
sumber : google
Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik. Tetapi benarkah cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pentas rumahtangga nanti? Artikel ini cuba merungkai citarasa dan nilaian kaum lelaki terhadap kecantikan.
Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Seorang yang mahu memilih perhiasan rumah, pasti akan dicari yang cantik. Pakaian juga begitu, nilainya pada cantik. Makin cantik, makin tinggi harganya.
Dalam bab memilih pasangan, cantik memang dianggap sebagai nilai utama. Bahkan terdapat amalan dalam sesetengah masyarakat, semakin cantik si gadis maka semakin tinggi harga mahar dan hantarannya.
Tetapi awas.
Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur.
Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.
Maka si cantik yang hanya bermodalkan cantik, bakal tersepit apabila semakin lama menjadi ahli kepada dunia rumahtangga.
Kalau sebelum berkahwin, rengekan manjanya sudah cukup menjadikan si lelaki mengalah, selepas berkahwin mungkin tidak lagi. Kalau sebelum berkahwin, berlagak comel itu dilihat sebagai comel, selepas berkahwin ia mungkin lebih ditafsirkan sebagai mengada-ngada.
Jangan salah faham. Ia sama sekali bukan disebabkan oleh faktor bosan, jemu dan yang sewaktu dengannya.
Ia soal praktikal. Soal realiti. Soal tindakan, bukan teori.
Selepas berkahwin, cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada kecantikan fizikal atau luaran seorang isteri. Anda berdandanlah sehebat mana sekalipun, jika anda gagal menyelami perasaan sang suami, pada dia anda tiada erti.
Semburlah perfume sebanyak mana sekalipun ke tubuh anda, jika anda tidak pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami, anda seolah tiada erti.
Kerana apa?
Kerana mereka menganggap isteri mereka sebagai teman, kawan dan orang yang sama-sama berperanan. Bukan model. Bukan ratu. Bukan permaisuri.
Tetapi anda mungkin beruntung jika takdirnya anda bersuamikan lelaki yang tahap sabarnya luar biasa. Mungkin pada satu tilikan, ia kelihatan seperti ‘kesabaran’ yang luar biasa. Tetapi pada tilikan yang lain, dia sebenarnya mungkin malas melayan sikap negatif anda, atau sentiasa mengalah walaupun tidak suka dengan perangai anda. Mungkin untuk jangka masa pendek, ia kelihatan ok. Tetapi untuk jangka masa panjang, perlu juga disedari bahawa pasangan anda itu manusia dan bukannya malaikat.
CANTIK
Saya bercakap tentang segelintir wanita yang suka menjadikan kecantikan mereka sebagai modal untuk bahagia. Maka saya katakan tidak.
Besar mana sangatlah nilai cantik itu dalam rumahtangga?
Malanglah kalau seorang gadis tidak kisah dengan kekemasan dirinya, kekemasan tempat tinggalnya, kemahiran membuat kerja rumahnya, kemalasan yang berakar umbi dalam dirinya dan segala perangai negatif yang lain, dengan beranggapan bahawa dia cantik, dan dia akan bahagia. Dia akan beroleh suami yang sayangkan dia dan tidak kisah dengan sikap negatif yang ada padanya.
Saya katakan bahawa wanita sedemikian adalah wanita yang malang.
Cuba anda lihat contoh. Seorang suami yang pulang dari kerja dalam kepenatan, dia bukan hanya mahukan senyuman anda di muka pintu, atau segelas air yang anda hulurkan. Dia mahukan anda memahami dirinya. Ada banyak cara lelaki minta difahami. Antaranya adalah dengan tidak menambahkan kepenatannya dengan soalan-soalan bodoh atau kerenah-kerenah yang menyakitkan hati.
Tetapi bayangkan, kalau seorang isteri yang hanya cantik tetapi tidak cerdik dan tidak matang. Suami pulang disambut dengan senyuman menawan, pakaian cantik dan wangi semerbak. Tetapi belumpun sempat suami duduk di sofa, mulutnya sudah berceloteh itu dan ini. Katakan sebelum suami pulang tadi, ada berita buruk yang diterima atau ada masalah yang berlaku. Masa itu juga lah semuanya diluahkan pada sang suami, yang masih terkial-kial menghilangkan penat.
Dalam situasi tersebut, pertengkaran mungkin terjadi. Waktu itu, dia tidak kisah pun walau anda secantik bidadari.
Situasi yang lain. Suami seorang yang aktif, suka berfikir, banyak idea dan gemar berhujah. Suami sukakan percambahan idea dan mahukan teman berfikir yang matang. Bagaimana jika isteri hanya cantik, tetapi setiap lontaran suami tidak bersambut? Suami bercakap tentang perancangan keluarga, isteri hanya mengangguk dan mengiyakan. Suami bercakap tentang strategi kewangan keluarga, isteri hanya mengikut dan mengiyakan.
Lama kelamaan, pertengkaran boleh berlaku. Dan waktu itu juga, cantik tiada makna.
MATANG
Percayalah, seorang suami memang mahukan yang cantik sebagai pasangan, tetapi hakikatnya dia LEBIH perlukan yang matang sebagai teman.
Maka pokoknya di sini bukanlah pada anda itu cantik atau tidak cantik. Apa yang lebih utama adalah pembentukan diri, sifat dan sikap anda dalam menuju ke alam rumahtangga. Buanglah sifat negatif yang anda dan berusahalah membentuk kematangan dalam diri.
Cuba belajar bertolak ansur dengan housemate atau roomate anda, kerana itu suatu latihan untuk anda bertolak ansur dengan pasangan anda nanti. Cuba belajar mengurus diri dengan teratur dan mengurus rumah atau bilik anda dengan konsisten, kerana itu juga suatu latihan untuk melengkapi kebahagiaan anda suatu hari nanti.
Belajar dan terus belajar. Jangan selesa dengan kecantikan dan paras rupa, sehingga anda bodoh sombong untuk belajar dan terus ego untuk berubah. Kelak, anda sukar untuk bahagia.
Justeru, artikel ini mengajak anda yang mungkin berada dalam situasi di atas, atau mengenali rakan-rakan yang sedang berada dalam kemelut di atas, supaya sama-sama kita sedar. Lebih-lebih lagi wanita, kebersihan diri dan tempat tinggal sebelum berkahwin perlu dititikberatkan.
Ingat, anda akan beralih kepada sebuah kehidupan yang sungguh praktikal, bukan teori yang mengasyikkan!
sekian.

salam ustaz
asenye dh dgr dulu ceramah ni sbelum di post ke blog..bila baca2 je..eh..mcm dh prnh dgr..hehe..secara live pulak tu..keh3
~cantik bukan nilai utama,yg penting syakhsiah atau dalaman perempuan tu sendiri~
wslm. takpe, sebar2kan dalam tulisan pula utk manfaat yang lebih ramai
Alhamdulillah…kakak selalu titik beratkan hal2 macam tu dalam rumah tangga, paling utama kita harus kikis sifat malas yg ada dalam diri, terima kasih untuk peringatan ini, kita manusia biasa yg selalu alpa, dengan hal2 yg kita anggap kecil kan
betul. sifat malas virus dalam rumahtangga.. peringatan utk saya juga.
sy sgt bersetuju dgn pandagan penulis…kecantikan abadi dan hakiki bukanlah terletak pada wajah dan rupa paras yang anggun dan jelita semata-mata, tetapi akhlak dan peribadi yang luhur yang mnjadikan wanita itu smkin brtmbh seri cantiknya…entry mnjadi ‘cantik’ secara keseluruhan pd nilaian seorg lelaki ini sgt brmanfaat, smoga dpt diamalkan oleh smua kaum Hawa, insya ALLAH… (^^,)
insyaAllah. mudah2an
salam…
yang penting akhlak..
wslm. tepat skali
salam,
thanks akhi 4 article y banyak memberi pengajaran n hikmah
bg saya cantik tu subjektif
jika cantik itu wajib cantik dalam n luar
dan perlu ingat bahagia ke cantik tu???
kerana org cantik biasanya banyak masalah dan berada dlm ketakutan ….
wslm.
cantik luaran itu xwajib, tapi kurniaan Allah dan boleh dikira sbg bonus. tapi perlu diingat, ia bukan satu2nya faktor utk pasangan jadi bahagia.
cantik dalaman itu yang wajib. cantik hati, akhlak, peribadi. jaga lisan, jaga perbuatan. baru suami btambah sayang.
tak semua orang cantik banyak masalah, orang xcantik pun ada banyak masalah. tp itu bukan fokus utama entri ini.
Allahuakbar.. moga isteri idaman tu muncul.. Amennn
insyaAllah. isteri idamanmu akan muncul jua…:D
doakan yerk abi.. :p
cantik tu pelbagai aspek…
Tp suami juga perlu mainkan peranan, jika hanya isteri shj yg nak cantik luar dan dalam. Tp suami tak hensem luar dan dalam x adil juga kan. . . . Suami n isteri must top up each other. .
entri ini ditujukan kepada wanita, dgn tidak mengecualikan lelaki..kedua2nya perlu sama berusaha..
alhamdulillah,bagus sekali post ini.terima kasih tuan penulis..
sama2. moga bermanfaat
minta kebenaran copy n share kt group..
silakan.
ustaz,doakan kami berdua bahagia dan saling xmalas dlm menguruskan kehidupan kami bersama..
malas tu biasa lah, ada ketikanya datang menguji. yang penting, duk berdua tu saling ingat mengingatkan. akan datang, nak duduk ‘berdua’ versi lain pula..
Asslamu’alaikum, Wanita..pertahankan rasa malu… MasyaAllah!
Allah Akbar.
sy suke dgn cara penyampaian anda.. Terang dan jelas.. Dan sy lg suke jika wanita yg mbacanya faham dan mgamalkn nya sprti cara dan pmikiran di atas.. ^_^ smoga Allah mberkati waktu usia kita hdknya.. Amin
harapnya begitu lah
as salam…mohon share entry
silakan
Saya pernah pergi ceramah untuk Isteri dan Para Ibu anjuran IKRAM, walaupun saya tak kahwin lagi. Tapi ceramah tu sangat memberi makna dan memang bagus.
Intipati ceramah tu memang menitik beratkan para isteri dan ibu ni occupied dengan ilmu rumah tangga, ilmu agama dan ilmu mendidik. Memanglah kalau tengok artikel, program ceramah TV, banyak dok cerita suruh kita kaum pompuan sahaja jadi Isteri Mithali, Isteri Taat, Isteri itu dan Ini, Isteri 5Star. Tapi, tak de pon program tv untuk Suami Mithali, jika ada pun ciput aje kot. Xpernah saya come across lagi.
Oh, by the way! Cuma nak share dengan para wanita…. ceramah tu memberi idea kepada saya.
Kita sebagai wanita ni, isteri dan para ibu, adalah serikandi keluarga kita, serikandi negara, sebab kitalah yang bakal melahirkan para mujahidin semua. Seorang Ibu sangatlah tinggi nilainya kerana dia boleh multiktasking – kerja rumah, kerja ofis, jaga anak , makan pakai, jaga suami.
Dalam ceramah tu, ia mendidik hati dan pendapat saya, bila kita dah kahwin nanti, kita buat semuanya ikhlas kerana Allah. Fikir kita jalankan tanggungjawab ni , sebab Allah suruh. Jaga makan minum suami, didik anak2 dengan baik,jaga rumah dan harta (seafdalnya dilakukan suami isteri ~, bukan isteri jek). Fikir kita hidup di dunia ni nk cari redha Allah. Kena didik hati kita camtu. Jangan selalu tak puas hati dengan suami.
Bila dah kawen ni, menjadi seorang isteri dah macam token emas kita nak ke syurga kalau kita taat pada suami, wat apa Allah suruh. Apa2 pun, hidup berkeluarga ni memang kena ada asas yg kuat dalam agama. Kalau xde, memang susahlah nak create happiness berlandaskan shariah tu.
Apa-apa pun, wanita dan lelaki, sebelum plan nak kahwin tu, fikir bebetul hati dah ready ke nak pikul tanggungjawab dan amanah Allah. Isteri dan anak amanah Allah untuk lelaki. Sebelum kahwin, pertingkatkan nilai diri kita dengan ilmu2 yang sepatutnya. Kahwin bukan sekadar nak elak zina aje, 90% perkara rumah tangga tu adalah komitmen lain2 dan macam2 lagi .
Apa-apa pun, kepada isteri atau yang dah jadi suami, ikhlaskan hati dalam melayari rumah tangga. Binalah kebahagiaan , bukan mencari kebahagiaan. =)
Allah Lebih Tahu apa yang terbaik untuk kita.
terima kasih aisya atas perkongsian pendapat ini. moga sampai kepada kaum hawa di luar sana. insyaAllah
assalam ust,mudah-mudahan semuanya dipermudahkn oleh Allah. laman web yg rigks dn mudah dipahami.sy suka sgt2… wlupn bgtu sy ade 1 soklan,mcm mne nk ubah prangai kwn yg culas tntg kebersihan diri dan tempat tinggal ni?? sy dh berkali-kali tegur dye,dye paham dan mengerti je cume mgkn tabiat dye dh mnjdi kbiasaan mcm tu. sy sbgai kwn kasihan jgk kt dye sbb sllu dipandang serong oleh kwn-kwn yang lain dn sllu dipinggirkn. mtk maaf pnjg sangat (rujuk situasi sbenar)
wslm.
perangai dan sikap mmg susah nak diubah, apatah lagi kalau dah jadi buluh. kadang2, teguran direct sukar mencetus insaf. gunakan cara yang lebih kreatif. ajak ziarah bilik/rumah sahabat2 yang jenis kemas,jaga kebersihan bilik dsbg.itu boleh jadi ‘teguran’ scara xlangsung. selitkan cerita2 ttg kawan2 atau orang2 yang mengagumkan dari segi kekemasan. lakukan scara xlangsung semasa berbual. dari segi kebersihan diri pula, kalau jenis bau badan, cuba hadiahkan dia perfume. kalau jenis serabai,. cuba skali skala ironkan baju dia n cakap ‘hadiah’. banyak lagi, boleh manfaatkan kretiviti yg ada
salam ustaz.. post ni mmng menarik, sbb mmng kebanyakan perempuan pikir yg kecantikan tu dah cukup untuk suami.. tapi, ini bagi pihak perempuan, mcm mana pula bagi pihak lelaki? mmng la ‘cantik’ bukan aspek untuk lelaki, tetapi apa pula perkara yang perlu lelaki tahu untuk menawan hati isteri mereka?
mohon pandangan ustaz..
wslm.
menarik soalan saudara tu. sebenarnya lelaki juga perlu ‘cantik’ kerana dia bukan sahaja perlu ‘menawan’ bahkan perlu memimpin. insyaAllah saya tuliskan satu artikel nanti
nice
susah jugak kawin ni ye^^
Saya rasa mcm2 mane pon, orang tetap nak yang cantik jugak. Bagi saya kalau ade yang kata rupa paras tak penting, yg penting akhlak, saya rase tu sume tipu. Setakat nak menyedaokan hati org yg tak cantik je. Haha.. Manusia ni mcm2 mane pun fitrah die pandang yg cantik jugak, even perangai hodoh pon, tp org cantik ni otomatik ade satu selaput yg menghalalkan oerbuatan hodoh die, sebabnye.. Die cantik.
Drpd penciptaan adam lagi anak die dah bebunuh2 nak yg cantik instead of redha je si qabil kene kawin dgn adik die yg hodoh, mmg nmpk sgt la manusia ni carik yg cantik. Kalau di bagi 2 pilihan, 1 muka cantik dan berakhlak baik dan 1 tak bape cun dan berakhlak baik, i think many would go for the 1st option. Saya rasa penting je cantik fizikal ni, lelaki balik keje kalau tgk bini hidang air tapi baju beserabai pon tak de selera jugak laki mandang.
Ok, salam
lumrahnya memang begitu, tapi perlu diajak supaya membezakan antara kehendak dan keperluan. kadang2 bila xseimbang itu yg bermasalah.
pertama kali jumpa kaum hawa yg ‘positif’ isu ni
hakikat dunia memang begitu..pd pandangan sy, org yg kekurangan paras rupa sngt beruntung, kerana dia mungkin sukar bertemu dgn seseorang ntuk dijadikan teman hidup, tetapi sekali jumpa terus dapat yang betul..insya Allah..sebab kebiasaannya org yg cantik itu pula selalu dipikat dan dimahukan, malangnya mereka akan gagal menilai siapa yg ikhlas, jujur, baik dn akhirnya tersalah buat pilihan dan kecundang di tengah jalan..sy pernah mendapat kawan yg kecewa setelah jatuh hati dgn seseorang, tetapi ketika bertemu dia membawa seorang kawan yg cantik lalu lelaki itu asyik bertanya padanya ttg kawan yg menemani pertemuan tersebut..lalu dia kecewa..sedangkan pd sy dia beruntung kerana pertemuan pertama sudah menampakkan perangai sebenar lelaki itu..bayangkan situasi sebaliknya terjadi pd perempuan yg cantik, pertemuan tersebut membuahkan pula pertemuan seterusnya dn membuka ruang kpd syaitan untuk menggoda ke arah dosa dan maksiat..kasihan wanita cantik kn…
(sekadar pandangan, jika salah harap ditegur :> )
situasi yang memang sering terjadi. namun hakikatnya, cantik itu ujian dan kurang cantik, juga ujian. meski kondisinya berbeza-beza.
prkgsian yg bgus..yg pntg adlh alh akhlak wanita..bkn skdr rupe..dn eprlu ade nilai tmbh lain spt brtolk ansur, pandai mjgaa hati dn memahami.walpn begitu, dlm rumh tgaa, bukn wanita shja yg prpranann utunk memahami , brtolk ansur, tp lsuami juga perlu brperann yg same..perlu serasi, sbar dn memahami..walapun hensm pd rupe..syukran..walsm
dlm soal kbrsihn rumh , megems rumah dn seumpamanya bg sy, permpuan mgkn perlu blajar dr awal tg kemhiran in..tp lelaki juga prlu.memiliki kemhiran yg same
..ade kes dimana,,isteri sudh pndai dn punye kmhiran mngemas rumah, dn sbginya..tp suami pula jnis yg berselerak..tak mtang ..rumhtnga akn timbul mslh juga..bg sy, nilai tmbh spt kmhiran mngms, mgurus rumah, jug pelu ade dlm diri suami,,sbg pmbntu buat istri trtama istri yg brkrjaya……pokoknye, ciri ciri hensem pd suami juga prlu ditikbertkan..same spt persoaln cantik seorg wanita tadi..
bg sya laki yg menilai cantik skdr cantik tu..mgla tkde otak ^^
smmgnya skar u nafikan kcantikan adalah prkara utama yg mnjadi nilaian kaum adam. bahkan, mreka (llaki) dlahirkan dgn fitrah sbgitu.. pernah trbaca artikal berkenaan dgn kajian trhadap llaki, mereka mmpu u jtuh cnta dlm masa 1 min n lupakan. sdah mnjadi lumrah llaki, n mereka dbri ujian oleh Allah dgn makhluk yg dnamakn wanita. usah kita pertikaikan kstiaan seorg llaki, krana mreka ada nilaian merka sndri thadp calon plihan mreka.
kmatangan n akhlak adalh elemen pntg dlm mnjana kualiti ssbuah institusi kkluargaan. bgi2 jg, kcantikan itu subektif.. (xprlu u mrasakn dri xcntik, krana Allah mncipta kita dgn sbaik2 kjadian)
skdr pndgn~
cinta dppuk dgn rasa tggungjwb @ amanah Allah trhadap kluarga.. jaminan u trus bahgia hnya ALlah yg thu, n kita mmpu usahaknnya. pranan wanita sgt perlu dititikbratkan.. trkadang saling mnyalahkn ats klemahn dri mndtgkan kruntuhan rmahtangga. bina suasana @ biah dgn nilai2 yg positif mmpu mmaknakan ‘rumahku, syurgaku’..
nice
x tau nak cakap apa.. saja nak tinggalkan komen, doakan saya semoga jadi isteri solehah, penyejuk di mata, penawar di hati, penajam fikiran, di rumah isteri, di jalanan kawan..
saya berkeinginan untuk kahwin awal, krn saya mahukan anak yang ramai, yang soleh dan solehah, yang bakal menjadi pejuang agama Allah, insyaAllah.
doakan ya, syukran jazilan atas semua artikel tuan, banyak juga input yang saya dapat
Alhamdulillah
Ameen yg rabbal ‘alamin. terima kasih juga atas sokongan
Salam, cantik itu subjektif. ramai wanita yg mngejar kecantikan luaran, tergila-gilakan kecantikan smentara hingga sggup menggadai hukum agama…really nice sharing, smoga pembaca dpt membuka mata, terjentik minda =)
Mohon share yer.. =)
saya nak mintak share.. boleh eak.. terima kasih