Memperkenalkan Teknik Al-Baghdadi

Published on: May 16 2010 by myilham.com

oleh : hafizquran

Tengahari tadi telah berakhir Kursus Perunding Teknik Al-Baghdadi anjuran Syihab Resources Sdn Bhd yang telah diadakan selama dua hari di Kolej Pendeta Za’ba, UKM. Alhamdulillah , sejak mengenali teknik ini dari tahun lepas , saya bersyukur kerana terus berpeluang untuk mengenal lebih mendalam teknik serta pendekatan yang nyata berbeza dengan teknik2 yang lain.

Pengasas Teknik Al-Baghdadi ini adalah Ustaz Jalaluddin bin Hasanuddin. Lebih lanjut di sini.

Saya berkecimpung dalam bidang Al-Quran secara khusus sejak lebih 9 tahun yang lalu. Apa yang saya dapati, kebanyakan pengajar Al-Quran tidak mementingkan kaedah atau teknik yang betul dalam mengajar Al-Quran. Sebagai contoh, situasi seorang pelajar yang sudah lebih 2 tahun mengaji tetapi masih berada di Iqra’ 4. Seorang pelajar masih gagal membezakan ‘panjang-pendek’ walaupun sudah bertahun2 mengaji Al-Quran. Sedar atau tidak, situasi tadi adalah normal dalam masyarakat kita sejak bertahun2 lamanya.

Apabila ditanya asbab kegagalan, kelemahan, kelewatan dan sebagainya, apa yang sering dijawab adalah ‘ pelajar malas ‘, ‘pelajar suka ponteng’ dan berbagai2 lagi jawapan yang dijadikan alasan. Saya tidak menafikan alasan2 itu ada yang betul dan benar dengan sesetengah situasi, tetapi dalam banyak2 situasi, pengajar suka menyorok kelemahan mereka apabila gagal mengetengahkan sesuatu kaedah atau teknik yang senang faham,mudah praktik dan berkesan dalam proses pengajaran mereka.

Apa dia Teknik Al-Baghdadi? Apa keistimewaannya?

Secara ringkas saya nyatakan, teknik al-baghdadi ini bolehlah dianggap sebagai satu alternatif baru kepada pelbagai kaedah dan teknik sedia ada. Saya sudah beberapa kali bermunaqasyah dan meminta penjelasan terperinci tentang teknik ini dengan pengasasnya, iaitu Ustaz Jalaluddin sendiri dan Alhamdulillah, saya cukup tertarik dengan pembawakan serta penjelasan yang diberikan. Itulah yang saya simpulkan, bahawa teknik al-baghdadi ini sangat2 sesuai untuk dijadikan alternatif terbaik dalam proses belajar dan mengajar Al-Quran.

Lebih daripada itu, mungkin apa yang saya boleh iktiraf sebagai keistimewaan teknik ini adalah apabila ia menggunakan ‘alat ketuk’ dengan pelbagai formulasi yang fleksibel. Kalau diajar kepada kanak2 , maka ia lebih hampir kepada ‘bermain sambil belajar’- tetapi sangat berkesan.

Sejak 2 bulan yang lepas, saya bersama sahabat saya , Abdul Khalil telah pun mengendalikan Kelab Al-Baghdadi sebagai tutor atau pembantu Ustaz Jalaluddin. Kelab Al-Baghdadi ini dibuka oleh Ustaz Jalaluddin secara khusus kepada golongan dewasa yang menghadapi masalah ‘ buta Al-Quran ‘. Alhamdulillah, ramai di antara mereka yang semakin mahir mengenal, membaca dan menyebut huruf serta kalimah2 Al-Quran dengan baik.

InsyaAllah, selagi mana sesuatu kaedah itu baik dan berkesan untuk membantu dalam proses mempelajari Al-Quran, maka saya yakin ia wajar diketengahkan kepada masyarakat. Beberapa testimoni yang diterima juga mengejutkan, antaranya adalah seorang kanak2 perempuan berusia 6 tahun di Kedah mampu membaca Al-Quran dengan baik selepas 22 hari menggunakan Teknik Al-bahgdadi ini. Alhamdulillah.

Bagi yang berminat untuk mengetahui tentang Teknik Al-baghdadi, ingin belajar atau menghantar anak2 anda untuk belajar , silalah berhubung dengan saya atau terus kepada Syihab Resources Sdn Bhd. Sekiranya anak2 anda atau anda sendiri sudah bertahun2 belajar Al-Quran tetapi sampai kini masih belum pandai juga, maka saya yakin, mungkin tindakan anda menghubungi kami adalah alternatif yang paling baik.

Sekian.

Us.Ahmad Syafiq bin Jusoh
Perunding Teknik Al-Baghdadi

nota : Rancangan tajaan Syihab Resouces – Teknik Al-Baghdadi yang dihadiri oleh Ustaz Jalaluddin juga bersiaran di Radio Ikim.fm. 






UPDATE :


SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA SAYA TIDAK LAGI AKTIF DENGAN TEKNIK AL-BAGHDADI MEMANDANGKAN SAYA SEDANG BERADA DI JORDAN KERANA MENYAMBUNG PENGAJIAN. JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENYERTAI , SILA LAWATI WEB INI : www.syihab2u.blogspot.com. INSYAALLAH SEGALA INFORMASI ADA DI SANA.


JIKA ANDA MAHU MENDAPATKAN PANDANGAN SAYA SEBAGAI PERUNDING TEKNIK AL-BAGHDADI BERKENAAN TEKNIK INI, SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA. INSYAALLAH AKAN DIBALAS KEMUDIAN. 


JAZAKUMULLAH KHAIRAL JAZAK.

Comments

comments

Filed under: peribadi

14 Comments to “Memperkenalkan Teknik Al-Baghdadi”

  1. student says:

    Tuan berada dimana ye?
    Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang ini.

  2. hafizquran says:

    ampang

    bminat sila hntarkn email ke blogtahfizulquran@yahoo.com

  3. kautharherbs says:

    salam…bagaimana cara utk saya mengetahui dgn lebih lanjut tntg kaedah ini? blh x sekiranya saya nk buat tuisyen al-quran menggunakan kaedah ini? kaedah ini juz utk golongan tua je ke? blh x digunakan utk kanak2?

  4. hafizquran says:

    wslm, boleh layari http://www.syihab.org , atau hantarkan email kepada saya

    boleh gunakan kaedah ini , tapi saudara kena hadir kursus asas dahulu, untuk mengetahui bagaimana caranya mggunakan kaedah al baghdadi ini

    kaedah ini mmg sgt sesuai utk kanak2, dan boleh dikatakan sasaran utama adalah kanak2 seawal usia 4 tahun ke atas

  5. The Slave says:

    klu kursus ni ada kt singapura sprti ape yg abg ckp sblm ni, bgs jge. teknik baghdadi ni nmpk menarik sgt. sesuai utk semua peringkat umur.

  6. hafizquran says:

    to anum

    baru ni masa kursus perunding , mmg ada wakil peserta yg datang dari s'pore. kami sempat buat networking. nanti abg send kan contact num ustaz tu kat anum ( fbook ), insyaAllah anum blh cntact dia utk kursus kat sana.

  7. Anonymous says:

    assalamualiakum…saya kne buat 1 assigment yang berkaitan dengan "persamaan dan perbezaan, kekuatan dan kelemahan serta perbandingan antara kaedah iqra' dan kaedah bgahdadiah"…sye perlukan penjelasan lanjut mengenai kaedah baghdadiah…

  8. hafizquran says:

    waalaikumussalam

    kalau perlukan penjelasan lanjut tentang teknik ni, elok kiranya aturkan pertemuan dengan perunding teknik albaghdadi sndiri, atau boleh kunjungi hq syihab di batu caves.

    insyaAllah boleh kita bermunaqasyah lebih lanjut.

  9. Anonymous says:

    syukran atas pendapat dr tuan hafizquran..sye ada jauh d labuan…sye dapat assigment nie 2 hari lepas dan akan kne submit 6hb june nie..rse nya x sempat nak jumpa dgn perunding…sye da cuba searc kat internet tp sye x dpt byk input mengenainya.terlalu sedikit..diharap pihak tuan dapat memberi penjelasan yg lebih jelas.syukran

  10. Anonymous says:

    Aslkum,
    dekat Asetaq Kedah siapa yg boleh sya hubungi?
    Emailkan maklumat ke jayidjiddan@gmail.com
    Terima kasih.

  11. amirul says:

    apa pandangan tuan jika ingin buka kelas ini di kawasan saya??? ada x video y boleh sy tonton ini…

    • myilham.com says:

      kawasan tuan di mana ye? bagus utk buka kelas lagi2 kalau di kawasan yg belum ada kelas al baghdadi ni. tp utk lebih lanjut, tuan boleh sertai kursus perunding anjuran shihab resources dan tuan boleh kembangkan teknik ini di tempat tuan. tentang video, ada kat blog rasmi al baghdadi. boleh ziarah di sana.

      • Abd rani bin abd aziz says:

        Saya Ada mendengar kaedah al babhdadi untuk di terapkan dalam pengajian al Quran dalam keluarga saya. Boleh ke saya mendapat maklumat pengajian di kawasan shah alam atau pj.

  12. izzwisya says:

    Assalamualaikum,

    Saya ingin mengetahui lebih lanjut kaedah al baghdadi ini untuk anak saya. Adakah sesuai untuk ank yg masuk 3tahun. Saya di negeri johor, dimana tempat yg boleh saya pelajari asas al baghdadi ini. mohon maklumat dari pihak tuan.

    Terima Kasih

Leave a Reply

*

*