
Istikharah dan Istisyarah perlu dikembarkan -gambar hiasan-
Tajuk Istikharah sangat popular di kalangan anak muda yang mahu memeluk cinta. Apabila tiba saat hati rasa diusik-usik, maka pilihan mahu segera dibuat. Lantas Istikharah menjadi jawapannya.
Sebenarnya, istikharah ini bukanlah tertentu dalam bab memilih jodoh semata-mata. Di dalam hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari , ia disebut secara umum ; iaitu mana-mana orang yang diberatkan akan beberapa pilihan , maka hendaklah dia solat dua rakaat iaitu solat sunat Istikharah, dan kemudian membaca doa ini :

Meskipun pelbagai artikel dan tulisan tentang solat Istikharah serta persoalan-persoalan berkaitannya bertebaran di sana sini, namun soal jawab tentangnya tetap berterusan. Kali ini cuba kita lihat secara ringkas perihal solat sunat Istikharah itu sendiri.
Pertama : Kenapa Perlu
Jawabnya, kerana sebagai manusia, kita tidak lepas daripada berdoa. Meminta kepada Allah yang Maha Tahu adalah jalan terbaik bagi kita selaku manusia yang tidak tahu. Pengetahuan kita sangat terbatas, sedangkan pengetahuan Allah Maha Luas. Dia Tahu tentang apa yang sebelum kita, serta apa yang bakal berlaku selepas kita. Termasuklah dalam hal ehwal jodoh serta pasangan kita nanti. Justeru, kita yang tidak tahu ini perlulah meminta pertolongan Allah untuk menunjukkan kepada kita mana yang terbaik, supaya dengan keputusan yang kita buat itu kita tidak akan menyesal di kemudian hari.
Kedua : Kaitan dengan HATI
Kita kena faham, bahawa Istikharah itu sangat berkait rapat dengan hati. Kalau hati kotor, mana mungkin akan mendapat petunjuk yang baik. Kalau hati bersih, InsyaAllah ilhamnya nanti juga baik. Ada orang, bersungguh-sungguh solat Istikharah, tetapi maksiat tetap tak tinggal, solat wajib tunggang langgang, maka bagaimana hendak mengharap kepada petunjuk yang baik dan molek ? Justeru, satu proses yang paling penting dalam bab Istikharah ini adalah membersihkan hati terlebih dahulu. Jika anda sudah benar-benar melaksanakan proses ini, maka barulah anda boleh mengharap datangnya petunjuk yang benar kepada hati anda. Jika tidak, berkemungkinan petunjuk itu hanyalah bayangan daripada Syaitan.
Ketiga : Perkara yang boleh Istikharah
Perkara yang boleh kita Istikharah hanyalah dalam perkara yang harus di sisi Syarak sahaja. Tidak ada istilah Istikharah untuk hal yang telah jelas akan wajib atau haramnya. Umpamanya, nak bayar zakat atau tidak, tidak perlu Istikharah kerana telah jelas wajibnya. Begitu juga dengan bercouple, tidak payah Istikharah kerana telah jelas haramnya. Tetapi dalam hal yang harus, umpamanya untuk memilih antara dua pekerjaan yang sama-sama halal, maka Istikharahlah memohon petunjuk dari Allah.
Keempat : Istikharah 50-50
Benda yang telah kita yakin sebenarnya tidak lagi berhajat kepada Istikharah. Ada orang, berdepan dengan dua pilihan iaitu Nora dan Siti. Tetapi dalam hatinya, dia memang telah sukakan Siti dan dia tidak sukakan Nora. Dalam keadaan ini, kalau dia Istikharah sekalipun – dalam keadaan hatinya sudah meletakkan jawapan – Istikharah itu tiada maknanya. Istikharah hanya dalam perkara yang kita benar-benar buntu untuk memilih, antara A dan B keduanya sama berat. Dalam masa yang sama, kita tidak kisah pun kalau mendapat A ataupun B kerana keduanya tidak memberi mudharat kepada hidup kita. Jadi, Istikharah dalam hal itu adalah digalakkan.
Kelima : Satu pilihan, Dua pilihan atau Tiga pilihan
Ini menjawab persoalan seorang sahabat pengunjung blog saya. Sebenarnya, tidak kisahlah berapa pilihan sekalipun yang ada di hadapan kita, apa yang kita ingin minta adalah pilihan yang terbaik daripada kesemua yang ada.Kata kuncinya di sini adalah PILIHAN. Jika wujud elemen pilihan, wujudlah Isikharah. Jika tidak, bagaimana untuk wujud Istikharah? Mungkin kita perlu memilih antara A, B atau C. Mungkin juga kita perlu memilih antara menerima A atau menolak. Mungkin juga perlu memilih antara membuka ruang untuk lamaran A atau menutup pintu hati untuk kesemua urusan tersebut. Yang penting, kita benar-benar berada dalam persimpangan untuk membuat pilihan antara semua yang ada.
Keenam : Istisyarah atau Mesyuarat
Manusia dianugerahkan akal untuk membuat pertimbangan. Justeru ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk berfikir, menganalisa dan mencari jalan. Islam menganjurkan bermesyuarat atau meminta pendapat orang berpengalaman – sebagai kembar kepada proses Istikharah itu sendiri. Maknanya, kita tidak boleh seratus peratus bergantung kepada proses Istikharah semata-mata- hinggakan ada yang menunggu-nunggu mimpi dan sebagainya – sebaliknya, dengan bermesyuarat pun kita akan mendapat kekuatan untuk membuat keputusan. Timbanglah dengan akal yang matang akan kesemua pilihan yang ada di depan mata, dan belajarlah untuk menjadi berani membuat keputusan. Itu kan sunnatullah dalam kehidupan.
Ketujuh : Mimpi
Dalam banyak keadaan, ini boleh dikatakan mitos. Dari mulut ke mulut, petunjuk tentang mimpi adalah benda wajib yang akan dikembarkan dengan saranan Istikharah. Sedangkan kita tahu, mimpi juga boleh berlaku ke atas seseorang yang sedang angau. Maka jika si angau ini bermimpi , adakah boleh dengan senangnya dia menganggap mimpi itu petunjuk Istikharah? Tentunya tidak semudah itu. Bagaimana pula jika Istikharah dan bermimpi calon A lalu mahu membuat keputusan, tiba-tiba esoknya termimpi pula calon B? Atau, bagaimana jika dalam satu masa yang sama bermimpi calon A dan B serentak? Maka sebaiknya, jangan gantungkan Istikharah anda itu dengan sebarang mimpi!
Begitu juga, Istikharah tidak memerlukan sehingga anda dan calon anda bermimpi perkara yang serupa, barulah dianggap Istikharah anda itu berjaya. Tidak sama sekali.
Kelapan : Petunjuk yang bagaimana?
Seorang guru saya di Pondok pernah berpesan kepada saya tentang Istikharah. Katanya, ketika fikiran dan hati kita terbeban mahu memilih antara A dan B ( atau lain-lain ) maka hendaklah kita melazimi solat Istikharah. Dalam masa yang sama kita jangan tinggalkan Istisyarah. Antara petanda yang mungkin hadir adalah, ketika kita bangun daripada tidur dan teringatkan tentang perkara yang membebani kita itu ( membuat pilihan ) maka salah satu pilihan tersebut menjadi tenang di hati kita berbanding pilihan yang lagi satu. Ini salah satu petunjuk bahawa pilihan itu adalah yang terbaik untuk kita ikut. Mudahnya, petunjuk itu datang ke dalam hati kita sendiri. Kita sendiri akan merasai perkara tersebut jika kita benar-benar konsisten dengan Istikharah dan Istisyarah. Ia seterusnya akan mencetus keyakinan kepada kita dalam membuat langkah seterusnya tanpa ada lagi perasaan ragu-ragu.
Firman Allah ta’ala : ” Dan apabila kamu telah berazam untuk melakukan sesuatu, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertawakkal “
Kesembilan : Was-was itu daripada Syaitan
Dalam Fiqh, kalau kita yakin kita masih ada wudhuk dan mahu solat, tetapi tiba-tiba ada semacam bisikan bahawa wudhuk kita sudah batal, maka bisikan tersebut tidak dikira membatalkan keyakinan kita. Kaedah menyebut : Yakin tidak akan gugur kerana Syak. Begitu juga dalam bab Istikharah. Jika sudah yakin dengan pilihan yang kita buat – berdasarkan doa Istikharah kita kepada Allah serta pertimbangan-pertimbangan yang kita buat dengan Istisyarah – maka jangan dilayan lagi bisikan-bisikan umpamanya mungkin akan menyesal, atau nanti begitu atau begini, kerana kesemua itu sebenarnya adalah helah daripada Syaitan. Seorang ulama’ menyebut : Tidak akan menyesal orang yang melakukan solat Istikharah.
Kesimpulan
Optimislah dengan keputusan sendiri. Belajarlah membuat keputusan dengan yakin. Jangan harapkan anasir lain membuat keputusan untuk anda. Istikharah tidak harus sama sekali diletakkan di tahap itu, kerana ia adalah hubungan antara hamba dengan Tuhannya. Tetapi meletakkan anasir lain untuk membuat keputusan, umpamanya mengharapkan mimpi tertentu, melihat kepada objek-objek tertentu ataupun nombor-nombor tertentu, kesemua ini akan menjadikan anda seorang manusia yang tiada fungsi. Ia jauh sekali daripada ajaran Islam, apatah lagi hendak dikaitkan dengan solat sunat Istikharah.
Sekian.
oh…mcm itu ker…baru paham
setelah cuba diringkaskan seringkas mgkin
salam..ustz,mahu tanya..bagaimana jika kita tidak punya pilihan yg bnyk, mksudnya jika cuma seorang yang hadir melamar kita, apakah hanya perlu dgn istisyarah shj tnpa perlu istikarah? Dan soalan ke-2, bolehkah kita mlakukan istikarah antara 2 pilihan tetapi satu pilihan trsebut tlh nyata si A dtg melamar, ttp satu pilihan lagi si B tu cuma plhn hati kita yg myukainya dlm diam? hrp ustz dpt mmberi jwpn,syukran…
wslm
1-seperti yg sy sebut dalam artikel ni,katakuncinya adalah ‘pilihan’. walaupun sorang yg lamar,ia tetap mencetus pilihan ;iaitu trima atau tolak. kan?jadi boleh istikharah.
2- dalam situasi itu,tlebih dahulu elok berlaku adil pada hati barulah istikharah.maksudnya, saudari mmg mahu membuat pilihan ttg lamaran A samada mahu terima atau tolak.tentang rasa suka dalam diam, belum tentu si B masuk melamar kan. apapun, boleh saja diteruskan solat istikharah dgn bersungguh2 utk memohon ketetapan hati.
salam..ustaz..kiranya apabila kita telah meyakini sesuatu tu,istikharah xperlu dah la?
wslm. harus saja utk istikharah tetapi lebih kepada memohon ketetapan hati. sebab dalam diri sendiri, kita sudah yakin dan mmbuat pilihan. maka tawakkal jalan terbaik.
bagaimana jika dh dapat jwpn n memg yakin dgn jwpnnya itu,adakah seseorg itu ptt btawakal sepenhnye pdNYA?atau melakukan sesuatu tindakan?klu lelaki mgkn die berani n akn betindak,tp keterbatasan perempuan ni,dgn sifat malunye lagi,app yg ptt die buat?mnunnguh shj atau do something?wlpn pd hakikatnye empunya diri dh bsedia menerima someone dlm hidpnye tp ia agk tbantut bile fmly pernah mberi pndgn,klu nk khwn die kene hbs study dulu.jd d sebbkn i2 myebbkn perempuan i2 lebih sennag bdiam diri wlpn dh dpt jwpn yg memg die yakin.
rasanya, ini bukan lagi dalam tajuk istikharah. ini masuk tajuk lain, iaitu lamaran wanita ke atas lelaki ( atau yg sewaktu dgnnya ). sy pernah menyentuh sdikit ttg ini dalam artikel saya http://www.myilham.com/blog/2011/07/jodoh-untuk-wanita-yang-tidak-cantik/
pada sya, situasi yg digambarkan itu bukan soal mahu membuat pilihan atas lamaran atau lain2, tetapi soal minat seorang ke atas seorang yang lain. dalam soal ini, kita tidak boleh menggunakan alasan istikharah utk mengatakan perasaan kita utk betul, tanpa ada apa2 hint tertentu dari pihak yg satu lagi. boleh jadi, dalam masa yang sama ramai orang beristikharah atas seorang lelaki yg sma serta mendapat keyakinan yang sama, jadi bagaimana?
saranan saya, dalam hal ini, kita kena hadapi sunnatullah dulu ( usaha, risik , istisyarah dsbg ) kemudian barulah ke syariatullah ( istikharah , slt hajat dsbg )
erm.hakikatnya lelaki tu prnh beri hint kpd perempuan tu. disebabkn lelaki tu seolah2 prnh beri hint la prmpuan tu btindak istikhrh.tp cuma mgkn yg musykilnye antara lelaki tu beri hint atau pn hanya mahu mguji.sbb sebelum ni mereka ni sekampus,’seorganisasi’ tp xpernah langsung pn btegur sapa,apatah lg ada nombor phone msg2.pendek kata bhubunng tu mmg xde.tibe2 dh x sekampus lelaki tu myapa prmpuan tsebut d laman tertentu.i2 pn sekejap je.tibe2 myapa kembali dan shgga kini menyepi.tindakan i2 myebbkn perempuan tu ttanya2 shgga kini.i2 bniat nk mguji atau beri hint pd pndgn ust?sbnrnye ble ke lelaki ni nk mguji perempuan?sy ni mcm pantang sikit dgr org nak uji mguji ni,sbb bg sy tu hak mutlak Allah.
pada saya, jalan terbaik adalah berhati2 dan tidak terburu2 terutama dalam keadaan yg kita tidak jelas, melainkan jika si lelaki jelas menyatakan lamaran. ‘hint’ yg dimaksudkan itu boleh ditafsirkan macam2, suka, minat, main2, mahu menguji dan pelbagai lagi. tetapi sebgai wanita, menjaga maruah diri dan mengekalkannya di tempat tertinggi adalah priority yg perlu dipertahankan. kalaupun tercetus minat, kawallah perasaan dan ingatkan dri ttg fitnah syaitan. saya percaya, semua wanita mahukan lelaki yg gntleman jika mereka benar2 berhajat. tetapi jika tidak, elok diabaikan sahaja. anggaplah itu sebagai permainan perasaan semata2- lebih baik daripada bersangka2 bahawa si lelaki mahu menguji dan lain2.
nmun kiranya si wanita berani dan meyakini gerak hatinya, tidak salah memulakan ‘risikan’. yg penting, jaga adab dan disiplinnya.
tp lelaki yg bg hint tu mmg dikenali akn baik agama n akhlaknhya.Allahua’lam.insyaAllah ust,6t sy sampaikan pd empunya diri.
begitulah nilaian kita sbg manusia. nahnu nahkum bizzhowahir.wallahu yatawallas saraair.
Istikharah.dari blogspot ke wordpress.selamat berpuasa…lama xdengar citer saim kito ni…ape khabar?sihat ker?
istikharah tukar blog?
alhamdulillah sihat..lama jugak xdengar khabar, tapi jenguk2 je blog miloais tu..mantap2
Alhamdulillah, semakin memahami.
Jazakallahukhair
alhamdulillah..sama2…:)
salam ust.
nak tanya, kalau kita istikharah, tapi x bace pun doa yang digalakkan tu. means kita bace doa sendiri je. ok tak?
dan, kalau memang lazimkan istikharah, moga-moga dalam setiap perkara yang memerlukan pilihan, kita harap petunjuk dari Allah (means tak spesifik pun sebab istikharah tu), boleh ke? ke lebih baik lazimkan solat sunat lain je?
terima kasih.
wslm
doa tersebut doa yg ma’thur dari nabi s.a.w, afdhal dibaca. tapi nak baca doa lain pun xde masalah. Allah itu Maha Tahu. dan, kebiasaannya solat istikharah ini pada perkara2 tertentu yg mmg sukar mahu buat pilihan. tapi kalau dalam keadaan umum, xperlu kepada istikharah. banyakkan solat hajat supaya Allah mudahkan segala urusan mendatang.
Oh, hamba dhaif ada soalan nak tanya la. Harap tak mengganggu la ye.
1) Adakah Nabi pernah buat solat istikharah?
2) Ada sahabat ana sarankan untuk lakukan istikharah dengan cara yg lain sikit.
Begini caranya, dia suruh tulis tuliskan dua pilihan kita tu dalam kertas. 2 kertas itu diasingkan lalu diletakkan di bawah sejadah. Kita dikehendaki melakukan solat istikharah tu sebanyak 3 kali. Setiap kali selesai solat istikharah tu, cabut salah satu daripada kertas itu dan lihat yang mana kita dapat. Kalau dapat 2/3. Yang tu la pilihan kita.
Hmm, ana tak tau dia ambik kaifiat ni kat mana. Kalau boleh Ustaz bagi dalil yang bersumber ye. Jazakalllahukahir
insyaAllah xmengganggu
1- wallahua’lam. yang penting, solat Istikharah ini sunnah berdasarkan hadith sahih yang diriwayatkan Imam Bukhari tsebut.
2- istikharah dgn cara tersebut ataupun cara2 yang lain ( yg tidak bdasarkan dalil2 yg jelas ) lebih tdedah kepda bahaya dan keraguan. slain dari cara yg disebut, ada banyak lagi cara lain umpamanya selak halaman surah tertentu dsbg. secara peribadi, saya tidak bsetuju dgn cara2 tersebut. wallahua’lam. cuba baca artikel ust hasrizal btajuk ; fitnah petunjuk Istikharah.
Jazakallhukhair
Assalamu’alaikum wath wbth,
Ustaz yg dirahmati, ana ada soalan dan bersama ana lengkapi dgn beberapa situasi,
1. Ada seseorang lelaki dtg menyatakan hasrat ingin menjadikan isteri, dan sanggup menunggu lebih 2 tahun walaupun selepas diberitahu akan penolakan hasratnya itu dengan alasan masih belajar dan tidak mahu diganggu, sebab x nak tunag dulu walaupun pada hakikat tuan empunya diri tidak meminati dan tertarik dengan lelaki ini dari segi agama dan akhlak. Namun sekarang ‘dia’ masih berharap dan menunggu. Perlukah kita buat istikharah akan hal bukan pilihan kerana hati thabit pada menolak dia.
2. Dalam masa yang sama seseorang yang lain datang bertanyakan masa untuk dibuka pintu bagi melamar, dia tidak memaksa dan mendesak, hanya bertanyakan jika telah dibuka pintu lamaran. Pada hakikatnya, lelaki ini sangat bersopan dan ada akhlah, ada agama malah menjaga QuranNya. Pendek kata lelaki ini mungkin menghampiri kesempurnaan. Di sini ingin ana nyatakan bahawa empunya diri masih belajar, menjadikan ana tidak memberi jawapan kepadanya kerana dia juga memahami, namun pertanyaan itu seolah2 melamar. Hakikat lain juga walaupun dia adalah seseorang yg agak diburu oleh kebanyakan muslimat, namun hati ana tidak ada unutk dia, ana jadi tidak memndg berat terhadap persoalan dia. Ana bimbang jika ana tergolong dalam golongan yg dalam hadis SAW, yg menolak lelaki beriman. Apa harus ana buat?
3. Dalam masa yg sama, hati ana terikat dgn seseorang yg x mudah bagi ana nak leraikan ikatan itu, segalanya bukan di dalam kehendak dan perancangan. Malah ana sanagt derita akan semua ini. Sehinggakan ana seperti tertutp utk yg lain. Bagaimana utk ana uruskan hal ini. Kalau diikutkan akhlak, masyaAllah, dia org yg baik2. Ana juga sering mndapat mimpi baik2 ttg muslimin ini dan ana seolah2 tenang dgnnya. Walaupun dia tidak pernah tahu dan ana memg x nak dia tahu. apa patut ana buat utk mdapat ketatapan hal no.3 ini?
“segalanya demi Redha-Nya”
wslm
1- memilih calon suami,sudah tentu soal agamanya menjadi keutamaan. soal akhlak,soal keimanan,soal tanggungjawab dan kematangan.dia bakal memimpin,dia perlu meyakinkan dari sudut kepimpinan.jika itu tiada,dan hati mmg tiada hasrat utk menerima,maka tolaklah dgn adab dan sopan slayaknya kita ssma manusia.jgn biarkan harapannya tergantung tanpa kata putus yg boleh menyimpulmatikan segalanya.
2- anda harus ‘berbincang’ dgn diri sendiri,atas dasar apa tidak mahu menerima meskipun yang datang melamar itu cemerlang akhlak dan agama.jika puncanya tidak bersedia,berilah ruang pada diri sendiri utk menguatkan jiwa.jika soalnya tiada minat,ketahuilah minat itu boleh saja datang bila2 masa.benar, menolak lamaran dari seorang lelaki yg baik tanpa sebab2 yang kukuh bukanlah suatu yang molek dalam agama.berikan hak kepada dia dan jgn abaikan hak utk diri kita juga.yg penting,jujur dgn diri sendiri.anda lebih kenal diri anda-serta sebab musababnya- berbanding saya.
3- atau,kemungkinan besar kesemua lamaran di atas menjadi ‘tawar’ dek kerana hati anda sudah dicuri oleh si no.3. saya tidak jelas dgn maksud anda ‘terikat’, ‘leraikan ikatan’ ‘sangat derita’ dan sbagainya,samada hanya kerana jatuh hati ataupun berlaku sesuatu yg menjadi asbab kepadanya.cuma, apa yang boleh ana nyatakan, beranilah dalam mengemudi hidup kita sendiri.balik kepada Allah,cuba berlaku adil dan jangan terlalu ikutkan perasaan tertentu yang belum tentu terkandung kebenaran,belum tentu cuma suntikan syaitan.
setelah jelas beberapa option di depan mata,maka buatlah solat Istikharh dan berbincanglah dgn orang2 yg dipercayai. insyaAllah, jalan keluar daripada semua msalah itu tetap ada.
p/s: Kisah di atas kisah seorang sahabat yg begitu malu untuk bertanya dan minta bertanya, mg bernilai ibadat untuk manfaat bersama,
mg tidak ada kesalahfahaman, syukronn,
ku andaikan sahaja ia menjadi kisahku,
USTAZ ANA MOHON COPY THIS ARTICLE UNTUK SEBARAN DI 1 PROGRAM BAITUL MUSLIM.
silakan. tp artikel ini sgt2 simple dan ringkas. mgkin tidak sesuai pun untuk sebaran program
xpe ust sbb ini sbg buah tangan dgn tajuk bkaitan.akan ada ust yg beri pengisian khas mgenai tajuk ni.
Alhamdulillah, InsyaAllah…
namun ana ingin juga katakan di sini bahawa, ana sebenarnya masih belum bersemangat untuk membicarakan soal jodoh, disebabkan itu ana tidak tertarik dengan perkara2 ini,mungkin disebabkan terlalu asyik dengan belajar. Ana suka mengambil pendapat kata-kata penyair arab yang berbunyi, ” Jika kamu berasa nikmat akan kesedapan Ilmu, kamu tidak akan gemari benda pada tangan orang-orang” menyebabkan ana tidak berminat. Namun ia sunnah dan fitrah, dan mugnkin juga Allah belum mmbuka hati ana untuk berfikir soal ini.
jika berkenaan yg no.3, ana ada kemusykilan.. kerana apabila ana tidak terlalu mecintai utk mmbaca al-Quran dan buku, maka perasaan ana padanya kurang asyik dan langsung ana rasa tawar, namun bila ana timbul perasaan meluap-luap pada membaca al Quran dan mecintai buku2 ana, lantas mempelajari Ilmu, ada sesuatu ingatan kepadanya, entahlah…ia dari syaitan atau dari Allah.. Ana pasrah. Ana juga tidak mengharap ‘dia’ adalah orangnya, segalanya ana berharap pada Allah shj walaupun agak sukar meyakinkan bahawa segalanya adalah dari ALLAH Taala. Wallahu’alam…
Syukran ustaz,
sama2. saya doakan yg terbaik utk saudari.
p/s: Kisah di atas kisah seorang sahabat yg begitu malu untuk bertanya dan minta bertanya, mg bernilai ibadat untuk manfaat bersama,
mg tidak ada kesalahfahaman, syukronn,
Asslamu’alaikum, ustaz, jadi bagaimana resolusi yang boleh Musafir Ilmu Ah ambil dalam situasinya yang macam tu?
wslm. resolusi terbaik adalah mmberi hak pada diri dan mmberi hak pada orang lain.adil dgn diri sendiri dan adil dgn orang lain.jika mahu membuka ruang,lakukan dgn jelas dan terang.jika mahu menangguh atau menutup ruang,lakukan juga dengan jelas dan baik.hanya kita sendiri tahu kehendak hati kita sendiri
Baru nampak dengan lebih jelas tentang istikharah ni..terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini. =))
sama2
Assalamu’alaikum wath wbth,
ustaz sy nak minta pendapat harap ustaz dpt tolong…ada seorang muslimin ni orgnya b’akhlak dan ada agama nak tanda sy..dia suruh sy lakukan solat istikharah..setelah sy istikharah beberapa kx sy yakin utk menolak pelawaannya..sb sy masih nk belajar bila sy jelaskan kpdanya..dia suruh sy lakukan istikharah lg..maksudnya dia tak dapat terima kptsan sy..dia sanggup tunggu sy 4 5 thn lg smpai sy hbis belajar…dan hanya nak tanda dulu tanpa b’hubung
-setelah sy yakin dgn kptsn sy..adakah sy perlu istikharah lg @ bagaimana?
-Bagaimana dgn tanda?
wslm.
sy berpandangan, slain istikharah anda harus juga meneliti kriteria lelaki tersebut serta planning dari segala sudut. itu jika anda mahu mempertimbangkan. tetapi jika dalam hati sendiri mmg jelas dan terang anda belum terbuka utk memikirkan ttg kahwin dan mahu fokus belajar, maka tidak perlulah anda istikharah. nyatakan keputusan tersebut secara baik dan jelaskan kepadanya, anda tidak akan mmbuka ruang utk sesiapa sehingga masa yg anda betul2 bersedia. anda tetapkan, brapa tahun akan datang. jika lelaki itu mahu tunggu, biarkan dia tunggu. jika tidak pun anda tidak akan rugi sebab anda tidak ada apa2 perasaan kepadanya. tentang tanda, bertunang, ada ikatan, pada saya mgkin anda tidak perlu melakukan langkah tersebut sekiranya anda mmg benar2 mahu fokus belajar, ataupun anda berpendirian ‘belum masanya’.
wallahua’lam
syukran..d atas pandangan ustaz..
assalamualaikum.. mungkin soalan saya ini kurang lebih same saje dgn soalan yg lain, tp masih berharap agar saudara memberi kan jawapan. Sy mengalami satu situasi dimana seorang lelaki ini telah jatuh hati pada sy, dan beliau cakap, beliau sudah melakukan istikharah beberapa kali dan mungkin juga istisyarah..dan beliau mendapat gerak hati bahawa sy lah orangnye. Lelaki tersebut baik, malah sekarang semakin mengabdikan diri beliau pada lorong2 agama (pada pengetahuan sy la seperti yg diberitahu oleh beliau.) Soalan sy, adakah itu menandakan sy adalah jodoh beliau, sedangkan dalam diri sy sedikit pun tak ade gerak hati terhadap beliau. Perasaan yg ada adalah sebagai kawan, kerana sebelum ini km mmg kawan baik. Dan hanya beliau yg tiba2 menyimpan perasaan. Malah sy pendek kata tidak dapat menerima dia sekali pon beliau dgn yakinnya mengatakan beliau sukakan sy. Dan paling megahantui sy apabila beliau kurang lebih ibarat mengharap dan meletakkan sy jodohnya. Dan ada juga ayat beliau mengatakan ada jodoh dengan sy, adalah. dan sebaliknya. Dan beliau akan menunggu selagi sy tidak berkahwin. Saya sangat dihantui oleh pemikiran beliau tu. Sy tahu hanya Allah yg Maha Mengetahui segala sesuatu, Tapi sy inginkan kepastian adakah sy mungkin milik beliau kelak? Bagi beliau, dia sangat selesa dengan sy. Tp bagi sy hakikatnye sy sungguh tak selesa dgn beliau, cume sy yang tak pernah menyatakannye, kerana sy fikir sekadar kawan. Dari satu ayat saudara, dalam isi yg keempat ”istikahrah50-50”. Dan sy fikir adakah beliau jge adalah di tempat yg same, beliau sudah suke pada sy, jd walaupun istikharah pon, beliau tetap mendapat gerak hati sy.
Ya, tipu kalau sy katekan sy tidak ade pilihan hati sendiri. Tp sy tak penah menyuarakannya dan hanya berdoa di dalam hati. Sbb sy terbaca lelaki yg perlu mencari, perempuan pula berdoa menunggu yg datang padanya adalah yg terbaik. Apepun sy mengharapkan keredhaan Allah.
Semoga saudara boleh membantu..
wslm
saudari sebenarnya tak perlu ‘terbeban’ dgn keputusan istikharah,kata2,dalil2 yang diberikan oleh pihak lelaki. itu semua bukanlah petunjuk wajib bahawa dia adalah jodoh kepada saudari. apa yang perlu saudari lakukan adalah jujur dgn diri sendiri smada mahu terima dia atau tidak. kalau 90% nak terima atau 90% nak tolak,xperlu istikharah2 lagi. kecuali kalau 50% dan nak consider lelaki tu utk diterima atau tak.
jadi, dalam kes ini saudari mmg xnak n mmg xselesa, tinggal lagi nyatakan dengan baik kepada lelaki tersebut dan tolak dgn baik. itu sahaja.
soal jodoh kemudian hari, n soal samada lelaki itu nak tunggu seribu tahun, itu perkara mendatang yang kita sendrii pun xpasti. wallahua’lam.
Salam ustaz.
baru-baru ini telah membuat istikharah kerana berasa sudah bersedia untuk berkahwin.
terdapat seorg lelaki yg dikenali tetapi sudah lama tidak berhubung menghubungi secara tiba-tiba dan menyatakan hasrat untuk berkahwin. hati terasa dekat dan sesekali teringatkan beliau namun hati masih tidak mampu menerima kerana dia sudah berkawin walaupun isterinya mengizinkan. adakah boleh saya menolak beliau?
wslm.
berbalik kepada sejauh mana anda telah melakukan proses istikharah dan istisyarah itu sendiri. anda perlu menerima/menolak atas faktor manfaat dan mudarat yang jelas. sekiranya hati terasa dekat dan selamat, fikiran pula rasa lapang, dan halangan pula semakin berkurangan, berkemungkinan itu salah satu tandanya. apa pun, tanyalah hati anda sejujurnya.
Salam Ustaz,
Terima kasih berkenaan info yang berguna ini.
Sama seperti soalan2 sebelum. Harap ustaz dapat memberi pandangan.
Situasinya,ana berkenan dgn seorg lelaki. perkenalan yg tak sengaja melalui laman sosial. perasaan syg itu memang sudah sebati.walaubagaimanapun ana masih mengawal agar tidak memberi 100% perasaan kepadanya. kerana ana masih tidak tahu kawan2 terdekatnya termasukla ahli keluarganya. Pernah ana bertanyakan kepada lelaki itu dan jawapannya belum tiba masanya. Sebab mengapa ana terbit perasaan syg padanya adalah kerana agamanya dan kematangan. Dan bila ana menyuarakan hasrat hati ana pada keluarga, keluarga ana seakan tidak merestuinya. kerana ana langsung tidak tahu orang yang terdekat dengannya. sehinggakan keluarga mempersoalkan tentang ilmu agamanya sebab ana tidak boleh merujuk kepada sesiapa.cuma ana dapat rasakan saja.
Dalam masa yang sama, ana bertukar tempat kerja. Diambil kira pasal proses penukaran kerja adalah amat mudah. seperti ditetapkan. dari mula ana interview, mencari rumah sewa dan akhirnya bekerja ditempat baru. Di situ ana berkenalan seorang lelaki. Dia begitu mengambil berat tentang ana dan akhirnya menyatakan hasrat untuk mengambil ana sebagai suri hidupnya. kalau dibandingkan dengan lelaki pertama dari segi agama, kematangan dan kewangan agak ada perbezaan. dan tentunya lelaki pertama lebih baik agamanya. walaubagaimanapun dari hari ke hari ana rasa kagum dengan kesungguhan mempelajari ilmu. ana juga telah berjumpa dengan keluarganya secara tidak sengaja. dan Allhamdulillah semuanya dapat menerima. begitu juga dengan keluarga ana. meskipun belum berjumpa mereka seakan setuju.
memikirkan tentang pernerimaan keluarga dengan lelaki pertama sedangkan ana menyayanginya dan kesungguhan lelaki kedua tanpa ada perasaan benci ana melakukan istikharah semoga diberikan kekuatan dan petunjuk dariNya. dan ana bermimpi bertemu lelaki kedua pada kali ke3 ana melakukannya. kerana timbul perasaan tidak yakin itu. and meneruskan hari ke4. kemuadian ana berhenti melakukannya.
apakah pendapat ustaz?perlukah ana mengulanginya sehingga ana benar2 yakin.ana betul2 terhimpit situasi ini..
Salam..
wslm
mohon maaf kerana terlepas pandang utk menjawab komen ini.
selintas lalu membaca situasi, dengan mudah kita boleh menyimpulkan bahawa lelaki kedua adalah lebih positif dari banyak segi, bukan hanya diri semata2 bahkan juga faktor keluarga dan lain2. manakala lelaki pertama, apa yang tersekat cumalah rasa ‘sayang’ yang entah ilham yang benar ataupun bisikan daripada syaitan.
kalau benar mahu beristikharah, sila lakukan dengan yakin dan ikutlah petunjuknya dengan yakin. sesungguhnya tidak akan menyesal orang yg melakukan isitkharah. insyaAllah.
Assalamualaikum.
Maaf karena saya dari Indonesia. Semoga Pak Ustadz bisa memahami apa yang saya sampaikan.
Saya bermaksud pindah kerja ke perusahaan lain, tetapi perusahaan tempat saya bekerja mengetahuinya dan memberikan tawaran gaji yg sama.
Mana yang harus saya pilih? karena kedua pilihan ini setelah saya pertimbangkan, punya keuntungan dan kerugian masing-masing. Sehingga, kedua pilihan tersebut sama unggulnya.
Terimakasih.
wslm wbt.
ahlan wa sahlan ke blog saya.
disamping melakukan istikharah, anda boleh membuat analisis dan kajian terhdap kedua2 perusahaan tersebut. yang pertama yang mahu ditukarkan itu, apa pro dan kontranya, dan kenapa mahu berpindah. bandingkan sebab2 tersebut dengan perusahaan kedua. sekiranya punya kebaikan yang lebih banyak utk berpindah, dan hati juga merasa tenang selepas istikharah, maka mgkin itulah yang terbaik.
salam..ustaz sy nk tnye..sy da bertunang dgn psgn sy yg kenal selama 6thn..tp dgn secara mendadak die berubah prangai/hati dan nk pts tunang..ibu bapa die da tau psl ni, mereka minta sy sabar dan buat solat istikharah..sy buat minta petunjuk dr Allah adakah die jodoh sy..ape yg sy nmpk adalah tunang sy skrg..xde bygn lelaki lain lgsung yg muncul..dan hati sy berasa yakin dgn petunjuk tu..tp tunang sy sebaliknye masih dlm keadaan yg sama dan tetap nk putuskn tunang..ape mksudnye? ape yg sy perlu buat?
wslm. pertamanya, saya harap saudari perbanyakkan bersabar dan anggaplah ini sebagai ujian Allah utk mematangkan hidup. kadang2, hikmah dari semua ini adalah Allah mahu melihat sejauh mana keyakinan kita kepada jodoh di tangan Allah. adakah perhubungan selama 6 tahun menjadi alasan cukup kuat utk menafikan ketentuan Allah? tentunya tidak.
melakukan istikharah dan mendapat petunjuk positif bukan bermakna pasangan kita juga akan mendapat petunjuk yg sama. boleh jadi negatif. jika berlaku keadaan tersebut, usahlah dipaksa sebaliknya kembalilah kepada Sang Penguasa. anda mgkin telah memujuk, memberi jalan dan sebagainya, tetapi jika di akhirnya dia tetap mahu putus, saya berharap saudari terima dengan redha. anggaplah tidak ada jodoh dengan dia, tetapi jodoh saudari mgkin tiba bila2 masa sahaja.
terima kasih ustaz..sy ade 1 lg pertnyaan..ibu tunang sy ade bgtau yg tunang sy terkena buatan org..sebelum tu naluri sy mmg rs perkara yg sama dan ternyata ia betul.dan mungkin sy terkena juge krn ade org dengki dgn hubungn kami..mereka telah bawa die berubat dgn seorg ustaz..mungkin sbb tu die brubah secara mendadak..keluarganya minta tempoh sehingga die hbs berubat..sy perasan mmg de perubhn positif pd die seleps berubat..hati sy kuat menyatakn die jodoh sy setelah m’buat istikharah..sy agak keliru dgn keputusan yg ptt sy buat..
tidak ada masalah jika saudari boleh bersabar seketika dan mmberi ruang kepada tunang saudari dan kelurganya utk berubat. jika kuat keyakinan dalam diri dan usaha juga sudah dilakukan, selebihnya bertawakkal dan serahkan saja urusan kepada Allah. InsyaAllah Dia Maha Tahu apa yg terbaik.
Assalamualaikum. Seperti mimpi ini syaitan yang mungkin menyerupai seseorang. Tetapi dibulan Ramadhan, tiada syaitan. Jadi, bagaimanakah mahu menilai apakah itu petunjukNya atau diri yang terlalu memikirkannya sehingga terbawa dalam mimpi? ‘Bila selalu terfikir sesuatu hal, ia akan datang dalam mimpi.’ Kenyataan itu bagaimana?
salam..terima kasih atas nasihat dan bimbingan yg ustaz berikn..utk pengetahuan ustaz kini tunang sy telah terbuka hati utk menerima sy..cuma die minta berikan masa dan tidak memaksa die..sy bersyukur dan berharap semuanya berjalan lancar..setiap kejadian pasti ade hikmahnya..terima kasih byk ustaz..wassalam
Salam…
Bolehkah kita sembahyang ISTIKHARAH setiap hari supaya Allah memberi petunjuk kepada apa yang dirancangkan hendak buat setiap hari?Contoh hari ni kita rancang hendak pergi ke pejabat A dulu kemudian hendak ke pejabat B atas urusan perniagaan, kita sembahyang ISTIKHARAH dipagi hari supaya Allah tunjukkan supaya pergi pejabat A dulu lebih baik atau pergi pejabat B lebih baik. Cth lain hari ni ada byk tugasan, kita sembahyang ISTIKHARAH dipagi hari supaya Allah tunjukkan tugasan mana yang mana kena buat dulu( kalau semua priority sama)
wslm. boleh.
Assalamualaikum.
Terima kasih ustaz kerana point2 yg sgt mudah difahami dan insyaAllah mudah jua di aplikasikan.
sy di sini sekadar ingin bercerita kisah saya. Alhamdulillah, Allah limpahkan rahmatNya utk kita semua. Saya turut alami masalah memilih antara 2. Mula2 saya telah kenal A dan tiba2 S datang dan sy amat keliru kerana kedua2nya pilihan yang baik. Alhamdulillah ketika itu pula bulan puasa dan sy lakukan istikarah lebih kurang 4-5 hari. Sy tak pernah menunggu mimpi, cuma sedikit pengetahuan dan yakin dengan Allah dan ialah bila kita lakukan istikarah antara tanda-tandanya ialah tenang dalam memilih.
Alhamdulillah, hari ke-3 istikarah, saya bermimpi lelaki S melamar saya dalam mimpi. Tapi saya tidak ambil itu sebagai perkara utama utk memilih S. Tapi hati sangat2 tenang.
Lebih kurang 1 bulan, lelaki S melalui org ke-3 menyatakan hasrat ingin bertemu keluarga saya. Alhamdulillah saya rasa sangat tenang memilih S dan tiada lagi rasa kekeliruan dalam memilih. Petunjuk lain ialah keluarga saya menerima S dengan begitu mudah dan perjalanan urusan jg berjalan lancar.
Dulu saya takut utk istikarah kerana risau yang pilihan tidak berkenan di hati saya, tapi siapalah kita utk mempertikaikan ketentuan Allah. Tawakkal kepada Allah dan usaha, pasti Allah akan tunjukkan jalan.
Ketenangan dalam memilih selepas istikarah hanya org yg yakin pada Allah akan merasainya. Jangan takut untuk melakukannya. Yakinlah hanya pada Allah.
Doakan saya dan S dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah dan dipermudahkan jalan menuju redhaNya. Moga kita semua sentiasa di bawah naungan kasih Allah. Semoga juga ustaz dlimpahi kasih sayang Allah sentiasa. Amin.
salam ustaz, saya ingin bertanya tentang doa solat istikharah, sbb ada 2 versi, versi 1: baca terus ayat2 doa, versi 2: ada 2 tempat yg d tinggalkan kosong utk diniatkan apa hajat kita.
perlukah kt menyebut niat contohnya utk memilih si A (namanya) ataupun si B(sebut namanya)?
wslm. boleh sahaja baca mana2, yang tinggal kosong tu untuk kita sebut nama atau hajat. harus sahaja disebut namanya.
Assalamualaikum ustaz..sy betul2 nk minta pndngn ustaz.. Sy brumur 25 tahun & sudah ada rasa ingin berkahwin..mungkin dah sampai seru.. Sy tiada boyfriend malah kwn lelaki pun hnya dari kalangan coursemate. Kwn saya ada kenalkn sy kpd beberapa org lelaki yg semuanya masih single..saya buka facebook mereka tp langsung tiada minat untuk berkenalan sehinggalah 1 hari kwn sy kenalkan sorang lelaki pd sy.. Namanya A.. Entak knpa hati saya berminat utk berkenalan..Kwn sy bg no fon A. Sy mesej A hnya sekadar utk berkawan..A membalas mesej sy dgn baik.. Tapi A tak pernah mulakan mesej, sy yg akan mesej dia dahulu..sy & A tak pernah berbual di fon..menurut kpd kwn A, A mmg single & tidak mahu bcinta sebelum kahwin..A berumur 27 tahun..Sy lakukan solat hajat, taubat & istikharah berkali2, sy rasa dh melebihi 7x..setiap hari ingatan sy pd A makin kuat..kdg2 rasa macam nak pecah dada lantaran sy menahan hati agar tidak mesej @ kol A..ustaz, apa yg ptut sy lakukan? Sy ingin berterus terang pd A tp sy malu & sedar sy perlu mnjaga maruah sy sbg prempuan.. A tak pernah tahu sy berkenalan dgn dia sebab sy ingin mencari suami, bukan sekadar utk berkawan.. Sy pun x tahu samada A suka sy @ x.. Sy buntu ustaz..Sampai 1 tahap sy mnangis sebab tangan rasa nk mesej A, hati desak sy brterus terang tp akal & rasa malu sy melarang utk sy bterus terang..apa patut sy buat ustaz?
wslm wbt
1- cuba rujuk balik kepada kawan yg kenalkan saudari dengan lelaki tersebut. mungkin boleh minta tolong dia utk sampaikan lamran saudari secara baik. tidak salah perempuan melamar lelaki, asal dengan cara yg makruf.
2- berhubung dengan lelaki tersebut samada col atau mesej bukanlah tindakan yg baik, bahkan tidak halal di sisi syarak pun. lebih malang, ia menambah kekusutan jiwa dan menambah rasa sayang saudari kepada lelaki tersebut tanpa berpijak pada apa2 janji. hentikan berhubung, lamar secara baik dan terimalah dengan redha kiranya ditolak atau diterima.
slm ustd..sy nk tanya, sye anak darah org yg keliru buat keputusan. usyz, law wat istiqarah krn dijadikn isteri ke-2 le kn…ikut kata hati terima lamaran si dia krn SAYANGKAN DIA. tpi dlm masa yg sama, perasaan risau dan takut tuk memberi kata putus YA/ TIDAK, dan tak tahu jawab apa…ana dah hari2 solat istiqarah, dan dia muncul dlm mimpi ana sekali..krn mimpi itulah yg buat ana terima lamaran dia (sbgi isteri ke-2)…apa pandgan ustd dlm soal ni..syukron..:)
wslm. kalau setelah istikharah hati tetap condong ke arah dia, cubalah juga beristisyarah/berbincang/minta pendapat dengan orang-orang yang diyakini agama dan akhlak mereka. itu penting untuk saudari pertimbangkan pro dan kontra. sesudah itu lakukan lagi istikharah. insyaAllah jika hati tetapi teguh dan condong kepadanya, mungkin dia adalah pilihan yang tepat.
as salam ustaz..sy sudah mempunyai pilihan..kami telah mrncg utk berkahwin..tp belakgn ni sering berlaku perkara2 yg menyusik perasaan dan hati saya..sy slalu bersedih dgh hubungan kami skrg..sy dah beristikharah..dan sy pon dah rasa ketenganan bila wktu ngn pilihn saya…namum kini si dia belum lagi menunjukkan usha utk berkahwin..sedangkan sy ingin mempercepatkan utk berkahwin..semakin hari sy semakin takut untuk terus “berkawan” ngn lsi dia di mana ianyanya adalah pembuka jalan bagi zina..kami dah “berkawan” dari zaman universiti lagi…apakah yang perlu saya lakukan? bg si dia..sy masih belum matang utk berkhwin…tp hakikatnya sy sudah bersedia…
wslm. cuba explain betul2 kat dia yang saudari tidak mahu hubungan tak terjaga, kerana itu haram dan beri kesan selepas berkahwin nanti. tegaskan yang saudari mahu segera berkahwin. sekiranya dia tidak mahu mempercepatkan perkahwinan kerana masalah keluarga atau kewangan, saudari perlu kurangkan masa berhubung atau berjumpa. sebaiknya, tidak langsung. sehinggalah nampak jalan ke arah perkahwinan, atau si lelaki benar2 berusaha ke arah itu. jagalah diri saudari dari terus hanyut dengan pujukan nafsu.
Salam..berdasarkan apa yang saya baca daripada komen2 dan pertanyaan..semuanya melibatkan tentang baru nak berkawin..baru nak bercinta..atau sebagainya.Bagai mana pula kalau dah berkahwin..sudah berumahtangga..tapi dlm tempoh perkahwinan..terjadi nya sesuatu perkara yang berkaitan ngan hati dan perasaan..dan akibatnya salah seorang telah diabaikan?Saya pernah mendengar dari seseorang..katanya..’sekiranya kalau dlm perkahwinan..wujudnya penganiayaan hati dan perasaan pasangan kita,lebih baik lepaskan dia ngan cara yang paling elok ..supaya tak tersiksa hati dan perasaan dia’…Sekiranya berlaku sedemikian rupa..apa yang perlu dilakukan..solat apa yang perlu..istikarah atau pun hajat?
wslm. dalam apa2 keadaan pun, harus dibuat istikharah, sebab istikharah adalah ikhtiar kita meminta dengan Allah supaya tunjukkan mana yang baik antara dua urusan. dalam hal rumahtangga, kiranya berlaku perselisihan, jalan terbaik adalah berbincang dahulu dengan cara yang paling baik. perbaiki cara komunikasi, atau gunakan orang tengah yang boleh mendamaikan. usaha sedaya upaya dahulu utk memperbaiki mana yang kurang dan menegur kesilapan pasangan. dalam masa yang sama, perbanyakkan solat hajat supaya Allah lembutkan hati pasangan dan selamatkan rumahtangga kita.
Salam ustaz,
Dalam banyak situasi, bukan semua lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
soalannya..
Jika kita masih ragu @ kurang yakin tentang keagamaannya, wapun dia dikatakan calon yang baik dari sudut lain…perlukah kita meneruskan perkahwinan dgnya? istikharah telah dilakukan ada baik n buruk… n hati tidak yakin kpd agamanya….
Adakah ketidakyakinan hati ini, wajar bagi seseorang wanita itu, menolak untuk tidak bekahwin degannya.
Salam Ustaz…
Saya di persimpangan memilih antara 2 kerjaya. Setelah dibincang bersama ibu dan abang saya, masih belum ada penyelesaian. kedua2nya 50-50…
Tapi keputusannya harus dibuat dengan pantas dalam 2 hingga 3 hari…
Jadi saya melakukan solat istikharah tanpa disokong oleh solat taubat/tahajjud/hajat dsb tatkala diri rasa penuh dosa (tetapi saya tak meninggalkan solat dan rukunislam yg lain).
Hanya dilakukan dalam kesempatan cthnya selepas maghrib dan isyak sebanyak 7 kali (hari2 berlainan)…
Boleh komen sikit ustaz…?
wslm. selanjutnya, buatlah keputusan dengan memilih yang mana lebih berat di hati. InsyaAllah, jika benar-benar telah dibincangkan dan telah istiqamah melalukan istikharah, DIA akan berikan yang terbaik. jangan menunggu keputusan jatuh dari langit, tetapi sebagai manusia, beranilah membuat keputusan dan serahkanlah selebihnya kepada Allah.
Salam ustaz..
saya mungkin agak dhaif mengenai solat istikarah, tp buat masa sekarang sy amat keliru antara pelbagai pilihan…
sy telah lama mengenali seorang lelaki yg akhlak & agamanya amat di senangi… dia sudah banyak kali menyuarakan hasratnya untuk melamar saya, dan dia mengatakan bhw dia akan dtg menemui kedua org tua sy tak lama lagi… apabila sy teringatkan dia, perasaan untuk mendalami ilmu2 dan membaca Al-Quran membuak2… apakah perasaan sy itu sesuatu yg logik?
dan apakah tanda2 yg benar apabila sy solat istikharah ketika ingin mengetahui sy jodoh terbaik utknya, dan dia jodoh terbaik utk sy…. ?
mohon bimbingan…
wslm wbt
apa yg penting adalah dia datang melamar dengan cara baik, kemudian saudari dan ibu bapa meyakini akhlak serta agamanya. mendalami ilmu, mmbaca al-quran dan brzikir perlu diikhlaskan kerana Allah, bkn kerana manusia. namun berkemungkinan, rasa ghairah utk beribadah itu meningkat sebagai menzahirkan rasa syukur atas nikmat yng Allah datangkan ( berupa seornag calon suami yg baik, insyaAllah )
tanda itu ada pada hati saudari sendiri. suci dan bersih hati, akan makin jelas dan teranglah tandanya. saudari akan merasa aman, tenang dan tenteram dengan keputusan yg diambil. tidak berbelah bagi, kecewa dan resah. itulah tanda yg benar.
wallahua’lam.
Assalamualaikum ustaz..
syukran ats perkongsian serta maklumat yg sgt menarik..
disini ana nk mtk pandangan ustaz..harap tidak keberatan buat ustaz..
Kebetulan pada pagi td, abg sepupu ana dari mesir telefon ana..dan die menyatakan ad sseorang ikhwah yg mahu berkenalan ngn ana..Scr jujurnya,ana terkejut dgn berita ni dn ana xtau nak bt mcm mana sbb ana xkenal dgn ikhwah tu..Ikhwah tu pun xkenal ana..mgkin die kenal mlalui abg spupu ana..Ana pun xpasti sngat..Menurut Abg sepupu,die tu baik orgnya dn latar belakang family die alhamdulillah beragama..Insyaallah ana akn buat isthikharah wlupun ana melazimi solat isthikharah sblm ana tidur..cumeny ana tkt tok menerimany sbb mgkin :
1) ana xbersedia lg dlm soal ni..
2) ana msh dlm pgajian..
3) ana bknlah dr golongan yg solehah tp ana sdg berusaha tok mperbaiki diri dn iman ana sendiri tok menjadi yg lbh baik..nak berubah ke arah yg lbh baik bknlah mudah..Ana sdg berusaha agar hati ini sentiase istiqamah di jalan yg diredhai..Jd,ana rase spt xlayak tok menerimanya ats sbb ana masih baru utk berubah menjadi muslimah yg diredhaiNya..
Apa pandangan ustaz?
wslm wbt. sunnatullah, lelaki akan mencari perempuan untuk dijadikan isteri. tetapi tidaklah menjadi suatu kewajipan untuk perempuan terus terima, sebaliknya digalakkan untuk dipertimbangkan dan diterima/ditolak dengan baik. dalam situasi saudari, adalah lebih utama untuk saudari menumpukan kepada pelajaran sekiranya masih tidak bersedia. perbanyakkan solat istikharah dan minta nasihat dari orang sekeliling yang berpengalaman.
salam..bagaimana pula sekiranya hati mmg da suka tuk jdikan sesorg pilihan tu suami/isteri..adakah prlu istkarah kalu btul2 suka?adakah perlu juga istikarah spy mendapat ptunjuk yang trbaik?
digalakkan istikharah pada perkara2 yang sama berat pada timbangan. kalau dalam hati dah ada keputusan, kadang2 istikharah pun tidak berkesan kerana dirinya sendiri sudah membuat pendirian.
Salam ustaz, saya ada pertanyaan. Saya di perkenalkan dgn seorg lelaki dr kwn saya. Pada mulanya hubungan kami ok. Tiba2 berlaku salah faham. Walaupun saya dah meminta maaf, dia tetap berkeras dgn xmahu lagi meneruskan hubungan kami. Saya akur dgn menghormati permintaannya. Tetapi dari bulan januari sehingga sekarang, saya xdpt melupakannya dan masih merinduinya. Selasa lepas, gerak hati saya kuat utk melakukan istikarah. Selepas itu dan sehingga sekarang, hati saya sentiasa sedih dan sayu mengenang dia. Doa saya, sekiranya dia adalah jodoh terbaik buat saya, lembutkanlah hatinya utk menerima saya seadanya dan sekiranya dia bukan jodoh terbaik utk saya, hapuskanlah segala ingatan saya terhadapnya. Sehingga kini, perasaan saya sangat kuat kpdnya. Tetapi, tidak ada tanda2 dr dia yg dia mempunyai perasaan yg sama. Saya x berani nak bertanya atau berjumpa dgnnya. Apakah sbnrnya petunjuk dr Allah kepada saya?
wslm. ada satu perkara yang anda perlu beri perhatian sebelum istikharah, iaitulah mengosongkan hati dan mengisinya dengan pergantungan kepada Allah. membersihkan hati dari mazmumah dan dosa2. membuat solat taubat. kesemuanya proses yang penting dalam melazimi istikharah, agar gerak hati tidak menjadi fitnah. kita risau, ingatan kita kepada si lelaki hanya kerana terikutkan emosi dan perasaan, sedang syaitan pula mengambil kesempatan.
assalamualaikum ustaz..
saya ada satu soalan dan inginkan nasihat dr ustaz, saya ada seorang kekasih iaitu A kami telah berkawan selama setahun tp hanya sekali baru dia pnh datang jumpa saya dan fmly. pada satu hari ibu saya menyatakan bahawa dia bermimpi bahawa kekasih sy ni mempunyai kekasih lain dan meninggalkan saya. kemudian setelah mendengar mimpi ibu saya,saya mengambil keputusan untuk buat istikharah.selepas buat istikharah saya tidak pasti sama ada saya sudah dapat petunjuk atau pun tidak, tetapi setelah sebulan buat istikharah hubungan saya dengan kekasih saya masih lagi berjalan seperti biasa..soalan saya adakah dengan terus terjalinya hubungan kami ini bermakna dia memang jodoh saya walupun saya telah buat istikharah mohon ALLAH beri petunjuk sekiranya kekasih saya ni adalah jodoh saya..terima kasih.
wslm. adalah lebih aula saudari dan dia berbincang dengan family masing2 untuk menyegerakan perkahwinan, berbanding membuat istikharah. sekiranya dapat mencapai perkahwinan, maka dialah jodoh saudari insyaAllah.
salam…sye nak longsi cerita. suami sye telah berkahwin lg 1 pada tahun lepas. tp dia bgtau sye bulan lepas…dah setahun sye tertipu & sye x boleh berkongsi kasih suami..sye rasa terainaya & sedih sgt…dah 3 mlm sye buat solat istiharah..selepas setiap solat…tp sye cuma dapat ketenangan..sye minta pad allah moga beri petunjuk pada sye satu jalan yg benar untuk sye…sye minta kalo sye adalah tulang rusuk suami sye skrg ni..sye akan teruskan perkahwinan to kalo sye bukan jodoh suami sye, maknanye sye nak teruskan melangkah ke mahkamah iaitu inginkan penceraian..sye xmau derita dan menanggung dosa hari2 syakwasangka pd suami sye…tp sampai hari ini tiada apa2 gerak hati/mimpi lg…haruskah sye teruskan solat ini?…
wslm. boleh diteruskan solat sehingga beroleh ketetapan hati. yakni, bila teringat untuk kekalkan perkahwinan, hati terasa lapang dan bila teringat mahu bercerai, hati terasa gelisah dan gundah. itu salah satu petanda pada hati seorang mukmin.
salam….utz sy ada satu persoalan yg bermain di kepala sy mengenai istiharah…sy dah amalkan solat ni dari tahun lepas…bukan tujuan utk jodoh je…tetapi merangkumi pelbagai aspek yg memudahkan sy utk buat keputusan..satu ari,sy ada berkenalan dgn seorang lelaki…dlm tempoh beberapa bulan…sy mula kenal beliau dr bulan 12 thn lepas smpai skng..kiranye baru 3 bln ………..mmg niat ati ni pun tgh mencari calon suami..dan sy masih teruskn istiharah….tak putus2 sy doakn ..termasuk la bab2 nk cari psgn…doa sy semoga Allah tunjukkanla siapa calon yg terbaek utk sy……then,bila sy terus kan smpai skng…macm2 gerak ati yg sy dpt……ketenangan utk sy terus kan perkenalan dgn lelaki yg baru tu semakin hambar….wlpn sy tak pasti samaada itu adalah gerak ati ataupun sebaliknya….nak jdkan cerita…..ari jumaat lepas,,,mungkin sy dah terlalu sebak dan pasrah……sy bersungguh2 berdoa pd allah….sy kata “ya allah ,aku mohon pd mu supaya kau tunjukkanla siapakah bakal suami ku ya allah,,,,,(3 kali sy ulang) dan sy akhiri ….kau la yg Maha mengetahui segala terbaik utk hambamu……tak semena2 air mata sy gugur….sbb ati dah terlalu sebak…then,tanpa diduga,,,,ari selasa baru2 ni.. sy and parents odw jln2,bhnti minum di RnR seremban,..ttpi kebiasaanye sy akn stop di hentian nilai….tp tak tawlah,,,gerak ati nk bnti minum kat situ………ya Allah,,,,sy jumpe dgn seseorg yg sy sgt kenal…hmpir 2 tahun sy tak jumpe die….org yg pernah hadir dlm hidup sy selama 5 tahun….mmg muka masing2 agak cuak…dan sy kenalkan la die pd mak n abh sy…die salam parents sy…then sy borak ngn die kejap…mmg rindu tp ape2 pun sy masih lg dapat kawal emosi……wlpn dah rase berdebar tp sy ttp ngn gaya bersahaje…..begitu juga die….wlpn masing2 nmpak spt cuak dan kaget…..ya Allah,,,,,,,,smpai arini sy masih spt tak percaye lagi ust….persoalan nye skng….adakah doa sy tu Allah da makbulkan dlm istiharah sy yg sekian lama sy tggu ?? dan adakah tu petunjuk dr Allah spt mana yg sy minta dlm doa sy??subhanallah….
wslm. jodoh Allah datangkan dengan banyak cara dan kadang2 dari sudut yg kita tak sangka. banyak juga terjadi seperti yg saudari alami, terjumpa setelah sekian lama, tak pernah terfikir tapi tiba2 nmpak jalan untuk brsatu, maka itulah tandanya jodoh telah tiba. apa yang lebih penting adalah berusaha ke arah itu dengan kesedaran yang tinggi bhw perkahwinan itu sunnah dan usaha ke arahnya salah satu daripada tindakan kita mengambil asbab. boleh jadi bersatu, boleh jadi tidak. justeru tidak salah berusaha. jangan agak2 sahaja, tetapi sekalikan juga dengan tindakan. InsyaAllah ada jalannya.
assalamualaikum,ustad..sya ingin bertanya,saya sedang bercinta dengan seorang gadis indonesia,kami sedang melalui byak kesulitan,kakak saudaranya tidak menyukai sya,dan nenek ku tidak menyukai dia..sya selalu bermesej menyuarakan rasa hati kmi,kmi ingin berkahwin sya berniat kuat akan melamar dia..dan kini sedang menyimpan wang,tapi masalah nya..seorang kawan sya telah,memberitahu sya bahawa dia isteri nya org..sya telah bertanya kan hal itu kpada nya dan org yg kahwin bukan lah dia..abg tua nya yg kahwin,dan sya telah melaksanakan solat Istikharah…kmi saling mencintai..dan sya sangat risau akan kehilangan dia…apa kah pentunjuk yg akan sya perolehi dar yg maha esa???
wslm. pertama sekali risiklah maklumat sebetulnya, samada dia adalah isteri orng ataupun benar2 masih bujang. jangan kerana ikutkan rasa cinta, sunnatullah gagal disempurna. kedua, setelah maklumat dikenalpasti, dan istikharah telah dilakukan, maka berusaha ke arah itu dengan bersungguh2. halangan keluarga itu biasa, perlu diatasi dngan toleransi dan berhikmah.
salam.ustaz saya ada pertanyaan.bagaimana dikaatakan sebagai petunjuk bagi gerak hati setelah istikharah.adakah berdasarkan keaaaan juga. Apakah merupakan satu jawapan setelah istikharah di buat satu keputusan untuk berkahwin telah dirancang.namun perjalanan ke arah itu agak sukar ke arah itu?perlukah diulangi solat istikharah?atau perlu solat hajat memudahkannya
wslm. perbanyakkan solat hajat. jika ada jalan dan jalannya dipermudah, itu salah satu tanda yang positif. jika jalannya sukar, boleh jadi itu ujian. gandakan usaha, banyakkan solat hajat. jika hingga ke akhirnya tetap buntu, sebaliknya jalan lain pula yang terbuka, anggaplah itu bkn jodoh kita.
salam…..
sy telah berkenalan dengan seseorg selama 3tahun lbh dan baru2 ini kami merancang kan medidrikn rumah tgga pd tahun hadapan…tiba2 seorg rakan sy telah meluahkan perasaannya dan ingin mengahwini saya pada tahun ini atau selewat2nya pada tahun hadapan juga…kedua2nya sangt baik….kwn sy telah beberapa melakukan solat istiharah dan setiap kali melakukannya, akan melihat saya…manakala sy juga pernah melakukan solat istiharah kali pertama melihat teman lelaki saya dan kali kedua melihat kwn saya. wpun kwn saya mengetahui ay sudah mempunyai teman lelaki, tetapi dia msh mahu mengahwini sya…saya benar2 keliru untuk memilih antara dua..saya lebh ikhlas memilih teman lelaki saya..tetapi sy juga takut andaikata sebenarnya kwn saya adalah jodoh yg telah ditunjukkan dlm istiharah, bagaimana akhirnya nasib saya sebenarnya…
wslm. pernyataan ‘ buat istikharah then mimpi nampak saya ‘ tidak boleh digunapakai sebagai alasan utk membenarkan tindakan / menganggap itulah ketetapan istikharah. masih banyak yang perlu diperhalusi terutama aspek sunnatullah – berbincang, meneliti kriteria calon, kehidupan beragama, perancangan yang disedia, jalan yang terbuka, sekufu dan seribu satu perkara yang lain. bawa berbincang dengan orang yang arif, matang dan berpengalaman.
insyaAllah…terima kasih utz…ats pndgn yg di berikan……
Salam..
Nak tanya, baru2 ni sya dirisik oleh family kawan abang sya…lelaki ni jugak kenalan rapat sepupu2 sya yg lain…dan seperti biasa sya buat solat istikharah sebelum bg jawapan samada terima atau tidak…saya dah wat solat istikharah hampir 3minggu n hati saya masih tidak tetap samada untuk terima @ menolak… mengenai peribadi lelaki ni, saya dimaklumkan dia seorang yg baik….ini diakui oleh abang sya, sepupu2 n juga mak saudara yg mengenali dia….ada suatu malam tu, selepas solat istikharah, sya tidor n bermimpi bertemu seorng ulamak…dan sya da menanyakan satu soklan ttg solat istikharah…malangnya beliau hanya berdiam diri…kmudian sya terus terjaga dari tidor…pernah juga mimpi menaiki tangga…tapi malangnya di tingkat ke3, ada yg menghalang laluan… ustz…solat istikharah ni ada kena mgena dengan restu dari ibu x?… ibu sya bukan mghalang tapi mgakui rasa berat hati nk lepaskan sya…sebab sya ja ank perempuan dlm keluarga…mak sya minta klau lepas kawen, nk kami tinggal dengannya…ustz rasa, apa yg patot sya buat ya?…tima kasih…
assalamualaikum,
sy nk tanya, baru2 ni sy dpt tahu kwn sy telah berkahwin dgn seorang wanita berniqab di thailand dgn alasan family wanita tersebut sgt kuat pegangan agamanya dan x suka mereka slalu berjumpa dan keluar bersama.mereka berkahwin tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki. kawan sy mengatakan bahawa dia telah beristikharah mohon petunjuk daripada Allah sblm buat keputusan utk berkahwin..dan dia yakin dgn keputusannya..
jd sy nak tanya,blh ke kita beristikharah utk membuat keputusan berkahwin di thailand dgn alasan nk elak dr dosa?apa pendapat ustaz ttg perkahwinan sebegini?
wslm wbt. beristikharah dalam hal yang bukan kemaksiatan dan dosa adalah harus. sekiranya sesuatu perkahwinan menepati syarak dan sah di sisi Islam maka tidak ada masalah dari segi hukumnya.
assalamualaikum ustaz,
saya ingin memohon pandangan ustaz mengenai permasalahan saya….saya berumur awal 30an…utk makluman ustaz saya telah mengerjakan umrah pada tahun lepas dan mengambil kesempatan berdoa agar cepat bertemu dengan jodoh yg baik. Pada ketika itu, sy telah pun mempunyai 2 calon yg sy suka walaupun x pernah bertegur sapa. saya memohon agar Allah memberi petunjuk yg jelas pilihan yg terbaik utk sy di antara A dan B. namun, pada satu mlm di Mekah, sy telah melihat seorg rakan lama sy dlm mimpi sy…. sy namaknnya C. sy terfikir adakah itu jodoh sy tp cuba menafikan pd mulanya kerana sy x menyukainya. walau bagaimanapun, setelah pulang ke tanahair, si C telah menghubungi sy dan kami telah berhubung dgn baik. sy telah menganggap mungkin dia lah jodoh sy dan keluarganya telah dtg merisik dan memberi cincin tanda. namun, keesokannya adik kpd B (calon yg sy doakan di Mekah) telah menghubungi sy dan bgtau yg emaknya hendak dtg merisik sy. sy maklumkan kpd adik si B bhw sy telah pun ditanda oleh C.
utk makluman ustaz, sy menjadi keliru dgn keadaan ini kerana si B mempunyai pekerjaan yg tetap dan sy dpt rs kan masa depan akan terjamin bersmanya manakala si C (yg telahpun memberi cincin tanda) telah berhenti bekerja dan sedang mencari pekerjaan yg sesuai….jadi apa pandangan ustaz? adakah mimpi sy terhadap C di Mekah itu hanya mainan tidur shj dan doa sy utk berjodoh dgn B termakbul? atau adakah perlu sy membuat solat istikarah semula utk membuat pilihan antara B dan C dan mengharap jodoh sy dgn B masih ada?
terima kasih ustaz..
wslm.
sekiranya jalan ke arah C tampak lebih mudah dan terbuka, mungkin dialah jodoh saudari. ramai orang terlalu fokus pada soal istikharah, tetapi lupa utk mengambil pendirian setelah membuat keazaman. saudari perlu meletakkan satu keyakinan dahulu, yakni C yang telahpun datang dan membuka jalan. teruskan dengan keyakinan tersebut dan jangan sesekali was-was atau ragu-ragu dengan keazaman yang telah dibuat. melainkan jalan ke arah C tidak nampak, menjadi susah dan sebagainya. jika tidak, maka bertawakkallah kepada Allah – Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.
assalamualaikum…
Thanks untuk perkongsian ini. Sangat2 membantu.
Assalamualaikum… Saya sekarang berada dipertengahan untuk membeli sebuah rumah… walau bagaimanapun status pekerjaan yangberjawatan kontrak menyebabkan saya menjadi keliru untuk membuat keputusan untuk memiliki ataupun tidak rumah tersebut….
(kontrak saya akan tamat bulan disember 2012 dan bulan 6 nanti ada panggilan jawatan kosong ditempat yang sama).
Rumah adalah aset penting dan jika saya tak rebut sekarng adalah mustahil utk saya memilikinya kelak kerana bertugas dengan gaji yang rendah.
leh ke saya buat istikarah..dan guna cabutan undi sebagai penentu keputusannya.
sekian
salam..
saya berumur 25 thn.. sy baru putus dgn teman lelaki sy 4bln yg lalu..
sy minta putus kerana sy mahu kahwin awal sedangkan si dia masih study..
selepas minta putus, baru sy sedar yg saya amat sygkan dia..
sejak itu, saya tidak lagi berhubung dgn dia..
saya hanya berhubung dengan ibubapanya sahaja..
saya sgt sygkan keluarganya kerana inilah kali pertama sy mengenali ibubapa teman lelaki.. keluarganya juga dari kalangan org yg baik2..
ibubapa kami sgt merestui hubungan kami dan setelah berpisah, mereka masih mengharapkan agar kami kembali bersama..
baru2 ini, sy telah membuat solat istikharah untuk meminta petunjuk dr Allah untuk membuat pilihan supaya haruskah sy masih menunggu si dia sebagai jodoh sy kerana hati sy masih teringatkn si dia..
setakat ini, tiada sebarang petunjuk yg nyata tetapi hati sy agak tenang dan masih teringatkan si dia serta keluarga..
sy tidak mahu terlalu berharap diatas ketenangan hati sy ini tetapi setiap hari si dia dan keluarga selalu ada di hati dan minda sy..
tetapi pada ms ini, sy redha sekiranya petunjuk Allah tidak memihak kepada saya..
tlg beri pandangan kerana sy sgt buntu..
salam
Terima kasih Ilham. Banyak peringatan yg dikongsi utk memantapkan pengetahuan tentang ilmu2 agama yg sememangnya masih dhaif utk diketahui. May Allah bless you.
nk tnya sikit.. yg memudaratkan tu mcm mne?
assalamualaikum..sy nak tanya,saya sudah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun ni.satu malam tu saya tergerak hati untuk buat solat istiharah.dan saya dapat mimpi yang menakutkan.dalam mimpi tu saya nampk sesorg yang dalam keadaan sedang mcm memukau saya dan orang itu nampak hitam sgt2 mcm htam rentung.kemudian saya nampak tunang saya keluar dari belakang orang tu juga dalam keadaan hitam jgk.apa maksud mimpi tu..saya ml tkt bila teringat akan mimpi tu.
Assalamualaikum…sye nk bertanya..sye sudah membuat istikharah dan solat hajat supaye jika lelaki itu jodoh sye maka memohon supaye Allah mempermudahkan jodoh kami dan kalau bukan jodoh sye..sye mohon Allah palingkan hati sye drpdnye..
tp setelah beberapa kali solat tu dibuat..hati sye masih tetap berasa yakin utk trus tggu lelaki tu sedangkan die ckp die sudah tiada hati pada sye..(disebabkan perselisihan faham)
Soalan sye..adekah prasaan sye itu merupakan petunjuk utk sye tidak berputus asa terhadap lelaki itu dan terus mencube..atau hanya mainan prasaan kerana masih ada perasaan syg kpdnye?
assalammualaikum ustad.mcm mana pulak kalau semasa kita istikharah,d sujud yg terakhir tiba2 si dia mesej.adakah itu petunjuk?hehe
assalamualaikum,
saya nak tanya 1 soalan,
apakah perlu seseorang itu melakukan puasa sunat apabila melakukan solat istikharah??
dan sekiranya perlu, bolehkah dilakukan sekali dengan puasa ganti,
sebagai contoh 2 in 1, niat puasa ganti ramadan dan niat puasa sunat istikharah,
tapi puasa 1 hari sahaja…
wslm. menurut hadith kaifiat solat istikharah tidak pula dikembarkan dengan puasa sunat. bagaimanapun berpuasa sunat itu digalakkan dan elok dilakukan contohnya puasa sunat isnin khamis. tentang boleh atau tidak dikembarkan dengan puasa ganti, itu bab yang lain. jawabnya boleh, tapi niatnya mestilah puasa ganti kerana puasa ganti itu wajib hukumnya.
assalamualaikum ustaz yg d hormati,
d sini saya ingin bertanya beberapa soalan kpd ustaz,
di setiap solat saya, saya telah berdoa kpd ALLAH s.w.t supaya ditemukan jodoh dari kalangan org2 yg beriman,beramal soleh, dan taat kpd perintah allah,
walaupun pada masa itu saya telah berjumpa dgn sesorg yg amat baik, sehingga sanggup melakukan apa saja demi saya, dan saya juga amat menyukainya, namun dia bkn lh seorg yg warak, dan sehingga pada suatu hari, saya berjumpa pula dgn seorg yg tinggi iman dan warak orgnnya namun tidak mencintainya, saya mula keliru yang mana 1 kah harus menjadi pilihan saya, sama ada org yg saya sayangi ttp tdk beramal soleh, ataupun org yg saya tidak cintai, ttp beramal soleh dan warak orgnya, perlukah saya melakukan solat istikharah? kerana amatlh berat utk saya membuat keputusan,
saya amat risau sekiranya keputusan yang saya buat nanti akan mengguris perasaan salah seorang daripada mereka,
saya harap ustaz boleh lh memberi sedikit nasihat atau pandangan…
terima kasih
assalamualaikum….
saya ada janji pada ibu lepas habis belajar jika ada orang masuk meminang, saya nak kawin…
masalah nya saya sudah tamat belajar, ada 2 orang masuk meminang tapi saya tolak sebab saya rasa tak serasi. saya sudah buat solah istikharah sudah banyak kali tapi masih tak bertemu jodoh ….
adakah disebabkan saya tidak laksanakan janji saya dgan ibu , saya tidak dapat jodoh sehingga sekarang @ saya yang tolak jodoh ?
salam . adakah sebelah pihak sahaje yg perlu buat istikharah dalam memilih calon ataupun kedua2nya skali ? contohnya pemuda A suka pada gadis A, adakah mereka berdua perlu buat istikharah dan bukan memilih berdasarkan suka dan sayang sahaja?
terima kasih .
wslm. dianjurkan beristikharah.
assalammualaikum………..
saya dah berkahwin dan mempunyai seorang anak…..masalah yang saya hadapi sekarang ialah mencurigai dengan suami saya……beliau berkerja sendiri dan mempunyai ramai kenalan……masalah yang berlaku sekarang beliau sering berahsia dan sering ke rumah urut dan mempunyai hubungan dengan wanita lain…….setiap minggu beliau akan menghantar saya dan anak ke rumah emak….kerana beliau ada kerja yang ingin dilakukan……dan sering tido di hotel( setiap hari jumaat ),dengan alasan x larat nak balik…..walhal…..rumah emak saya dekat sahaja dengan tempat yang dituju ( dalam 30 minit )……!,
soalannye…..boleh ke saya melakukan sembahyang istikharah untuk mendapat pentunjuk dari allah……berkaitan masalah saya ni utz…….hari2 menangis dengan kerenah si suami……
diharap utz dapat membantu……..
wslm.
prtamanya, saya mengesyorkan puan supaya duduk berbincang secara bersemuka. itu yang lebih baik dan paling mujarab untuk mengakhiri kecurigaan. membiarkan kecurigaan berpanjangan bukanlah suatu tindakan yang bijak. justeru ajaklah suami berbincang secara baik dan tanyakan apa masalah yang dihadapinya. saya tidak pasti hal ke rumah urut itu serta mempunyai wanita lain adalah suatu fakta yg memang diketahui oleh puan, ataupun puan sekadar mengesyaki.
andaikata ia adalah fakta dan puan memang mengetahui, telah menegur dan suami tetap bertindak zalim terhadap puan, maka puan boleh mengambil tindakan mengikut undang2 sedia ada. mungkin dengan membuat aduan kepada jabatan agama, kaunseling dan sebagainya. puan digalakkan untuk melakukan solat sunat hajat, pohon petunjuk dari Allah dan pohon kekuatan dari Allah. solat sunat istikharah lebih kepada soal membuat pilihan antara dua perkara yg diketahui tetapi keliru utk memilih, dan puan sebenarnya tidak berada dalam situasi sedemikian. wallahua’lam.
salam. ustaz, nak tanya. bolehkah membuat istikharah memilih samada untuk meluahkan perasaan ataupun tidak?
wslm. sebaiknya istikharah samada nak pilih dia sebagai calon suami/isteri atau tidak. tak perlu luah perasaan kerana itu bukan cara yang diajar agama. kalau hati rasa tetap nak pilih dia sebagai calon, masuklah meminang atau hantarlah wakil. begitu lebih manis.
sALAM USTAZ
I HAVE A QUESTION – I HAVE NEVER BEEN IN A RELATIONSHIP BEFORE AND DEEP IN MY HEART, I DO FEEL SLIGHTLY AWKWARD SOMETIMES. NOTWITHSTANDING DOES THIS MEAN THAT ALLAH SWT HAD DESTINIED MY JODOH WOULD BE SOMEONE FAR AWAY OVERSEAS RATHER THAN IN OUR LOCAL SHORES?
THANK YOU
WASSALAM
Assalammulaikum…
sebelum ini sy menemui kembali rakan yg telah lama terpisah di f.book. kemudian kami hanya b’gurau menyatakan untuk b’kahwin. kami sama2 melakukan solat istikharah walaupun saling tidak pernah b’cinta.
pada 1 hari semasa bangun utk b’sahur puasa sunat khamis, tb2 hati sy begitu yakin dan teringatkan beliau. adakah ini merupakan petunjuk??
dan utk pengetahuan ustaz kami tiba2 merancang secara serius akan m’dirikan rumah tangga tidak lama lagi walaupun tidak bercinta..
salam..
saya ingin memohon kepastian.. saya tak pasti dgn keputusan yang saya buat, tetapi saya tak buat solat istikharah sebab saya tak hafal doa utk solat istikharah. jadi apa yang saya buat. tiap kali solat saya memohon supaya allah beri pertunjuk dan permudahkan segala urusan jika apa yang saya buat itu betul. jika tidak, saya pohon allah tutupkan pintu hati saya dari mengingati atau mendekati seseorang itu.
tiap kali saya menanggis bila ragu2 dan tidak pasti dgn keputusan saya, saya solat dgn harapan allah bantu saya.. setiap kali lps solat saya akan merasa tenang dan wajah dia jugak yg saya nampak.. dlm leka bekerja, tiba2 azan berkumandang wajah dia jugak yg saya nampak.
disini ingin saya bertanya.. adakah ini permainan syaitan atau pentunjuk dari allah?
aslm..saya ada kemusykilan.bagaimana jika sy xdpt nk menghafal doa tersebut? adakah solat istikharah yg sy lakukan itu akan jadi tidak sah?
wslm. doa itu hanyalah sunnah. boleh sahaja berdoa apa2 dengan bahasa melayu.
ASSALAMUALAIKUM…
Mohon pendapat saudara..
Sebulan lepas sy blk umrah pd thn 2008 b4 sy posting , sy da buat istikharah n nmpk seseorg (muka x clear ad dat time) dn 3 bdk kecil sume pakai jubah. Then, 2 thn lepas sy buat smayang istikharah dlm bln puasa coz teringat dulu ada sorg lelaki yg sy x jd kawin pernah bgtau that “dh ada org jaga sy” (dia bgtau la ckt2 ciri2 lelaki yg dia lihat dlm smayang istikharah dia tu, n ms tu sy sgt confident org tu ialah ex BF sy). So 1st wk of Ramadhan tu sy buat n dpt mimpi that sy lepaskn tgn ex bf sy masa kt dlm kete be2l dpn guard house tpt kerja sy. D following wk, sy buat lg smayang 7 hr berturut2 dn nampak this same guy yg 1 tpt keje dgn sy throughout d 7 days (hr last, sy lihat sy, dia n sorg budak kecik kt tgh laman rumah saya). Pendek kata sy selalu mimpi psl dia (sampaila skrg) wlupn sy xde hati pn kt dia time tu. Kebetulan, masa sy br posting mmg anak dia dh ada 3 org n semua lelaki…Ada byk gk incidents yg cenderung memberi petunjuk kearah dia smpai la skrg yg sy xleh nk explain, n sy rasa tenang je ngan dia (nie yg saudara kata Istisyarah kt). Dia mmg ada semua ciri yg sy mintak dlm doa selepas solat fardhu cuma dia dh ada famili. Dulu sy mmg janji dgn diri sdr xnk kawin dgn suami org coz sy sdr dtg dr family yg mcm tu (ayah kawin 2). So sy tau betapa peritnya n sy xnk ulang d same thing or bg anak2 sy rasa penderitaan sy. Tp lps sy buat solat tu + solat hajat, sy mula ajar diri utk jd Redha dgn ketentuan Allah n mungkin Allah sengaja tentukan sy lahir dlm family yg bermadu untk jadikan sy tabah. Mak sibuk bla sy nk kawin (umur dh 34), tp bila sy bgtau family psl nie, mak n adik bradik lain x stuju reason mcm sy bg td la. Ada 2 org office mates yg sy ceritkn psl mimpi n incidents tu sume tp 2-2 pn x setuju coz dia suami org. Problem is, sy dh mula confuse coz if kami mmg ada jodoh, napa smapai skrg, dh 4 thn sy kerja dia x pernah suarakn apa2 pn. Sy takut di cuma nk flirt je dgn sy (tp dia bukan jenis mcm tu).. n Dia pernah la tanya if sy dh ada calon n my future planning tp sy x bgtau la dia psl mimpi n incidents tu sume coz takut dia rasa sy perasan coz dia dh ada family, sometimes dia pn act cool je n sometimes guna “ aku” je bla kami berbual. Smpai skrg sy hanya teruskn dgn buat smayang hajat je coz sy betul hrp dpt mengerjakan umrah dgn suami bln 5 thn hdpn (Ni dh nk msk 2013, kawin pn x lg). So mohon pendapat ustaz apa lg yg sy perlu buat n perlu ke sy ikut petunjuk tu. Nmpk mcm impossible jer…Syukran
salam ustaz. bagaimana jika selepas kita buat solat hajat tetapi dengan tiba-tiba hati merasakan sesuatu yang x seronok?
salam…sy ingin brtnyakn pndpat tntnag msalah yg sdg sy alami skg…di mana sy skg telah di cintai oleh 2 org jejaka ( A dan B )…si A telah sy jalinkan hbngan selama 3 thn dan sy telah brhbung baik dgn keluarga nya….dan Alhmdlillah keluarganya merestui hbngan kami dan menerima sy seadanya…cuma yg mnjadi mslah sy skg adalah di mna si A ini kurang menitik beratkn mngenai tgjwab seorang lelaki..seperti lbih bnyak bergntung pada sy (wang)…kami telah berbncang soal kahwin tetapi dsebabkan msalah kwangan yang di hadapinya..kami terpaksa lupakan semuanya dahulu…si A selalu mnghadapi mslah dr segi kewanganya…si B pula telah sy kenal dri zaman persekolahan sejak 10 tahun yang lalu..tp hbngan kami mula rapat dn menimbulkan bibit2 cinta sejak setahun yang lalu…si B seorang yg pemurah di mana menitik beratkan hal2 dri sy…dan si B penah beberapa kali meluahkan perasaan tentang ingin mengahwini sy secepat yang mungkin…tetapi perasaan cinta sy lebih kpada si A…tetapi dlm masa yang sma sy inginkan seorg suami yang dpat mnunaikan tanggungjwbnya sbgai suami smda dri segi zahir dan batin…sy tak inginkan suami yang terlalu brgantung kepada perempuan semta2…hati sy lebih mnayangi si A tetapi sy takut jika sy tersilap membuat pilihan…jadi sy mohon pendapat ustaz apa yg perlu sy lakukan???? Sy seorang gadis dimana inginkan seorang yang dpat mnjadi pembimbing dan imam sy kerana sy seorng yang kurang didikan agama…
Wslm saudari.
Ketahuilah bahawa perkahwinan itu bukan sekadar cinta yang dibina sebelumnya tetapi lebih besar lagi adalah tanggungjawab yang perlu digalas selepasnya. Mengahwini seseorang yang boleh memberikan mudarat kepada kita adalah ditegah dalam agama.
Pilihlah seorang lelaki yang bisa menjadi pemimpin yang baik kepada dirimu. Meski belum ada cinta, percayalah bahawa Allah akan hadirkan cinta itu selepas pernikahanmu. InsyaAllah.
Salam,
sy ingin meminta pendapat ustaz. sy berkawan dengan seorg lelaki hampir 5 tahun sejak dr universiti dan dia berhasrat ingin bertunang dgn sy dlm ms terdekat. sepanjang berkawan kami jrg sependapat dan kerap bergaduh. mgkin disebabkan sikap kami yg keras kepala dan masih belum matang. dia seorg yang bertanggungjwb namun kadang2 bersikap dingin dan tidak memahami sy.
kini masing2 telah bekerja, sy di selatan dan dia di timur. hub kami semakin lama semakin renggang setelah kami berjauhan. namun dia ada dtg ke rumah 2 bulan sekali melawat keluarga sy. semasa bekerja sy ada berkenalan dgn sesorg yang muda 2tahun dr sy. walaupun muda tp dia bersikap matang dan tidak mudah melenting jika ada isu2 yang timbul. dia juga banyak bersabar dan pandai mengawal sikap mara dan degil sy. awalnya sy tidak pernah memberi sebarang harapan pdnya kerana sy tau sy sudah berpunya.
sy pernah memutuskn hub shabat dgn si b hampir sethun kerana sy tidak mahu melukakan hati si a yg sudah 5 tahun berkawan.si b tetap mengikuti perkembangan sy melalui fb dan twitter wlupun kami tidak berhubung lagi. tp entah bagaimana persahabtan kami bertaut kembali. semakin lama dia semakin serius ingin mengenali sy. dia memberanikan diri berjumpa dgn keluarga sy. malah menjemput keluarga sy dtg beraya ke rumahnya. keluarga sy amat menyukai dan senang dgn sikapnya yang berbudi bahasa. ibu dan keluarganya juga sgt baik.
skrg sy dlm dilema, si a menyuarakan hasrat untuk bertunang. si b baru saja habis belajar. sy dipaksa oleh ibu utk menerima si a kerana takut sy mgkin ditimpa musibah kerana menolak pinangan org. sy pernah berterus terang dgn keduanya. si a pada mulanya tidak dpt menerima sikap sy menduakannya. tp akhirnya dia cuba menelan dan memujuk sy. si b pula rasa teraniaya kerana dia ditolak hanya kerana tidak mendpat pekerjaan lagi.
sy telah melakukan solat istikharah..tetapi sy tidak mendapat sebarang petunjuk.
sy dilema utk memilih si a atau si b. keduanya baik dan patuh kepada agama. sy sukar meninggalkan a kerana sy takut sy akan tersalah membuat pilihan. si b masih baru sy kenali. dan mggu lepas si b di tawarkan pekerjaan. ibunya pula menyatakan hasrat kepada si b utk dtg meminang sy sebelum si b di hantar training ke luar negara. si a juga telah memberitahu keluarganya utk bertunang dgn sy dan dia telah membeli cincin. apakah yg perlu sy lakukan?
assalamualailum w.b.t
ustaz@sy mohon pndpt ustaz,sy sdar sy sorg hambanya yg kerdil,dan xmampu berbuat apa2 hnya mampu memohon kepadanya shj.apa yg sy ingin dptkn dri ustaz adalah mengenai jdoh.sy berkenalan dgn sorg lelaki,alhamdulillah baik akhlaknya,agamanya,santunnya.sy tdak pnah bersua muka dgnnya.dan dia pnah menguji sy untk melihat smaada sy lebih mencintai allah atau seorg lelaki. Dia melamr sy,dan sy terima krn sy yakin dialah jdoh sy untk membw sy kearah kebaikan. Kematangan dia menyampaikan ilmu2 agama kepada sy membuatkan sy tenang ,bahgia bila bersm dgnnya.untk menyakinkan lg bhw dia jdoh sy atau x sy lakukan isthikarah.cuma sy nk tau samaada dia adalah jdoh sy atau tidak.dan sbnrnya sy ada niat untk mendpt lelaki spt si dia.rmai lelaki yg sy knal sblm ini ttp lelaki2 tersebut hnya mengambil kesempatan diatas kebaikan sy terhadap mereka.mohon bantuan dari ustaz.
wslm.
saat kalian berjaya disatukan dalam gerbang pernikahan yg halal, maka nyatalah bahawa dia jodoh untuk saudari. hanya Allah mengetahui jodoh tiap-tiap daripada kita.
asalam ustaz,
saya ada kenal dgn seorang lelaki. tapi perkenalan itu hanya sebagai orang yang ada kaitan semasa urusan luar 3tahun lepas. dan kami tak pernah berhubung. cuma pernah tengok muka je.. tapi baru baru ni, entah macamna kami boleh mula berhubung melalui telefon. lelaki itu sendiri lupa macamna nombor saya boleh ada dalam phone dia. mungkin dari saudara saya. sebab dia jiran kepada saudara saya. dan iya, saya ada menyimpan perasaan terhadap lelaki itu sejak 3tahun lepas, tapi disebabkan hal kehidupan masing masing, kami dah tak pernah jumpa. apatah lagi bercakap pun tak pernah. cuma nampak muka sahaja. tapi pada tempoh perkenalan kami yang baru sahaja bermula ni, saya dapat tahu yang dia dah berpunya. wanita yang dia dah bercinta sejak 3tahun lepas. disebabkan tak direstui keluarga lelaki, mereka sering bergaduh. kami ada meluahkan perasaan sebenar. iya lelaki itu masih menyayangi wanita itu. tapi dia mulai suka saya. dan dia kata dia ada solat istikharah sejak dulu. dan dia cuma perasaan baru baru ni, bila berhubung atau tengok gambar saya, hati dia tenang. saya pula bangun dari tidur je selalu teringat lelaki itu. tak mungkin angau sebab saya tahu dia ada kekasih. apa pendapat ustaz? adakah wajar kami teruskan hubungan yang lebih ke arah untuk berkahwin atau saya yang perlu jauhkan diri dari hubungan mereka? terima kasih ustaz.. :’)
Assalamualaikum saudara syafiq.
mohon pandangan saudara tentang satu keputusan mengenai istikharah jodoh.. agak klise jugak, maaf ye. saya pernah terbaca tentang istilah ini “jangan tinggalkan dia yang baik demi mencari yang lebih baik”.. sy nk tanya pendapat saudara tentang cerita ini. for an example. si a (wanita yang mempunyai masa lepas yang gelap) telah dilamar si b (lelaki yang sangat baik, cukup agamanya, dan serba serbi lengkap). si a ni sekarang sangat menyesal dan serba salah mengenangkan dirinya yang penuh dosa di masa lalu, lalu rasa tak yakin untuk menerima lamaran a sebab merasakan dia sgt tak layak untuk dapat lelaki sebaik b. dalam al quran sendiri allah dah sebut yang lelaki baik untuk wanita baik dan sebaliknya.. si a ni mcm dapat rasakan yang dia tak layak untuk dapat lelaki yang baik sebab dia sendiri tak baik di masa lampaunya dan expect yang mungkin jika dia berkahwin dengan b, dia bimbang b akan tau masa lampaunya dan gagal hidup bahagia dengan b serta perkahwinan tu takkan kekal disebabkan dosa dosa nya yang lepas. .. jadi sy nk minta pndapat saudara syafiq, haruskah si a ini melakukan istikharah dan mungkin saudara boleh cadangkan apakah harus si a ini menerima lamaran si b kerana bagi si a si b ini adalah yang terbaik untuknya tetapi sangat meragui bahawa dia layak untuk mendapat lelaki sebaik b.. terima kasih atas pandangannya
Wslm wbt
Berkenaan ayat Allah lelaki baik utk wanita baik, seharusnya dibaca juga dengan hadith nabi saw yg berbunyi : orang yang bertaubat dari dosa2nya ibarat orang yg tiada dosa. Jadi lelaki baik akn mendapat jodoh yg baik setelah dia bertaubat dan bukan ketika sedang lalai dalam maksiat.
Bila sudah bertaubat, tutuplah cerita lama dan usahlah dibongkar atau diceritakan lagi. Itu tidak wajib. Biarlah menjadi rahsia dia dan Allah sahaja. Mulakan hidup baru dengan bimbingan lelaki yg baik. Anggaplah itu rezeki dan rahmat dari Allah taala.
assalamualaikum.ADA TAK SOLAT ATAU CARA-CARA UNTUK KITA MEMOHON PADA ALLAH S.W.T AGAR CINTA KITA TIDAK BERTEPUK SEBELAH TANGAN? SUPAYA ALLAH BUKAKAN HATI DIA UNTUK MENCINTAI DAN MENERIMA KITA. KALAU TAKTIK KOTOR, SUDAH TENTU SESEORANG TU PAKAI SUSUK ATAU BUAT GUNA-GUNA UTK BG ORG LAIN SUKAKANNYA. NAMUN, CARA ISLAM , APAKAH YANG PERLU KITA LAKUKAN UTK MEMOHON AGAR DIBUKAKAN PINTU HATI SESEORANG UTK MENERIMA KITA?
Berdoa dan serahkan kpd Allah. Kita tak nampak masa depan. Semua Allah yang Maha Mengetahui yg terbaik utk kita. boleh jadi kita sukakan sesuatu walhal ia buruk utk kita. Boleh jadi juga kita bencikan sesuatu walhal i abik utk kita. ~wallahua’lam
salam.mohon pandangan .baru-baru ni kakak saya diperkenalan seorng lelaki yang dia tidak pernah kenal pun oleh ibu saudaranya. dan dia tidak bersedia pun untk kawin kerana mersakan keadaan ini berlaku scara tiba-tiba .Dalam masa yg terdekt nii lelaki itu hndk dtng ke rumah untuk rombongan mrisik .Jad dia berasa sangat buntu dan serbe salah jika menolk kerana kerana bimbang kawan ibu terasa hati kerana lelaki itu adalah anak saudaranya .Dan setelah dia melakukan istikhoroh dia rase 50-50 dan hati dia terasa sangat berat untuk menerima sehingga die mengalirkan air mata . saya yang tiada pengalaman ini tidak tahu macam mana nak bagi pandangan .SO,saya moho jasa baik saudara untuk memberi pandangan .
Aslmkm..
Ustaz, mohon ustaz blh reply. Sy berkwn dgn seorang lelaki ni sdh 4 thn dan kami mmg bercdg utk berkahwin. Dia pun sdh mula kumpul duit tapi apa yang terjadi skrg dia ada perasaan yang sama pada seorang perempuan yang lain berumur 19thn. Saya menyuruhnya buat solat sunat istikharah untuk meyakinkan hatinya memilih antara saya atau budak itu. Dia kata dia memang pilih saya untuk dijadikan isteri tetapi at the same time bila saya minta dia untuk memilih antara satu, dia tidak boleh. Skrg sy keliru yang dia ni betul2 sygkan saya pilih saya ke tidak. Dan sekarang saya pula takut akan keputusan saya menyuruh dia buat solat istikharah itu. Apa patut saya buat ustaz?
Assalamualaikum ustaz..
saya masih tak pasti dgn ketetapan hati saya. saya berkawan dengan seorang lelaki yang pada pandangan saya dia adalah yang terbaik untuk saya dan juga keluarga. saya memang sangat degil, susah mengikut kata orang,selalu fikir diri sendiri saja yang betul. 4bulan saya berkawan dengan si dia. saya memang sayangkannya. tapi dalam masa yang sama saya akui saya selalu berfikiran negatif dan melontarkan perkara negatif diri dia terhadap dia. saya tidak bermaksud apa-apa.cuma kadang-kadang bila terlalu marah.macam-macam spekulasi akan keluar dari fikiran saya.sampaikan pada satu hari tu dia senyap. saya tau dia sangat sibuk dengan urusan kerja. tetapi saya tidak mengendahkan itu semua. yang pasti saya selalu mengganggu dia di tempat kerja. saya cuma ingin mengusik saja sebenarnya, kerana saya jenis yang suka mengusik orang. jadi pada malam itu,setelah 3-4hari si dia mendiamkan diri, akhirnya si dia bagi mesej pada saya..mengatakan bahawa kehidupan,cara tutur kata,pemakaian dan lain-lain antara saya dan dia adalah sangat berbeza. sedangkan dalam masa yang sama saya sedang belajar untuk berubah ke arah kebaikan.saya mohon peluang kali yang terakhir untuk saya membuktikan bahawa saya begitu ikhlas menyayangi dia. dia cuma kata lain hari nanti boleh cerita. tapi ustaz, hari ini dah masuk seminggu dia tidak berinteraksi dengan saya. saya tak putus berdoa semoga dia lembut hari dengan saya,,untuk menerima saya semula.saya sudah cuma untuk solat istikharah.Alhamdulillah hati saya memang tenang,tetapi saya masih tidak yakin..kerana pada malam selepas saya membuat solat istikharah itu, saya ada bermimpikan si dia. tetapi mimpi itu tidak lama. mimpi itu adalah kenangan kami.dan selepas saya bangun dari tidur perkara pertama yang saya ingat adalah diri dia. saya begitu pelik sebenarnya.hati saya memang kuat mengatakan bahawa dia adalah untuk saya.tetapi memandangkan dengan keadaan sekarang ini membuatkan saya kurang yakin sebab dia menghilangkan diri hampir seminggu.saya sms dia macam biasa..tetapi dia tidak membalas langsung. mahupun saya telefon dia..masih tidak berangkat.saya mohon bantuan pandangan ustaz mengenai masalah saya ini
Terima kasih
Salam Ustaz,
Saya ingin bertanya tentang pendapat ustaz,
terlebih dahulu saya ingin menyatakan yang saya sedang bekerja sebagai pembantu penyelidik di universiti.
Sekarang saya masih dalam dilema sama ada untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau mencari pekerjaan.
hati saya memang berbelah bagi 50-50.
Saya ada melakukan solat istikharah 2 kali dan selepas itu saya mendapat tawaran temuduga di mana pekerjaan tersebut telah saya minta sebulan yang lepas.
Jadi, adakah ini mungkin 1 petunjuk terhadap doa saya?
tetapi hati sy masih berbelah bahagi kerana saya juga berminat unutk meneruskan pelajaran.
Ingin saya bertanya pendapat ustaz tentang hal ini.
terima kasih banyak2.