Wanita, Bersediakah Anda Menjadi Penyejuk Mata?

credit : wikihow.com

credit : wikihow.com

” Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa.”
Ya. Penyejuk mata. Suatu perkara yang tidak pernah kita lupa untuk pohon setiap kali kita menadah tangan berdoa. Kenapa Allah ta’ala suruh kita minta penyejuk mata? Sebabnya, itulah yang bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan nanti.
Bagaimana kalau nantinya ada isteri, tetapi seringkali menyakitkan hati kita, raut wajahnya langsung tidak mendamaikan kita, tingkah lakunya ada sahaja yang tidak kena di mata kita. Adakah kita akan bahagia? Bagaimana pula kalau nantinya ada anak. Comel-comel belaka. Tetapi wujudnya mereka begitu menyusahkan kita, sikap mereka kerapkali melukakan hati kita, kedegilan mereka selalu sahaja membuatkan kita hilang sabar dan sakit hati sentiasa. Adakah kita beroleh ketenangan?
Tentu sekali tidak.
Lantas, kita dianjurkan supaya berdoa. Minta supaya Allah beri pasangan yang mendamaikan hati dan perasaan kita, serta zuriat yang boleh menjadi penyejuk mata kita. Mudah-mudahan, Allah makbulkan doa dan permintaan kita.
Suatu lontaran untuk para wanita hari ini, khususnya yang belum berumahtangga.
Sedarkah anda , bahawa bakal teman hidup anda setiap hari berdoa supaya anda menjadi penyejuk mata mereka? Sedarkah anda, bahawa mereka tidak pernah melupakan anda dalam setiap doa mereka?
Tidak. Saya tidak maksudkan anda mengenali mereka atau mereka mengenali anda.
Tetapi hakikatnya, mereka mendoakan anda yang bakal hadir dalam hidup mereka suatu ketika nanti. Sayangnya, anda mungkin terlupa lantaran anda tidak kenal siapa mereka. Kerana itu juga, anda kurang mengambil berat tentang persediaan anda untuk menjadi penyejuk mata mereka.
Penyejuk mata?
Sungguh, ia bukan tugas yang mudah. Kalau anda fikir ia akan berhasil dengan anda berhias diri, memakai wangian dan berbaju cantik di hadapan mereka setiap hari, sesungguhnya anda silap sama sekali. Anda harus sedar, ramai sekali golongan cantik dan menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada suami mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka berakhir dengan perceraian. Semoga dijauhkan Allah.
Menjadi penyejuk mata suami, prosesnya bermula hari ini.
Tilik kembali diri anda. Zahiriah dan batiniah. Kedua-duanya.
Pertama sekali, bagaimana hubungan anda dengan Allah? Solat wajib dan sunat. Bacaan Al-Quran. Zikir munajat. Selawat serta amalan-amalan yang lain. Berapa peratus yang telah anda capai dan lakukan secara istiqamah? Tahukah anda, faktor paling besar yang menentukan samada anda berjaya atau tidak menjadi penyejuk mata suami adalah ; cemerlang atau tidak hubungan anda dengan Allah? Justeru, perbaiki dari sekarang.
Kedua, sikap dan perangai. Carilah seorang kawan yang jujur dan yang anda kira agak rapat serta kenal dengan anda. Sekiranya anda yakin akan kejujurannya, minta pandangannya tentang diri anda, terutama tentang sikap dan perangai. Jika anda dapati diri anda masih dibelenggu sikap meninggi diri, degil, ego yang tinggi, kurang rasa hormat pada orang, suka mengumpat, pemalas dan seribu satu sikap negatif yang lain, maka perkara pertama yang wajib anda buat adalah ; kikis sedaya upaya semua sikap tersebut dari terus melekat dalam diri anda. Percayalah, ia antara faktor yang bakal menggagalkan anda dari menjadi penyejuk mata suami.
Ketiga, lihat balik luaran diri anda. Khususnya pemakaian. Sempurnakah anda dalam menutup aurat? Jika masih selesa bertudung ringkas, berbaju t-shirt lengan sekerat dan berseluar jeans separa ketat, maka percayalah anda bakal bertemu kegagalan. Itupun sekiranya anda mempunyai hasrat untuk bergelar penyejuk mata suami.
Tidak, ini bukan soal suami anda islamik atau tidak, mengambil berat semua perkara itu atau tidak. Ia adalah soal Si Pemberi Ketenangan, iaitu Allah. Kalau Dia tak bagi, siapa lagi yang boleh bagi?
Mudahnya begini. Doa itu kan permintaan kita dengan Allah. Contohnya, kita minta supaya Allah terangkan hati kita supaya mudah belajar. Tetapi kita tidak berhenti dari tabiat suka minum arak. Mana mungkin Allah akan berikan ketenangan itu pada hati kita yang gelap?
Sama juga. Suami minta pada Allah, berikan dia penyejuk mata supaya dia beroleh tenang dalam hidup. Tetapi kita pula melazimi maksiat dan penderhakaan kepada Allah. Aurat kita terdedah setiap hari. Akhlak kita langsung tiada ciri isteri mithali. Hubungan kita dengan Allah lompong di sana sini. Lantas, adakah kita layak untuk menduduki tempat ‘penyejuk mata’ tersebut? Bagaimana pula kita yang jauh dari Tuhan, boleh menjadi penyejuk mata manusia?
Sekadar lontaran buat kaum hawa. Ramai di antara anda mahu menjadi isteri solehah suatu ketika nanti. Tetapi usaha ke arah itu masih lemah. Perbaikilah dari sekarang. Bisikkan ke dalam hati anda setiap hari, bahawa anda bakal menjadi penyejuk mata kepada seorang lelaki yang baik suatu ketika nanti. Lelaki itu pula setiap masa mendoakan anda supaya berjaya menjadi penyejuk mata mereka suatu masa nanti. Besar harapan mereka, sanggupkah anda hancurkan begitu sahaja?
Jadi mulai hari ini, berusahalah untuk menjadi penyejuk mata suami. Sebenarnya, andai anda mampu melaksanakan langkah pertama yang saya sebut di atas ; iaitu memperbaiki hubungan anda dengan Allah, maka anda sebenarnya telah berjaya melepasi separuh masa pertama piala kemenangan untuk bergelar isteri solehah – penyejuk mata suami.
Justeru, selamat berjaya, wahai para penyejuk mata!
Sekian.

About Ahmad Syafiq

Gemar menulis dalam bidang motivasi dan keremajaan. Mula berkarya melalui penulisan blog seawal tahun 2007. Graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah ( Fiqh dan Usul al-Fiqh ) dari Universiti Yarmouk, Jordan.

33 comments

  1. Assalamualaikum ustaz
    baru2 ini kita timbul isu kelab isteri patuh di Malaysia

    mohon pandangan ustaz ye

  2. saya mahu jadi penyejuk mata utk suami..InsyaAllah..=)bagus tips yang diberikan..memberi motivasi kepada saya untuk terus perbaiki diri ke arah yang lebih baik…semoga saya salah seorang yang bakal menjadi penyejuk mata zauj…

  3. wslm

    sedang diteliti. insyaAllah.

    anon :

    mudah2an, berjaya.

  4. saya pun nak jadi penyejuk mata suami suatu hari nanti….Insyaallah, moga diri diberi kekuatan untuk berusaha mentarbiah hati dan diri

  5. InsyaAllah..
    nama Qurratul a'yun bakal menjadi pilihan buat anak buah =)
    Penyejuk mata.plam

  6. SubhanaAllah.syukran ats pkongsian ini.sbagaimana kita yg bakal isteri mjadi penyejuk mata suami,hrpnye suami juga begitu.erm tp nk minta pndgn,bgimana yg dikatakan suami pyejuk mata isteri?(ada ke sbnrnye istilah ni?)atau hnya utk isteri?sy mcm rs ade,cuma nak kepastian shj n pencerahan minda.

  7. saya suka baca post ustaz..

    wanita solehah adalah penyejuk hati

    Maksud sebenar "Lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal"
    ► Play. ▌▌Pause.

  8. cik kompas :

    itulah harapan setiap bakal isteri. semoga anda berjaya..insyaAllah :)

    nurliyana :

    alhamdulillah..semoga benar2 menjadi penyejuk mata keluarganya..amin

    mujahidahputeri :

    hakikatnya, mawaddah dan sakinah tak kan wujud dalam rumahtangga tanpa timbal balas dari kedua2 pihak. entri ini tidak sepatutnya dtafsirkan secara berat sebelah, kerana suami soleh yg mgharap isteri solehah penyejuk mata, seharusnya terlebih dahulu menyediakan dirinya sebagai penyejuk mata isteri dan anak2nya. sudah tentu suami yg jauh dari Tuhan, buruk akhlak dan sahsiah bukan suami yg menjadi penyejuk mata isteri. kesimpulannya, sama sahaja suami dan isteri dalam bab tersebut.

    Fariz danial :

    terima kasih.

  9. “Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama”

    Doa & terus berdoa..usaha & terus berusaha.

    Syukran atas perkongsian, ustaz.

  10. Anisatul Qalbi :

    amin ya rabbal 'alamin

  11. diriku ibarat muallaf
    yg seperti baru tahu mengenai islam
    tapi tidak layak ku bergelar muallaf..
    kerana diri mereka seperti bayi yg baru lahir…bersih dr dosa
    sedangkan diriku penuh dgn dosa silam..
    adakah layak aku menjadi wanita solehah????

    • Nabi SAW cakap,”orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak berdosa”

      jadi, muslim yang bertaubat nasuh dari dosa2nya juga adalah seperti bayi yang baru lahir sepertimana seorang muallaf.

  12. Setiap manusia berhak untuk menjadi yang terbaik demi untuk mendapatkan yang terbaik…Terima kasih atas buah fikiran yang sangat bermanfaat…syukran ustaz

  13. salam ziarah..minta izin utk copy ya..syukron jazilan..

  14. Muhammad Taqiuddin

    Salam akhi al mahbub, tahniah atas tulisan dan semoga terus thabat didoakan.

    Ingin berkongsi cerita. (”,)

    -Suami seorang yang cukup penyabar dan cool, sabar dengan karenah anak dan isteri, seorang yang bertanggungjawab, berusaha keras mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak,dan lain-lain yang baik-baik belaka iAllah.

    – Cuma kekurangannya ialah GAGAL dalam solat, iaitu tidak menjaga kewajiban solat. Begitu juga puasa dan zakat.

    – Isterinya seorang yang solehah, taat suami, menjaga maruah diri,anak-anak dan suami, cukup solat serta puasanya.

    * Ana yakin ramai di luar sana yang salah seorangnya, sama ada pihak suami atau isteri tergolong dalam golongan ni ( baik semuanya,tapi GAGAL dalam menunai rukun islam ). Di satu keadaan, sang suami seorang yang jaga solatnya,puasanya,zakatnya,tapi seorang panas baran,marah menyumpah anak-anak dan isteri, pukul anak secara keterlaluan, kasar dengan isteri dsb.

    * Harap perkongsian ustaz dalam hal ni.

  15. sejuuk hati baca ^___^

  16. salam..

    bukan senang nak jadi penyejuk mata…

    jadi kena berusaha wahai kaum hawaku :)

  17. InshaAllah ingin berusaha ke arah mnjadi penyejuk mata suami! bermula drpd hri ini ye. walaupon diri ini msih mude. hehe. tp kte kne mule dr skrg kn? Doakan diberi kekuatan dan berterusan selamenye. huhu.=)

  18. MissYna Lyana

    ingin sekali jadi penyejuk mata..
    Ya Allah.. aku ingin berubah…

  19. jadilah peti ais.
    bkn mata saja,satu badan boleh disejukkannya..

  20. Indahnya nukilan saudara.. isteri penyejuk mata.. terharu bace.

  21. Subhanallah. mohon copy ustaz :j

  22. tulisan yang menarik. bagaimana ya ustaz, ketika masih belum berkahwin, kita mempunyai banyak masa untuk beribadah kepada Allah, seperti membaca Quran, menghadiri kelas agama, bangun solat malam, membantu ibubapa. Namun, setelah bergelar isteri dan ibu, tanggungjawab menguruskan hal anak-anak dan rumahtangga terlalu banyak sehingga meluangkan masa untuk membaca doa selepas solat fardhu pun tidak sempat.

  23. mohon share ustaz :)

  24. Terharu membaca. Hati terasa ingin berubah, InsyaAllah
    Maksud nama saya : Cahaya Penyejuk Mata
    Semoga saya juga boleh menjadi penyejuk mata buat keluarga, insyaAllah.
    Moga juga diberi kemudahan.. Amin.. Terima kasih berkongsi.

  25. semoga sy mnjadi penyejuk mata d mata bakal suami sy nnti…Mudah-mudahan :=))

  26. salam..mohon share ustz

  27. assalamualaikum..mohon share dan d sebarkan untuk bakal penyejuk mata d luar sana ye.. :)

Scroll To Top