- jangan mudah-mudah menerima ‘tetamu’ masuk ke rumah anda..- sekadar gambar hiasan -
Tajuk ini kedengaran sedikit pelik. Harap teruskan pembacaan sehingga anda memperolehi apa yang cub disampaikan.
Setiap manusia yang normal akan didatangi oleh satu perasaan yang juga normal. Perasaan ini sifatnya mengasyikkan, menyeronokkan dan melekakan. Perasaan tersebut namanya cinta. Ia menjadikan manusia seakan gila, separuh gila dan tak kurang juga yang benar-benar gila.
Cinta.
Lima huruf kecil yang memberi kesan yang cukup besar. Seorang yang miskin berubah menjadi kaya, kerana cinta. Seorang yang bodoh berubah menjadi cerdik, kerana cinta. Seorang yang hodoh berubah menjadi cantik, kerana cinta. Seorang yang kolot berubah menjadi moden, kerana cinta.
Semuanya kerana perasaan tersebut. Ia menjadikan manusia mengepikan segala perkara dan mendahulukan kepentingan cintanya. Da tidak akan merasa penat untuk terus memberi dan berkorban, meskipun dia tidak mendapat apa-apa.
Sampai ke satu tahap, cinta ini boleh memakan diri manusia.
Seorang yang terpelajar boleh hilang maruah dan harga diri, kerana sebuah cinta. Seorang yang kaya dan berada boleh menjadi papa kedana, kerana sebuah cinta. Seorang yang waras dan cerdik, boleh terjun bangunan atau meneguk racun tikus, kerana sebuah cinta. Seorang gadis yang lemah lembut dan mendengar kata, boleh lari dari rumah kerana sebuah cinta.
Hubungan antara anak dan ibu bapa boleh putus, juga kerana sebuah cinta.
Jadi cinta itu besar kesannya.
Padanya ada suka dan padanya juga ada derita. Padanya ada gembira dan padanya juga ada sengsara.
Maka, anda harus berhati-hati sewaktu langkah pertama anda mengenal cinta.
ANALOGI
Sebuah rumah yang besar dan selamat. Di dalamnya ada kehidupan berkeluarga yang bahagia. Dan anda adalah salah seorang penghuninya. Suatu hari datang seorang tetamu , memberi salam dan mengetuk pintu. Dan anda tampil membuka pintu bagi meraikannya.
Apa tindakan pertama anda?
Anda boleh memilih samada terus membuka kunci pintu dan mempersilakan tetamu itu masuk tanpa bertanya dan menyelidik terlebih dahulu siapakah tetamu tersebut. Atau anda membuka pintu dan mengikut tetamu itu keluar. Atau anda akan memberitahu ibu atau bapa anda dahulu akan kehadiran tetamu tersebut dan menyerahkan tindakan selanjutnya kepada mereka?
Demikian jugalah dengan cinta.
Ketika cinta itu datang mengetuk pintu hati anda, apa tindakan utama yang akan anda buat?
(1)
” Aku fikir, aku benar-benar sudah jatuh hati dengan bro Kassim. Aku pasti dialah lelaki terbaik yang aku cari..” Bisik hati seorang gadis sambil tersenyum. Semuanya gara-gara pemuda bernama Kassim menolong dia mencari buku di perpustakaan siang tadi.
” Salmah cukup berbeza dengan gadis-gadis lain. Cantiknya luar biasa. Aku tak kira, aku akan pastikan dia jadi milik aku..” Tekad seorang pemuda ketika melihat gambar gadis cantik yang merupakan kawan sekelasnya itu di laman facebook.
Maka anda telah dengan mudahnya membuka kunci rumah dan mempersilakan tetamu itu masuk. Dalam masa yang sama, anda tidak tahu samada dia seorang perompak, membawa senjata atau mempunyai sebarang niat yang jahat. Semuanya anda abaikan kerana beranggapan dia seorang yang baik secara luarannya.
Kemungkinan besar, anda dalam bahaya.
(2)
Lebih parah, kalau anda bukan sahaja membuka kunci pintu bahkan dengan selambanya mengikut tetamu tersebut keluar.
” Hujung minggu ni free? kita jumpa kat kfc ye..” SMS dari Kassim ditatap dengan hati berbunga-bunga. Jari segera menekan butang reply.
” Sy memang every weekend free..boleh je. erm kul berape nak jumpe? ”
” 8 mlm ye cik kiut. he2 sy abis keje sy datang amik awk kat kfc..”
8 malam? Dada si gadis berdebar. Pertama, takut-takut untuk dating dengan lelaki malam-malam. Kedua, bagaimana hendak melepasi sekatan mak dan ayah. Namun kerana pemuda yang dicintai telah memanggilnya ‘cik kiut’, segalanya ditolak ke tepi.
” okey..sy tggu awk kat kfc..” Siap dengan icon smiley mengada-ngada.
Kemungkinan besar, anda memang dalam bahaya.
(3)
Atau anda boleh memilih langkah yang paling selamat sekiranya anda bertindak bijak.
” saya dah lama minat kat awak. saya yakin awaklah satu-satunya gadis terbaik untuk saya..” Mesej dari Karim ditatap lama. Hatinya berdebar-debar lantas segera beristighfar. Dengan tenang, mesej dibalas.
” saya fikir soal sebegini sangat tidak manis dibincangkan secara direct. saya harap awk akan lebih menghormati hak dan maruah seorang wanita. saya punya ayah dan keluarga untuk awk rujuk. dan saya harap minat awk itu tidak membawa ke neraka..”
Dalam diam, hatinya juga merasa suka. Bukan mudah untuk seorang pemuda meluahkan rasa, tetapi sebagai wanita dia tetap perlu berjaga-jaga. Lantas, di tikar sejadah segalanya dicurah. Allah sebaik-baik tempat meminta, mengadu dan berserah. Lantas dia berdoa ; Ya Allah, jika Dia benar-benar ikhlas dan jujur, Kau tunjukkanlah jalannya dan Kau buka kanlah hatiku.
Jika ini langkah yang anda ambil, bermakna anda telah memilih langkah yang selamat.
MORAL
Kesemua analogi di atas digarap untuk mengajak anda berfikir. Ketika perasaan cinta, minat, syok atau jatuh hati itu datang mengetuk pintu hati anda, mengusik-ngusik tidur anda, mengacau-ngacau jiwa anda, biasanya apa yang akan anda buat?
Adakah anda akan terus memberi peluang dan ruang. Terus menerima kata sayang, cinta dan rindu. Terus membiarkan hati anda disentuh dan terus mengikut rasa hati , seperti dalam analogi pertama.
Atau anda akan bertindak lebih drastik, dengan terus memenuhi ajakan keluar berdating, keluar makan bersama, naik kereta bersama atau mengikutinya ke mana sahaja disebabkan rasa cinta, kasih dan sayang? Ini seperti analogi kedua.
Atau anda akan merujuk terus kepada tuan punya rumah. Dalam diri anda ada sekeping hati, yang mana pemiliknya adalah Allah. Adakah merujuk kepada Allah itu tindakan pertama dan utama, atau hanya tindakan susulan selepas anda beroleh kecewa? Ini analogi ketiga.
Maka, renung-renung dan timbang taralah dengan diri masing-masing. Cinta yang datang bertamu tidak boleh dipersalahkan. Begitu juga kalau terbukti tetamu itu adalah sang nafsu bertopengkan cinta. Tetapi semuanya terletak di atas keimanan dan ketaqwaan anda kepada Pemilik segala cinta.
Bukan bermakna menyuruh anda berserah bulat-bulat tanpa sebarang usaha. Sekadar mengajak untuk merujuk kepada Sang Empunya cinta, kerana padaNyalah berhimpun segala cinta yang ada.
Sekian.

:: Hati-hati memberi hati pada manusia,tapi tiada hati-hati dalam memberi hati padaNYA ::
exactly..
Assalamualaikum,
Syabas dan tahniah ustaz.
Saya suka membaca artikel yang terdapat dalam
website ustaz,amat bermanfaat.
Teruskan menulis,
sampaikan salam saya kepada zaujah ustaz,kak aisyah.
wassalam.
wslm. insyaAllah, semoga terus diberi kekuatan utk sy menulis.
insyaAllah..
hanya ALLAH yang menjadikan sesuatu itu pasti meskipun hati manusia kdgkala terasa sangsi..kerana Allah pemilik hati hambaNYA ini..
nice artikel!mabruk ustaz..smga ustaz dan zaujah sentiasa dipelihara Allah..amin
terima kasih atas doanya
salam ust..minta pendapat..
apa pndangan ust SEbAGAI seorang LELAKI jika ada wanita yg meluahkn rasa sukanya kpd si lelaki TETAPI tidak mengharapkan apa2 balasan (x de niat nak couple)..tujuannya hanya untuk melepaskan dirinya dari beban yg ditanggung akibat SUKA SECARA DIAM2..dgn meluahkan rasa sukanya itu juga dpt membebaskan si wanita dari terlalu mengharap dan BERSEDIA untuk menerima KEHADIRAN org lain di masa akan datang..mohon penjelasan ust..(^__^)
wslm. kalau nak meluahkan, tidak semestinya dgn cara direct kepada si lelaki. ada risiko juga benda2 macam ni. lebih baik, guna org tengah utk sampaikan hasrat hati. kalay terbukti si lelaki x ada hati atau dah berpunya, anggap saja anda berlepas diri dan hasrat anda sudah disampaikan. sebaiknya, biaarlah si lelaki tidak kenal dgn wanita tersebut bg menjaga aib si wanita