertanya sudah berpunya atau belum…kesian ummi dan abi terpaksa menolak kerana saya tidak pasti tentang itu..apa pandangan ustaz perlukah kami bertunang?
alhamdulillah ustaz saya merasa hubungan ini masih terjga krn kami mempunyai komitmen masing-masing…saya masih bertalaqi al quran dan kitab2 di pondok sebelum menunggu keputusan ke ipt manakala si dia sedang menyambung ijazah dalam bidang usuluddin tafsir hadis di medan indonesia..ada benar juga kata ustaz…namun doanya x pernah putus agar hubungan ini menjadi halal bila tiba waktunya nnti
kalau dalam keadaan saudari ini, saya sarankan untuk tidak berhubung satu sama lain, dan mintalah nasihat keluarga samada mahu bertunang atau tidak. satu lagi, ambil kira juga perancangan utk berkahwin itu masih berapa lama, adakah satu atau dua tahun lagi atau masih jauh bertahun2? jika masih jauh, masing2 tumpukan saja pada pelajaran msing2, jangan berhubung dan biarlah pihak keluarga sahaja yg menjaga hubungan tersbeut. itu lebih selamat utk anda berdua. wallahua’lam.
assalamualaikum ustaz, saya nak tanya 2 soalan:
1. klu seorang perempuan tu menerima lamaran seorang lelaki (bertunang, mengikut agama bukannya adat), tetapi dalam masa yg sama si lelaki membenarkan dia menerima/mempertimbang sekiranya ada pinangan lain yg dtg.. (mungkin kerana masing2 sedar bahawa pertunangan bukan satu jaminan.. Wallahua’lam) bagaimana keadaanya, adekah masih dikira haram meminang atas pinangan atau sebaliknya?
2. bagaimana pula sekiranya dalam tempoh pertunangan, si lelaki telahpun merancang utk berkahwin dgn wanita lain, tanpa pengetahuan si tunang?
wslm.
1. tidak haram, kerana ia diizinkan oleh si lelaki.
2. si wanita boleh putuskan pertunangan tersebut. sekiranya tidak, maka selagi itu haram diterima pinangan yang lain kerana tetap dikira tunangan orang.
salam,ustaz….saya nk tahu cm ne lau bertunang tanpa kerelaan hati?
wslm. tidak dikatakan bertunang jika tiada persetujuan dari si perempuan. jika ibu bapa yg memaksa, boleh berbincang dgn ibu bapa elok2 dan pertunangan boleh dibatalkan.
jika seseorang lelaki itu menyatakan ingin berkahwin dengan saya dalam masa 4 tahun lagi bagaimana??baginya dalam masa 4 tahun itu dia mahu membeli kereta,rumah n pekerjaan yang tetap untuk menamanpung kehidupan yang akan datang..hasrat hatinya ingin berkahwin dengan saya…dan saya terima serta akan menunggu masanya nanti..apa hukumnya??
hukumnya harus. tetapi boleh berubah menjadi haram sekiranya dalam tempoh itu berlaku khalwat, keluar berdua2an, pegang2 tangan, bermain cinta dan sebagainya.
Salam ust. sya sgt brsetuju dgn pndgn dan cdgn yg ust tulis diatas…Namun dr pengalaman saya yg pernah brtunang dan baru2 ni berkahwin…Niat baik saya utk segera berkahwin dlm tempoh 3 bulan bertunang mendpt halangan keluarga…trutama adikbradik…kecuali Ibu yg brsungguh2 mahu saya brnikah awal…Bila mka mnta sya tangguhkn prkahwinn saya tanya MENGAPA??? mka kata nanti timbul fitnah sbb mcm trburu2 nikah…mcm trdesak…walhal Tunang sya cma ingin HALALkn hubungn kami…memandangkn kami tiada halangan apa2 pun..Duit dan ada, masa ada, kedua keluarga dah tahu….jd kami cadg bernikah awal…syg nya ..Alasan mka tunang saya baru kematian Isteri dan dlm tempoh berkabung…saya sgt trkilan dgn sikap mka malah Kakak sulong saya sanggup pergi berjumpa Keluarga Lelaki utk memburuk2kn saya, mengatakan sya sudh mengandung dan sebgainya…dgn niat mka akn putuskn pertunangn..Alhmdulilah…mka tk trmakan fitnah yg ditabur…sehingga kini mka memulaukn saya..dan memanggil saya MUNAFIK…Bg saya Niat saya Bernikah kerna Allah…semoga cdgn ust di atas dpt mendidik keluarga lain agar tdk jd spt keluarga saya…
Salam ustaz,…boleh ke lelaki dan perempuan bertunang hanya dengan lamaran tanpa pengetahuan ibubapa…tanpa majlis adat tapi hanya dgn persetujuan masing2……kalu mereka da bertunang..apabila tiba2 perempuan itu sudah berubah fikiran dan kahwin dgn lelaki lain tanpa persetujuan tunangnya..adakah perkahwinan itu dikira sah?