
hati-hati berpurdah, jangan menyorok tapi terdedah -gambar hiasan-
Lewat beberapa minggu sebelum ini, kecoh dengan isu drama Tahajjud Cinta di tv3. Cukuplah, saya malas mahu mengulas isu yang sama. Saya yakin, masing-masing sudah boleh membuat kesimpulan sendiri daripada isu tersebut. Hakikat yang perlu diakui adalah, dilema kejahilan dalam masyarakat masih di tahap yang serius dan membimbangkan.
Kerana itu, mengomel dan menunding jari sahaja tidak memadai.
Sebagai contoh, salah satu perkara yang dibantah dalam drama tersebut adalah babak selak purdah. Umumnya, pemakai purdah akan terus dianggap sebagai golongan yang baiknya bukan di tahap biasa-biasa. Baiknya itu di tahap yang luar biasa. Apabila sesuatu yang baiknya luar biasa kita gandingkan dengan adegan jahiliah seumpama berdua-duaan ataupun berpegangan, maka ia akan mencetus suatu kejutan sensitiviti kepada semua orang.
Namun di sebalik semua itu, ternyata bilangan yang sekadar terkejut dan mengomen lebih banyak berkali ganda daripada golongan yang mahu mengajak atau mendidik.
Sunnahnya begitu. Golongan yang sedar akan tanggungjawab untuk mengajak, mendidik dan memberi faham adalah golongan yang sedikit. Jiwa mereka mahukan pencerahan, bukan pergolakan yang berpanjangan. Krisis jahil itu telah sekian lama menjadi barah yang sunyi dari rawatan.
Purdah = Ustazah
Berpurdah atau berniqab, secara mudah akan dilabel sebagai ustazah.
Fikiran sebegini, dianggap betul pada sebahagian orang dan itulah yang mereka pegang zaman berzaman. Orang yang menganggap pernyataan ini betul, adalah orang-orang awam yang menilai segala perkara melalui zahiriah semata-mata. Seorang ustaz mesti pakai kopiah. Siapa yang selalu pakai serban, dia adalah ustaz. Siapa yang selalu pakai tudung labuh, dia adalah ustazah.
Sedang hakikatnya tidak begitu. Ustaz atau ustazah, boleh saja dilabel kepada sesiapa sahaja, apatah lagi jika yang dinilai hanyalah pakaian. Walhal, label itu tidak ada kena mengena dengan soal pakaian secara khusus. Ia berkait rapat dengan soal warak, zuhud, alim dan bijaksana pada seseorang. Semestinya, kemahiran dalam bidang agama adalah teras kepada kelayakan seseorang berada di tempat ustaz atau ustazah. Itu secara hakikat bukan semata-mata persepsi atau gelaran.
Namun perlu diingat. Mahu atau tidak, kita harus terima bahawa dalam masyarakat kita tidak semuanya mempunyai kefahaman agama yang baik. Masih ramai yang jahil dan tak kurang juga yang berlagak tahu – enggan mengaku jahil.
Maka kalau anda ingin memakai purdah atau niqab, sila ambil kira juga kefahaman masyarakat dalam menilai diri anda.
Fenomena Niqobis
Di alam maya ini, lewat aktiviti berfacebook ataupun berblogwalking, secara jujurnya saya melihat semakin ramai wanita yang memakai purdah atau niqab. Tak kurang juga yang menjadikan purdah dan niqab itu sebagai identiti mereka.
Apabila diperhati kepada apa yang dicatat di blog-blog mereka, semuanya cenderung mengajak pembaca kepada nilai ‘ubudiyyah kita kepada Allah. Banyak ayat-ayat tazkirah, firman dan sabda serta tidak kurang juga artikel-artikel agama yang disalin dari pelbagai sumber.
Sekali imbas, saya yakin jiwa mereka sangat lunak dengan agama.
Tetapi suatu keanehan yang paling ketara adalah sebahagian mereka mempunyai tabiat tidak sihat yang sangat bertentangan dengan sunnah berpurdah itu sendiri. Ini mencetus suatu kepelikan yang tidak kunjung sudah di hati saya. Dalam hal ini, saya mempunyai beberapa pendapat :
Pertama : berpurdah itu khilaf antara wajib ataupun sunat. Ada yang menganggap sebagai wajib maka dia mengharamkan wajahnya dari ditatap, dengan meyakini bahawa wajahnya itu juga adalah aurat seumpama rambut dan tangan. Manakala yang menganggapnya sebagai sunat, memakainya sebagai suatu alternatif menzahirkan komitmen ‘ubudiyyahnya kepada Allah. Golongan ini memakai purdah di tempat tertentu dan membukanya di tempat yang lain. Pada saya, selagi mana dianggap sunat maka tidaklah menjadi masalah. Cuma dari sudut istiqamah, ia kelihatan sedikit cacat.
Kedua : berpurdah itu suatu tahap yang hanya boleh dicapai selepas selesai tahap asas terlebih dahulu. Berpurdah itu umpama mengupgrade diri ke peringkat yang lebih baik. Tahap asas yang dimaksudkan itu adalah menutup aurat dengan sempurna, menjauhkan diri dari budaya tabarruj ( berhias diri dan menarik perhatian lelaki ajnabi ) serta mempraktikkan nilai-nilai akhlak seorang muslimah di dalam diri sendiri. Kesemua itu adalah perkara wajib yang telah disepakati dan bukan merupakan perkara khilafiah. Adapun berpurdah, tidak sampai ke tahap itu. Mudahnya, anda tidak boleh memakai baju lengan sekerat kemudian memakai purdah. Sebaliknya anda haruslah berpakaian menutup aurat dengan sempurna terlebih dahulu, barulah anda menambah dengan memakai purdah.
Ketiga : Tujuan memakai purdah bukanlah supaya diri anda tidak dikenali. Ia bukan soal ‘hadang muka’. Tujuannya adalah untuk mengelakkan anda dari menjadi perhatian lelaki ajnabi ataupun menimbulkan fitnah kepada mereka. Atas kesedaran ini anda memakai purdah demi menjaga maruah dan agama anda. Selaras dengan tindakan ini, anda tentunya akan sedaya upaya mengelakkan diri anda dari menjadi tatapan orang ramai, lebih-lebih lagi di alam maya. Adalah sesuatu yang aneh jika anda memakai purdah tetapi mengambil gambar sendiri dalam jarak yang cukup dekat kemudian diletakkan di facebook ataupun blog dengan saiz yang begitu besar!
JAHIL
Itulah namanya simptom dari kejahilan. Jahil dari awal-awal mengorak langkah lagi, iaitu untuk apa anda memakai purdah? Ini kerana yang membezakan antara dua wanita yang memakai purdah adalah iman dan kefahaman mereka. Sedangkan kain sehelai itu bukankah neraca penentu taqwa ataupun tidak.
Ada yang memakai purdah kerana mahu kelihatan ‘mahal’. Ada yang memakai purdah kerana mahu menyorok kelemahan tertentu. Ada yang memakai purdah kerana mahu kelihatan lebih cantik atau mahu bergaya. Ada yang obses dengan trend dan fesyen. Ada yang obses dengan watak dalam filem atau drama ‘cinta Islamik’. Dan ada juga yang benar-benar memakai purdah kerana mengharapkan keredhaan Allah.
Nah. Sekarang anda di posisi yang mana?
‘Niqobis’ Alam Maya
Secara zahirnya, ada tiga kepelikan ketara yang sering saya lihat pada niqobis yang aktif di alam maya :
1- Bergambar.
Bergambar dalam jarak jauh dan jika tersiar pun, dalam saiz yang kecil pada saya tidaklah menjadi masalah. Jika jarak jauh dan saiz kepala pula hanya sebesar kepala mancis, tiada siapa yang akan tertarik. Yang kenal pun, tentulah kenalan rapat sendiri sahaja. Tetapi jika diletak dengan sebesar-besarnya, sehingga begitu jelas bulu mata yang lentik dengan sekeliling mata berhias celak, itu jelas sekali bertentangan dengan objektif memakai purdah itu sendiri. Meskipun hanya mata yang kelihatan, tetapi jika sejelas itu terpampang, sudah tentu bisa jua mencairkan hati anak adam. Anda sedang meletakkan magnet yang menarik fitnah. Apakah anda fikir jelingan mata anda itu bebas daripada virus fitnah wanita yang disabdakan oleh Nabi s.a.w ..?
2- Tabarruj
Ada beberapa ciri asas dalam tabarruj, antaranya adalah jenis pakaian yang boleh menarik perhatian lelaki ajnabi dan memakai bau-bauan yang kuat. Ramai niqobis yang seolah keliru dengan diri sendiri. Asalnya memakai purdah dan berbaju labuh untuk mengelak dari menarik perhatian atau menimbulkan fitnah, tetapi lama kelamaan seolah mengambil kesempatan pula ke atas pakaian labuh dan purdah. Daripada satu warna, menjadi banyak warna. Daripada kosong semata, jadi berhias pelbagai manik berkelipan pula. Sudahnya, makin lama makin pelik. Lebih pelik, tangkap gambar banyak-banyak dan masukkan dalam blog secara bersiri. Untuk apa?
3- Mendedahkan aurat
Sudah banyak dijelaskan di sana sini, bahawa menutup aurat itu bukan bermakna menutup rambut. Ada beza yang besar antara keduanya. Jika anda mahu ikut kefahaman sendiri, anda boleh tutup rambut dengan scarf sahaja. Tetapi jika anda mahu ikut Islam, anda wajib menutup seluruh rambut dengan melabuhkan tudung ke bahagian dada, serta memakai baju yang labuh dan tidak menampakkan bentuk badan. Barulah anda diiktiraf sebagai menutup aurat. Yang akan mengiktiraf itu adalah Allah, bukannya manusia. Tetapi saya lihat, ramai niqobis yang tidak mengupgrade disiplin pemakaian mereka sesuai dengan tuntutan syarak, sebaliknya menambah sehelai kain untuk menutup sebahagian muka pula. Ini pelik.
Dengan tabiat yang suka memakai t-shirt dan seluar jeans, dia menambah sehelai kain di muka lalu memanggil dirinya sebagai wanita berpurdah. Ini gharib. Ada juga yang bertudung silang ( tidak dilabuhkan ke dada ) tetapi memakai purdah. Ini juga gharib.
Dalam kesemua yang saya lihat dan perhatikan, saya fikir, sesiapa yang mahu memakai purdah, perlulah berhati-hati. Kenapa?
Pertama : Anda malu dengan manusia. Di dunia ini pun anda sudah merasa malu, kerana anda dilihat sebagai jahil dan aneh. Memakai serban tetapi berseluar pendek, ibaratnya begitu.
Kedua : Di akhirat kelak, anda akan ditanya oleh Allah atas apa yang anda pakai di dunia. Tidak cukup bab tidak menutup aurat dengan sempurna, ditambah pula dengan bab mengapa memakai sehelai kain di muka sedangkan perintah menutup aurat diabaikan. Dari satu hal bertambah jadi dua hal semata-mata kerana anda gatal tangan mahu memakai purdah tanpa terlebih dahulu menjelaskan niat kerana Allah. Itu cari penyakit namanya.
Justeru, sila berhati-hati jika ingin memakai purdah. Apabila anda meletakkan diri anda di tahap itu, maka mahu atau tidak, anda perlu menjadi sepertimana orang yang berada di tahap itu. Baik dari segi perkataan, perbuatan mahupun pemakaian. Sebenarnya, semua itu tidak akan membebankan anda pun jika anda benar-benar ikhlas memakai purdah. Tetapi jika sebaliknya, kekallah anda dalam ‘azab’ kegelisahan yang berpanjangan.
Fikir-fikirkanlah.
Sekian.

Syukran abang atas ilham tentang muslimah memakai niqabnya. Semoga kami kaum hawa mebih faham maksud memakainya.
Tapi ada segenlintir kaum hawa yang cuba meyakin saya bahawa wanita yang memakai purdah itu melebihi atas maksud lebih perlu dijadikan role model kepada mereka yang berhijab. betul ke? walhal sy dah nyatakan yang niqab tu sunnah. kite kene lebih fokuskan pd yg berhijab. kerana itu wajib. apa pandangan abg?
sama2.mudah2an.
hm, mcm yg diterangkan dalam artikel di atas, itu merupakan sebahagian daripada mindset masyarakat awam yg perlu kita terima, demkian juga dgn wanita yg mahu berpurdah. kerana umum akan menilai, mereka adalah golongan contoh yg tidak sekadar berhijab bahkan naik satu anak tangga- berpurdah. meskipun hakikatnya, purdah itu adalah sunnah dan tidak setaraf dgn kewajipan berhijab. so, hati2 lah.
salamullah’alaik..ye,terdapat kbenaran dlm artikel yg d’paparkan..ada golongan yg berseluar jeans pun bpurdah..bagi mereka sluar jeans tidak haram..mlahan mereka b’pndapat slagi mmatuhi syarak x mengapa..mereka turut mengatakan tidak salah bergaya walaupun b’purdah & m’beritahu “Allah itu cntik & suka akan kcantikan”..ttapi sedar x,dalam islam ada konsep muruah(m’bicarakn ttg maruah)..bkn mslh haram atau halal,tetapi masalah maruah..d’mana ketinggian maruah akhawat yg berpurdah jika b’pakaian sebegitu rupa..wallahu’alam..
wslm.
antara cantik di mata Allah dan bergaya di mata manusia,dua benda yang berbeza. cantik di mata Allah adalah taat mengikut garis panduannya, cantik di mata manusia pula semua boleh, katanya ‘sikit saja’. bergaya itu boleh, berfesyen itu harus, tetapi biar betul niatnya dan biar jauh dari unsur2 tabarruj padanya.
suka dengan hasil penulisan saudara. sangat setuju!
terima kasih singgah baca
penerangan yang mantap dan padat…
alhamdulillah,
melihat pada sudut berpurdah ini, yang sebenarnya, niat terhadap sesuatu perkara mendorong seseorang itu melakukannya,
contohnya,berniqob kerana ingin mentarbiyyahkan dirinya..
ade jga mengambil jalan berpurdah kerana tersedar dari lamunan bahawa zman sekarang adlh zaman fitnah..
walaubagaimanapun,penulisan yang sangat bagus ya akh…
mabruk!!
seharusnya begitu. kesedaran utk mentarbiyah diri atau mengupgrade diri ke tahap yg lebih baik, membawa kepada pemakaian purdah. cuma apa yg ditekankan dalam artiklel ini lebih ke[ada pemakai purdah yg bukan atas dasar mentarbiyah diri atau utk naik ke tahap yg lebih baik, sebaliknya hanya kerana tujuan2 yg lain.
Di atas saudara mengatakan tentang tabarruj,daripada satu warna menjadi banyak warna,adakah salah atau bagaimana jika perempuan berniqab itu memakainya?apa pendapat saudara.
sebenarnya berpakaian lebih dari satu warna itu tidklah sampai ke tahap tabarruj. cuma apa yg dimaksudkan di atas adlah pakaian dengan terlalu banyak warna warni ataupun dengan warna yang sangat terang – di mana kesemua ini akan menarik perhatian apabila ditampilkan ke khalayak umum. sebaiknya, bagi perempuan berniqab, pakailah jubah ( biasanya jubah hanya satu atau dua warna shj ) ataupun baju kurung yang tidak lebih dri 3 warna dan warnanya juga tidak terang. kesimpulannya, jaga pakaian itu jangan sampai boleh menarik perhatian lelaki ( secara urufnya ).
terima kasih atas penjelasan saudara.semoga Allah berkati hidup saudara.ameen.
syukran..atas doanya..
saya setuju dengan artikel ini. kadang2 trnampak juga mereka yang berpurdah tetapi tudung tidak menutupi dada. rasa pelik di situ..
Trima kasih saudata merungkaikan permasaalahan ni..sbb sudah lama ianya berlegar dalam benak fikiran saya.
Izin utk menambah di sini,
Wahai muslimah yg berpurdah. Tlonglah amik kisah akn satu perkara ni…
“Saudari lebih menarik pandangan lelaki jika berpurdah, oleh itu TOLONG jgn paparkan keindahan itu sejelas2nya d alam maya. Kerana perbuatan tu akan menyeksa kaum lelaki yg melihat walaupun suami org(agk2 nye la)”
semoga ‘suara’ abdillah didengari oleh mereka..amin
Salam
Tertarik dgn artikel akhi. Detail dan cukup jelas tuk difahami. Disini sy ingin berkongsi pengalaman sy memakai purdah kerana sy bukan dari keluarga yg kuat pegangan agama. Pada mulanya sy baru memakai purdah secara istiqomah sejak bulan March lepas. Alhamdulillah, sy berpurdah kerana mengharapkan keredhaan Allah. Dulunya sy seorang wanita yg tidak sempurna menutup aurat. Setelah menghadiri satu majlis ilmu yg membicarakn aurat sy spt tersentak yg selama ini sy ibaratkan diri ini tgolong dlm hadis Rasulullah s.a.w yg bmaksud “…akan ada umatku diakhir zaman, wanita yg bpakaian tapi telanjang..” sy mjadi takut…takut pada azab Allah. Sejak itu sy mgubah cara pakaian sy dari yg menampakkn susuk badan kemudian bpakaian labuh & longgor. Memang pd mulanya perubahan ini berlaku secara drastik dan sy mendekati satu kumpulan ini majoritinya mereka berpurdah. Dr situ sy belajar adab2 berpurdah dan juga Islam. Pertamakali memakai purdah secara automaticnye kita rasa rendah diri…penuh rasa hormat & pemalu orgnye. Dan kita tidak meletakkan diri kita pada dunia tp yg kita cari ialah akhirat & kredhaan Allah. Itulah pengalaman sy berpurdah. Jika kita benar2 ikhlas dan melakukannya krn Allah insyaAllah kita akan mendapat nikmat & kemanisan berpurdah sebenarnya. Apa yg buruk itu datangnya dari sy sendiri. Wallhualam
wslm
terima kasih atas perkongsian kisah saudari. moga2 yang membaca akan dapat insipirasi utk mengikuti jejak langkah tersebut..insyaAllah
Assalamualaikum , ya .. saya cukup setuju dengan banyak perkara dengan saudara.. cuma saya ingin menambah sedikit… kelakuan walaupun di alam maya,pertuturan sekalipun sgt penting di jaga
… adab seorang muslimah penting , seperti mana wajah di tabir,begitu juga diri di tabir luar dan dalam ..
mahu menambah sedikit.. para niqabi.. hanya mata yg terdedah.. seboleh2nya elakkan tabaruj mata.. eye liner tebal ker,eye shadow ker… tanamkan malu dan takut kite pada Allah
…
pakai niqab bukan untuk nampak comel.. bukan untuk cantik.. kalau cantik bukan berniqab.. tetapi bermake up ler
…
perlu fahami hal tabaruj.. termasuk dalam wangi-wangian itu sangat penting
.. luar dalam .. perlu di usahakan
..
bagus sangat komentar saudara
… melihat fesyen muslimah berpurdah/berniqab yang semakin berani… dengan purdah bewarna warni dan purdah di hias cantik.. sampai terfikir ana .. apakah tujuan nya menghias niqab itu begitu cantik… ??..
mungkin pada pandangan org. ana terlalu jumud
… bagi ana.. untuk memasukkan budaya setempat contohnya di Malaysia yang memakai pakain bewarna warni .. boleh,tapi …. berpada2 … niqab sudah jelas di pandang pelik
.. inikan di fesyen pula
.. kecewa ana melihat muslimah2..
Kita di tuntut untuk bersih,kemas .. itu tidak bermaksud untuk kita bertabaruj untuk mereka yang tidak sepatutnya.. jangan palitkan Sunnah dengan dosa
..
Maaf jika ada kesilapan dalam penulisan ana
.. minta di tegur jika tersilap.. afwan
wslm
syukran ukht..komen menarik dengan 12 smiley..
Terima kasih di atas pengisian yang sangat berguna ini. Izin kan ana utk menyimpannya di blog. Terima kasih
sama2. ambillah mana yg bermanfaat.
assalammualaikum. penulisan sdr saya anggap adalah teguran dr Allah melalui perantaraan manusia.hanya dgn rahmatnya sdr dpt menulis sebegitu rupa sbg peringatan kpd kami..
terima kasih Allah dan terima kasih saudara..
wslm.segala puji tertentu bagi Allah.mudah2an Allah thabatkan di atas jalan yang benar.amin
Assalamu’alaikum, MasyaAllah
ana rasa jika muslimat2 membaca artikel yg berilmu dan kefahaman ini, mudah2an kita (muslimat) akan sedar akan hakikat berniqab ini. Nmaun, upgrade diri amat perlu dari semasa ke semasa.
Nmaun, sedikit ana ingn katakan, muslimat sedang dalam ujian zaman, hati kena kuat, kena ikat kuat hubungan dengan Tuhan, barulah segala perjalanan hanya demi Redha-Nya.. “kata2 yg baik adalah dari hati yg suci, demi redha-Nya” Mabruk!
wslm,
wslm
betul. cemerlang hubungan dgn Allah, insyaAllah elok hubungan ssama manusia. sama2 tingkatkan diri ke tahap yg lebih baik
Assalamu’alaikum..tahniah, penerangan yang mantap..
mohon share..
wslm. silakan..moga bermanfaat
salam’alaik ya ahki ilham..:)..syukran jazilah jaza kumullahu khoiran jaza atas penerangan yg mantab.^_^..ya allah..moga kmi mnjadi muslimah yg bertaqwa kpadamu ya allah…:)
wslm.
insyaAllah. mudah2an tergolong dalam muslimah penghuni syurga..amin
assalamualaikum..
assalamualaikum..sy cnfius sbenarnya…pakai purdah nie tujuan nya adalah untk mgelakkan fitnah bukan?apakah yg dimaksudkn dgn FITNAH itu..?dan apakah ganjaran bg mereka yg berpurdah ini? apakah bezanya dgn wnita yg tdk berpurdah tp auratnya insyaALLAH 99% dijaga..? mohon lebih dijelaskn.. sykran =)
wslm
fitnah yg dimaksudkan adalah boleh mnimbulkan perasaan terhadap lelaki yg memandang,mencetus rasa yang didorong oleh syahwat dan bisikan syaitan.meskipun wajah bkn aurat,ttp daya tarikan pada wajah terutama bagi wanita cantik sgt2 berpotensi menimbulkan fitnah pada kaum adam.justeru,menutupnya adalah digalakkan.
ganjaran itu hanya Allah yg menilai,jika benar2 ikhlas sudah tentu mndapat pahala yg besar daripada Allah.bergantung pada niat seseorang.
yg mmbezakan antara keduanya adalah taqwa
apabila sye membace artikel ini..baru sye rasakn ape yg ingin sye suarakn itu adalah benar, memg benar semua yg d perkatakn dlm artikel ini..shinggakn dlm 1 tahap msyarakat mganggap yg berpakai pudah itu perlu d hormati segala2nya..di sini tidak ade niat untuk mengutuk sunnah, tetapi sikap msyarakat skrg yg terlalu cetek ilmunya sehinggakn melebelkn yg berpudah itu warak..tp hakikat yg sama d dlm fb bergambar sakan.. masyaALLAH, moga di pelihara hati ini..aminn
itulah yang perlu diambil berat oleh para niqabis. mereka mmbawa imej yang besar, jika tidak berhati2 akan terpalit fitnah pula.
sangat2 suka dgn artikel ni..alhamdulillah ‘terjumpa’ juga orang yang melontarkan pendapat mengenai purdah @ niqab yang sekarang seakan menjadi trend kepada kebanyakan wanita sedangkan mereka tak tahu matlamat utama pemakaiannya,,d tambah dgn pelbagai gaya..
ternyata saudara tlh byk mjawab persoalan2 d fikiran saya slama ni yg salah satunya “benar ke niqab ni boleh ssuka hati je d pakai + dgn plbagai gaya? & apakah tujuannya?”..
insyaAllah artikel ini mmg memberi jawapan + sdikit sebanyak ilmu yg berguna kepada saya..terima kasih byk2 saudara
*page d facebook ada x??sng nak follow dgn apa2 artikel y baru..tq
alhamdulillah.
page di facebook ada,cuba lihat di bahagian tepi blog.
Assalamu’alaikum w.b.t..
Alhamdulillah, banyak pencerahan diperoleh melalui artikel ni. Mudah-mudahan menjadi peringatan buat semua kaum hawa. Moga kaum adam khususnya yg bergelar ‘suami’ juga perlu tegas dlm memainkan peranan yg berterusan dlm mendidik pasangan mereka..insya-ALLAH sama-sama kita doakan.
syukran jazilan atas tulisan saudara penulis, moga ALLAH memberkati segala usaha yang baik ini..aamiin.
*teruslah mengingatkan kami kaum hawa*
wslm wbt
kaum hawa perlu belajar bertegas dgn diri mereka, insyaAllah lebih mudah menerima ketegasan suami nanti..semoga suami mereka juga tegas dalam hal agama..
terima kasih atas doanya
salam
suka dengan tulisan saudara kali ini
untuk panduan dan pengajaran buat diri saya,selaku wanita bniqob dan sahabat2 lain,sama ada baru memasang hajat mahu bniqob @ sudah bniqob
wslm.
baik jadikan panduan,buruk jadikan smpadan
salam
sekadar bertanya,
bagaimana pula dgn muslimat yg memakai purdah, tetapi mengikut waqi’?
maksudnya, ada tmpt2 tertentu dia buka purdahnya. Contoh di universiti: kos yang dia ambil tidak menggalakkan dia memakainya, jadi di universiti dia tidak memakainya, tetapi di luar di memakainya. begitu jga dikampung atau tmpt2 lain.
Sesetengah berpendapat seolah-olah dia tidak serius, atau sekadar suka2. Tapi saya yakin jauh di sudut hatinya dia benar2 ingin istiqamah dlm pemakaiannya itu, tetapi keadaan yang masih belum membenarkan.
Pendapat saudara?
wslm
amalan berpurdah itu bolehlah dikira sebagai fadhail a’mal, iaitu amalan sunat dan bukannya suatu yang wajib. justeru, berusaha berpurdah dalam keadaan yg dibolehkan adlah tindakan yang baik dan beroleh pahala jika niatnya ikhlas. dan menaggalkannya pula tidaklah berdosa. tentang pandangan manusia, itu bukanlah penentu hukum. kerna redha manusia itu sampai bila2 tidak akan tercapai. wallahu’alam
Syukran atas pendapat.
sama2
subhanallah..
kepada tuan blog ini, jazakallah di atas tulisan yang mantop ini. teruskan usaha mendidik kaum hawa (khususnya)..
ada ramai perempuan di luar sana yang masih terkapar-kapar dalam mencari panduan dan arah..
wassalam..
insyaAllah…sama2 lah kita..
emm.. sy berniat nk mentarbiyahkan diri sy,, inshaAllah dgn berniqab juga,, tp sy msih ragu, sbbnya dlm keluarga sy x de pun yg berniqab,, jd sy ambik jln lain inshaAllah lau ada rezeki sy akn mlanjutkn pelajarn di mesir jd disna niat sy tercapai .. insyaAllah … mslhnya lama2 sy akn balik ke m’sia jg,, jd apa perlu sy buat?? apa pndngn masyrkt skeliling sy?sdgnkn bertudung menutup dada (x labuh sgt, tp x singkat mcm tudung ‘mawi’ skg) dah dianggap lain mcm =,= nauzubillah
pada saya, masyarakat boleh menerima pemakaian niqab atau tudung labuh pada masa skarang, bkn lagi macam dulu. cuma, syaratnya adalah kita sendiri mampu menunjukkan contoh pergaulan dan komunikasi yang baik. samada dengan keluarga atau masyarakat, mereka menilai kita pada ‘siapa’ kita bukannya pada apa yang kita pakai. jadi, tawanlah hati mereka dengan menunjukkan contoh peribadi dan komunikasi yang baik. insyaAllah lama2 nanti mereka akan boleh terima, bahkan xmustahil terpikat pula
Berpurdah biar bernilai solehah. insyaallah.
Assalamualaikum akhi. Saya juga adalah insan yang baru sahaja berjinak-jinak dalam pemakaian purdah ini. Niat saya pakai adalah demi mencari keredhaan Ilahi. Dulu saya pernah hidp bergelumang dosa. Bagi sesetengah masyarakat zaman sekarang hidup ‘coupling’ itu biasa. Tak salah. Tapi bagi saya, setelah saya melalui kehidupan sebagai tunangan orang, saya mendapati terdapat banyak keburukan daripada kebaikan bercinta sebelum kahwin. Selepas kami putus, saya masih belum berhijrah. Namun, tak lama kemudian, hati saya dipagut satu rasa untuk berpurdah. Kerana apa? Kerana saya sudah benar-benar tekad untuk meninggalkan zaman hitam saya. Saya bertaubat dan berjanji kepada diri sendiri, saya tidak mahu lagi hidup dalam ketidaktenangan seperti dulu. Walaupun niat kami suci untuk mendirikan rumah tangga, tetapi disebabkan kami masih belajar, kami mempertimbangkan dulu kerana takut halangan keluarga walaupun dia berusaha sedaya upaya meyakinkan saya ttg nikah khitbah. Ok, balik pada berpurdah, saya telah meminta pendapat ustaz, ustazah, senior-senior yg lebih arif mengenai ini. Walaupun ada yang membantah termasuk ibu saya sendiri, sy tetap memakai kerana sy ingin mencari redha ALLAH.ya saya sdah bertaubat, akan tetapi saya rasa masih belum cukup sempurna. Saya memakai jubah dan berpurdah. Tapi memandangkan saya masih belajar dan etika tidak mengizinkan saya memakainya, maka saya pakai apabila keluar kampus. Saya cuba mengubah diri ke arah yang lebih tenang. Saya memaafkan sesiapa sahaja yang telah melakukan perkara yang menyakitkan saya dan saya juga menyayangi semua orang walaupun ada insan yang cuba menjatuhkan saya. Saya rasa tenang dengan berbuat demikian. Dan memakai purdah pula bagi saya, sgt penting dalam kehidpan saya kini. Apabila saya menyarung niqab, maka hati saya terasa amat tenang dan merendah hati. Apabila berjalan, secara automatik kita akan menjaga pandangan kita. Saya senantiasa menundukkan wajah apabila memakai purdah. Bukan niat untuk menarik minat lelaki memandang saya tapi demi menjauhi panahan mata syaitan melalui pandangan mata saya. Alhamdulillah sy tenang bila berniqab. Saya rasa diri saya terpelihara, dijauhi perasaan takbur, riak malah terasa beratap kerdilnya kita di mata Tuhan.
wslm. itulah namanya hidayah. tindakan yang diambil berlandaskan prinsip ubudiyyah yang jelas insyaAllah akan membantu saudari utk ISTIQAMAH. terima kasih atas perkongsian pengalaman saudari. moga2 bermanfaat utk pengunjung yang lain
“Walaupun ada yang membantah termasuk ibu saya sendiri, sy tetap memakai kerana sy ingin mencari redha ALLAH”
ustaz ana ada berpesan…
“memakai purdah itu sunnah..menghormati ibu bapa adalah wajib..adakah kita ingin melanggar yang wajib semata-mata mengejar yang sunnah..?”
apa2 pn..semoga ALLAH memudahkan segala urusan..
sekadar pendapat..-wallahualam..
Salam,
Saudara..
T.ksh atas kupasan isu niqab yang pada saya sangat bernas. Sedikit sebanyak memberi pengajaran dan ikhtibar pada saya setelah hamp[ir 14 tahun berniqab. Dorongan yang datang dari istikharah yang berulang kali membuatkan saya mengambil keputusan berniqab seawal usia 19tahun tanpa mengikut mana-mana kumpulan atau kawan. Sepertimana yang saudara highlight kan berniqab bukan sekadar Sunnah tapi lebih kepada meng upgrade kan diri kepada Allah. Saya berkhidmat di sektor kerajaan dan disebabkan itu saya terpaksa akur dengan peraturan dengan membukanya semasa bertugas dan memakai semula selepas bertugas. Namun saya amat berterima kasih atas penulisan saudara yang saya kira boleh saya jadikan panduan dan muhasabah diri. Syukran
assalamualikum….
niat dihati sy ingin brpurdah
tp sy rse sy xckup kuat lg untuk mnunaikn hasrat trsebut
ade kalenye hasrat trsebut hilang
apebile sy lihat muslimah2 yg brpurdah,niat sy 2 kembali blk untuk tunaiknnye
kadang2 sy trfikir,btl ke kptsn sy untk mmakai prdah ni
untuk pngetahuan saudara,dlm kluarge sy tiade sorg pn lg yg brprdah
nice one. teruskan artikel n perkongsian yg brmnfaat.
salam,
pada saya sebenarnya agak sukar untuk berfesyen dan bergaya tapi dalam masa yang sama jauh dari unsur bertabarruj.
salam….nice entry…=)…erm..untuk pengetahuan saudara,saya sekarang berada di jordan…saya pelik dengan kebanyakan wanita yang belajar kat sini…bagi yang berpurdah kat sini dan tak pernah menanggalkan purdah kat malaysia saya rasa hormat sangat2 dengan diorang…tu bermaksud diorang betul2 istiqamah dalam memakai purdah…tapi yang saya pelik,kenapa ada sesetengah wanita yang kadang-kadang pakai purdah,kadang-kadang tidak…diorang atas sesetengah lelaki je yang boleh diorang tatapkan muka diorang…dan bila balik malaysia memang diorang tak pakai pun..just dekat sini je…bila saya tanya diorang kenapa camtu,diorang kata untuk elak fitnah….dan saya tanya suami saya…suami tak kisah saya nak pakai ke tak…dia cakap kalau saya nak pakai,saya kena pakai selalu di mana saya berada untuk kita istiqamah betul-betul….bukan macam kadang-kadang pakai kadang-kadang tak…nak cakap fitnah..ye memang sekarang banyak fitnah..tapi kenapa kat malaysia tak pakai macam kat sini?kat malaysia bagi saya lagi banyak fitnah…dengan kes yang banyak berlaku kat malaysia lagi banyak dari kes kat sini…dan saya lagi pelik jika diorang boleh pulak buka purdah kalau dengan laki yang dah beristeri…saya tanya kenapa?diorang cakap laki ni takpe,dah kahwin….la..saya pelik la…kenapa camtu??..lelaki tu boleh kahwin 4 la!!…sama je dengan lelaki lain…jadi camne tu ye?dan bagi yang suka tunjuk muka diorang dengan pakai purdah,kadang-kadang dengan tak pakai purdah camna pulak?dari dulu lagi saya nak tanya diorang,tapi saya takut bahas jadi panjang berjela pulak…huhu…
wslm. ada dua isu kat situ. pertama, isu hukum pakai purdah. kedua, isu istiqamah. isu hukum, ulamak ada yang kata wajib ada yang kata sunat. orang yg nak pakai purdah, terpulang nak ikut pandangan yg mana. kalau bpegang pada hukum wajib, haramlah dibuka purdahnya di khalayak. kalau bpegang pada hukum sunat, tak ada masalah kalau nak pakai satu ketika dan nak bukak satu ketika yang lain.
adapun isu istiqamah, ia bukan suatu dosa dan bukan suatu kewajipan. ia dalam bab fadhilat beramal. sebaiknya, setiap amalan yang baik, kita lazimi dengan istiqamah. tetapi meninggalkan amalan baik yang dilazimi ( cthnya berpurdah ) tidaklah sampai ke tahap haram.
wallahua’lam.
assalamualaikum.. wahai ahli syurga.. (smge kita di dlm klgn ahli syurga)
mufti mesir al’allamah syeikh dr ali jum’ah mengatakan tiada hukum tertentu dlm pemakain niqob. harus shj.jika pakai pakai jika tak pakai tak pakai. dan larangan mencemuh golongan yg jap pakai jap tak pakai krn ade bbrpe ktka harus dibuka niqobnye.. waAllahu taala a’lam wa ahkam
Assalamualaikum,,,,alhmdulillah,,terungkai prmsalahan tntg purdah..mudh-mudhn wanita m’dpt ibrah dr artikel nie….=D…cume,,,sy ingn b’tnyer,,,wanita yg b’purdah lbh m’jdi tarikan kpd llaki b’bnding wanita yg tdk b’purdah,,khususnyer llki yg b’pndidikn agama…apkh pndgn tuan…?,,syukran…=D
wslm.
kalau menjadi tarikan disebabkan keindahan beragama yg ditonjolkan, maksudnya, tertarik dgn agama, itu baguslah, bolehlah ambil sebagai isteri. tetapi kalau tertarik sebab nafsu syahwat dan sebagainya, salahnya pada yang melihat bukan pada yang memakai. lelaki berpendidikan agama patutnya lebih menjaga mata.
mohon share sebahagian artikel dalam sini…syukran:)
mohon share sebahagian artikel dalam sini…syukran:)
penulisan yang baik..semoga kita semua diberi hidayat untuk mengamalkan perintah ALLAH,ikut cara yang di tunjuki oleh Nabi kita Muhammad s.a.w..
Assalamualaikum,, terima kasih atas perkongsian ini,, sgt bermakna,, saya tergerak hati nak berniqab bila kawan saya dah mula berniqab.. tapi saya lihat kawan saya yang berniqab tu lebih mendapat perhatian lelaki daripada wanita2 lain yang hanya berhijab.. disebabkan ni saya ragu-ragu nak teruskan niat saya.. selain itu, saya bimbang dengan penerimaan keluarga saya sebab keluarga saya hanyalah biasa2 sahaja bab2 agama,,sekarang saya cuma harap dapat teruskan niat saya setelah berkahwin satu hari nanti..insyaAllah..sekali lagi..terima kasih,, sangat bermanfaat ,,:)
sekadar perkongsian tuk nurul fatihah..sy juga berniqab..betul apa yang fatihah kata perempuan yg berniqab lebih menjadi perhatian karana lain daripada yang lain..niat kita niqab unruk menjga perlakuan serta tutur kata…seperti sy..pelajar2 tempat pengajian sy selalu dtg rumah u ntuk merisik..ummi sy akan bertanya kamu mampu menjadi imam kepada anakku? kamu mampu tanggung dosa anakku? kamu sanggup menjaga amanah dari Allah? jika tak sanggup….pulang sehingga kamu benar2 sedia..dtg kembali jika rasya masih tidak dipinang…apa yg sy tahu mereka tertarik bukan pada agama yg ad pada sy..tapi tertarik dgn pemakaian sy dan sy ssah untuk berkomunikasi dengan kaum adam selagi kaum hawa dpt mmbantu…kecuali jika sy benar2 perlu berckap jika ada perkara penting….benar kata ustaz..perempuan berniqab lebih jadi perhatian…namun apa yg penting biarlah niat krn Allah..Dialah segala2nya…walahu’alam
saya sangat teringin berniqab..
saya pernah cuba sekali,dan saya rasakan ketenangan…
untuk teruskan,saya rasa tidak kuat….:(
terima kasih Rasya Humaira
Artikel yg sgt menarik.moga kita semua berada pd jln yg betul.
Cuma,nk kata kat sini ana belum pernah tgk lagi akhawat yg berpurdah tp tudung tidak mengikut syarak.mgkin sbb skrg ana berada dlm waqi’ negara mesir yg sememangnya mereka meletakkan berpurdah tu wajib.
Syukran atas peringatan.
[...] itu, sekiranya anda belum membaca artikel ini, saya persilakan kalian membacanya terlebih dahulu, kerana sebahagian besar mengenai purdah telah [...]
mohon izin untuk copy and share di blog saya..
assalamualaikum saudara, mohon share di fb
syukran~
salamualayk…
nice post tentang niqab…saya sudah byk bace tentang niqab/niqabis dan yg sewaktu dengannya…even niqabis ni kite tgk srg wanita yg sangat ‘nice’ tapi bile saya sudah bergaul ngan kawan kt fb join club niqabis bace status yg di post kat wall ternyata kebanyakkannya sama seperti wanita yg x berniqab maksud saya mindset nya…gosipnya…pic profilenya yg membezakan hanya sehelai kain yang menutup separuh dari wajah mereka…itu kajian saya….saya tahu tidak semua begitu..
tapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga…jadi niat untuk berniqab saya kuburkan…biarlah saya perelok budi dan hati dengan ALLAH TAALA dulu kerana saya risau tudung saya yang sebegini pun akan disoal begitu dan begini…di akhirat kelak inikan pula yang berniqab lagi berat persoalan yg akan ditanya…moga Allah kuatkan istiqamah kita semua mendapat redhaNYA dan khusnul khatimah..amenn..
Assalamualaikum. minta izin nak copy…
Assalamualaikum,akh.. saya sgt2 setuju dgn penulisan akh.. izin share pnulisannya agar smpai seantero umat Muhammad insyaAllah..:D