Selamat Datang

Panduan Memilih Sekolah / Maahad Tahfiz

image from google

image from google

 
بسم الله الرحمن الرحيم
 
oleh : hafizquran
 
Ramai orang bertanya kepada saya dan tak kurang juga yang meminta saya memberi syor kepada mereka tentang sekolah tahfiz yang sesuai untuk menempatkan anak2 mereka. Saya pernah menulis tentang ini tetapi tidak diperincikan. Di sini ingin saya kongsikan beberapa panduan serta pandangan saya yang diharapkan dapat membantu anda dalam usaha memilih sekolah / madrasah tahfiz yang benar2 ideal.
 
Pertama : Kedudukan atau Geografi
 
Saya mencadangkan supaya anda memilih sekolah tahfiz yang kedudukannya agak jauh dari kesibukan kota. Misalnya di kawasan kampung atau sedikit pedalaman. Keadaan ini akan membantu anak2 anda memberi fokus yang lebih maksima dalam usaha mereka menghafaz Al-Quran.
 
Kedua : Latarbelakang
 
Apa yang saya maksudkan adalah latarbelakang sekolah atau madrasah tersebut. Sebaiknya carilah tempat yang lebih ‘veteran’ di mana telah banyak melahirkan huffaz yang berjaya. Tidak menjadi masalah jika lebih berminat kepada sekolah2 tahfiz yang lebih baru, namun sebaiknya selidiklah prestasi sekolah tersebut terlebih dahulu. Terutama sekali statistik bilangan huffaz yang berjaya dilahirkan saban tahun, juga statistik pelajar yang keluar masuk samada dibuang atau berhenti. Ini penting supaya anda tidak tersilap menghantar anak ke sekolah tahfiz yang tiada prestasi atau ‘mandom’.
 
Ketiga : Guru
 
Pilihlah sekolah tahfiz yang mempunyai guru tahfiz berpengalaman. Misalnya telah 10 atau 20 tahun mengajar tahfiz di sekolah tersebut. Sebuah sekolah yang mempunyai bilangan guru tetap lagi berpengalaman menunjukkan kecemerlangan serta iltizam sekolah yang tinggi dalam misi dan visi mereka. Elakkan dari sekolah tahfiz yang tidak mempunyai guru tahfiz berpengalaman, guru sementara, guru kerap berhenti, berkonflik dan sebagainya. Jangan biarkan anak anda menjadi mangsa apabila hafazan mereka terhenti di tengah jalan akibat guru bermasalah.
 
Keempat : Sistem
 
Saya sangat2 berbesar hati untuk mencadangkan kepada anda supaya memilih sekolah tahfiz yang mempunyai sistem pengajian yang baik. Sistem yang saya maksudkan adalah sistem tahfiz yang tersusun dan konsisten. Saya pernah menulis tentang fenomena sekolah tahfiz yang gemar bertukar sistem serta menjadikan pelajar2 mereka sebagai ‘bahan eksperimen’. Saya tetap bertegas mengatakan bahawa, sistem paling baik dan TERBAIK tetap adalah sistem tahfiz sepenuh masa. Madah lain seperti fardhu ain tetap perlu, tetapi hanya diperuntukkan masa yang sedikit. Sistem2 tahfiz bercampur akademik atau bercampur pondok rata2nya tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Dengan kata lain, kesannya tidak menyeluruh. Mungkin ada yang mampu, tetapi sebahagian kecil sahaja. Justeru, pilihlah sekolah tahfiz yang benar2 hardcore dalam bidang tahfiz jika anda mahu anak2 anda benar2 menjadi al-hafiz.
 
Kelima : Bi’ah Tarbiyyah
 
Terakhir, berilah keutamaan untuk memilih sekolah tahfiz yang mempunyai suasana mendidik atau bi’ah tarbiyyah yang baik. Saya percaya kebanyakan sekolah tahfiz – terutama yang veteran – sudah sebati dengan keadaan ini. Para pelajar dibiasakan berjubah , berserban, wajib solat berjemaah dan sebagainya. Ini penting bagi menjadikan jiwa anak2 anda terdidik dan lembut seterusnya memudahkan Al-Quran mendiami hati2 mereka. Sebaiknya, 40 hari pertama jangan benarkan mereka balik ke rumah. Biarkan mereka benar2 sebati dengan keadaan madrasah, InsyaAllah mereka akan lebih mudah melalui proses2 seterusnya.
 
Sekian perkongsian saya.
 
Wallahua’lam.
 
 
NOTE : Upgraded On 2 Jun 2011

About A. Syafiq Jusoh

A. Syafiq Jusoh merupakan pelajar tahun akhir Yarmouk University, Jordan dalam jurusan Syari'ah pengkhususan Fiqh dan Ushul al-Fiqh. Memulakan karier penulisan blog dari tahun 2007 sehingga sekarang. Merupakan penulis buku Manisnya Cinta Si Anak Muda terbitan Karya Bestari Sdn Bhd.

70 comments

  1. Assalamualaikum..

    Saya berhazrat memberikan pendidikan tahfiz kepada anak..persoalannya..mula dari berapa tahun anak ini perlu diberikan pendedahan terhadap pendidikan ini..

    Wassallam

    • Muhammad Azharuddin

      anak-anak mulai di didik membaca al-quran sejak usia dini atau umur 5 thn yg sudah bisa mengucapkan hurup arab dgn benar. klu sdh di biasakan sejak kecil, maka kebiasaan itu akan jadi adat yg akan terbawa sampai besar.Usahakanlah anak menghapal ayat2 yg pendek dulu dari bawah ke atas scara urut.jgn dari al-baqoroh krn blm cocok dgn tingkat kecerdasan mereka. Di saudi Arabia pun juga demikian, dimulai dari ayat2 pendek.Saya juga sering mengikuti anak2 yg tahfiz al-qur’an di Arab Saudi,bahkan sy juga ikut menghafal sampai sekarang.

  2. bolehkah saudara cadangkan dimana sekolah tahfiz yg harus saya rujuk untuk menghantar anak yg yurannye berpatutan dengan kemampuan…maklumla sekarang nie byk yg di kl harganye bukan calang2…

    • mungkin boleh cari di kelantan atau terengganu. sebenarnya yuran ni bergantung kepada pakej tahfiz yang ditawarkan. kalau tahfiz full time dan fardhu ain, tak campur akademik, yuran biasanya tak semahal yang tahfiz dan akademik. saya cadangkan maahad tahfiz al-quran wal qiraat repek,pasir mas kelantan / madrasah tahfiz rantau panjang ( hj loh ) / madrasah tahfiz kubang bujuk terengganu

      • Assalamualaikum.Sya berminat htr ke TAHFIZ dn sekarang sedang survey beberapa tahfiz.Blh sya dptkn pendapat mgenai Tahfiz Darul Haffiz? Trima kasih

      • Tun Qhas Ibrahim

        Assalamualaikum… Maaf sy bertanya… adakah maahad tahfiz yg Tuan sebutkan itu sesuai utk anak perempuan sy yg sekarang berumur 15 thn?… Anak sy meminta sy mencarikan beliau sebuah maahad tahfiz sepenuh masa dan tak bercampur akademik…

  3. sebenarnya yuran tahfiz yang paling mahal berapa?

  4. boleh ke sekiranya cadangkan sekolah tahfiz mana yang ok…terima kasih

  5. salam…bolehkah anda memberi senarai skolah2 yg bersesuaian…tksh

  6. wan mohd ismail bin abd jalil

    mohon jasa baik tuan syorkan pada saya sekolah manakah yang terbaik untuk anak lelaki saya berusia 11 tahun yang tinggal bersama di ppr desa tun razak cheras. t.kasih

  7. Assalam. Sy bercdg memasukkan anak lelaki sy yg berumur 11 thn ke sekolah tahfiz selepas selesai peperiksaan UPSRnya tahun hadapan. Mohon jasabaik tuan utk mencdgkan sekolah tahfiz di sekitar KL @ Selangor. T.kasih. Wsalam

    • assalam,

      saya juga berminat untuk hantar anak saya ke tahfiz tahun depan. dah dapat ke tempat tahfiz yg dicari dan anak Puan Ita belajar dimana skrg? boleh berkongsi pengalaman Puan

  8. salam…sy ade anak lelaki 2 orang..sorang umur 5 tahun,dan sorang lg umur 4 tahun…tetapi anak2 saya ni pelat..boleh ker diaorg memasuki sek.tahfiz …dalam usia begini…terima kasih…wasalam

    • wslm. saya rasa tak ada masalah, sebab banyak sekolah tahfiz sekarang memang menyediakan kelas pra atau iqra’ utk kanak2. setelah mahir barulah naik peringkat. insyaAllah pelat itu boleh diubah dengan latihan.

  9. Salam, saya benar2 inginkan anak yg cemerlang dalam tahfiz, bagimanakah cara penjagaan makanan yang perlu sebelum dia melangkah ke asrama tahfiz.

  10. Asssalamualaikum…Saya berhasrat sangat nak hantar anak saya ke Sekolah Tahfiz…pencapaian akademiknya sederhana. Kalau boleh saya nak seimbang kemahirannya dlm tahfiz & jg akademik….Tahfiz mana yang saudara boleh cadangkan bagi negeri kelantan

  11. assalamualaikum…Saya berminat nak hantar anak ke sek. tahfiz lepas UPSR. Pencapaian akademiknya sederhana. Kalau boleh biar seimbang kemahiran dlm tahfiz n akademik…boleh saudara syorkan sek. tahfiz mana yng ada di kelantan yang dikira ok sesuai utk anak saya yg sebegitu

  12. Assalamualaikum, Saya tak faham dengan definasi sekolah2 agama yg ada di Msia ni. Bolehkah anda terangkan apa beza sekolah tahfiz biasa, SMA dan sekolah maahad tahfiz? Sekarang ni ada juga yang “integrasi”. There’s no one particular website that explains this or the difference in curriculum.

    Terima kasih.

  13. assalamualikum…saya ingin bertanya…jikalau seseorang itu berumur 18tahun sekarang adakah dia boleh masuk sekolah/tahfiz/madarasah/maahad/pondok…?untuk mempelajari dengan lbh mendalam hal agama…dan dulu dia hanya pelajar sekolah hariaan/cina…

  14. assalammualaikum…saya ingin menghantar anak lelaki saya yg kini berusia 8 tahun ke tahfiz…bolehkah cadangkan dimanakah tahfiz yg sesuai d kawasan kl..

  15. Muhammad Asnawi Tomsan

    Salam,saya bercadang untuk menhantar anak saya ke sekolah Taffiz. Tetapi saya tidak tahu dimanakah sekolah Taffiz Asrama Penuh di kawasan lembah klang. Terima kasih

  16. Muhammad Asnawi Tomsan

    Salam, Saya sedang mencari sekolah Taffiz Asrama Penuh di kawasan lembah klang untuk anak2 saya.Encik/cik boleh tak memberi maklumat tentang sekolah Taffiz dan bagaimanakah Bayaran?

  17. Mohd Nasir sidek

    Saysa ingin bertanya dimanakah pusat tahfiz yang terabaik dan boleh menyambung di jordan atau mesir

  18. Mohd Nasir sidek

    Saya ingin bertanya manakah antara pusat tahfiz yang terbaik Dan dapat menyambung pengajian di Jordan, mesir atau madinah

  19. Ibu dr selangor

    Anak saya sedang belajar di sebuah sekolah tahfiz di perak dn bercadang hendak bertukar ke sekolah tahfiz sepenuh masa. Ini kerana sistem di sekolah yang sedang di pelajari sentiasa berubah dn guru kerap bertukar ganti. Saya kesian kepadanya krena dia benar2 ingin menghabiskan hafazannya. Anak saya berfikir Setelah berjaya menjadi al Hafiz, dia bercadang untuk mengambil peperiksaan Pmr. Tolong Bantu saya sekolah tahfiz terbaik mana yg boleh saya hantar? Anak saya benar2 minat untuk menjadi Hafiz. Setakat ini dia sudah menghafaz sebanyak 13 juzuk.

  20. Anak saya berusia 10thn dn 7thn sedang belajar di sebuah sek tahfiz di kerteh berasrama penuh dan saya bercadang hendak bertukar ke sek tahifiz di kuala lumpur. Boleh ke bantu saya dengan memberi senarai sek tahfiz di kuala lumpur. Tolong bantu saya sek tahfiz mana yg boleh saya hantar. sekian terima kasih.

    • Assalamualaikum Puan,

      Sy bercadang nak hantar ank yg sekarang berusia 4 thn ke sek tahfiz..mgkn sewaktu umurnya 8 thn nt..blh x beritahu sy alamat sek tahfiz di kerteh tu sbb sy mmg tinggal di sana..sekian, terima kasih.

  21. bagaimanakah cara sekiranya sy ingin memasuki maahad tahfiz… untuk kemasukan pelajar tingkatan 4 tahun depan 2014..

  22. assalamualaikum, boleh cadangkan sekolah tahfiz sains yang baik untuk anak perempuan berumur 14thn dan 13 thn. terima kasih.

  23. Abu Mu'azuwaismu'awiz

    Pengajian Tahfiz sepatutnya tak dicampur dgn akademik. Pelajaran akademik sepatutnya diberi selepas penguasaan AlQuran. Macam ulamak dolu-dolu…

  24. Assalamualaikum. Sy ingin bertanya pendapat tuan berkenaan anak lelaki sy berumur 11 thn. Anak sy telah lulus temuduga untuk memasuki ke pusat tahfiz yg tiada akademik. Akademik anak sy cemerlang. Kalau anak sy masuk ke pusat tahfiz akhir tahun ini tanpa menduduki peperiksaan UPSR, adakah mudah untuk anak sy memasuki sekolah semula di tingkatan 4 selepas tamat di sekolah tahfiz? Pendapat tuan amat dihargai. T.K

  25. nur naziefa afrina binti mohd azdi

    untuk lps pmr tak boleh ke?

  26. nur naziefa afrina binti mohd azdi

    lps pmr tak boleh ke?

  27. Salam. Saya mencari maahad tahfiz sepenuh masa utk anak ppuan 7 tahun sekitar selangor. Harap kongsi pd sesiapa yg ada recommendation.

  28. Assalamualaikum, anak saya perempuan dan sedang mengambil peperiksaan PMR, soalan saya, bole pihak tuan cadangan pusat tafiz yang sesuai untuk anak saya. saya bercadangan menghantar dia belajar lagi..

  29. Sarimah Bt. Nadimon

    Saya sedang mencari maahad thafiz yg sesuai untuk anak perempuan saya yg berumur 12 tahun dan sedang menunggu keputusan UPSR. Tolong bantu ya. Terima kasih.

    • Assalamualaikum….

      Puan boleh cuba tengok profil Maahad Tahfiz kami di http://www.mttdaruliman.edu.my untuk maklumat lanjut. InsyaAllah… Lokasi kami di Kuala Terengganu

    • Anak saya telah pun menduduki ujian kelayakan kemasukan kesekolah Menengah Tahfiz Haffiz di Klang…agak bagus sekolah ni dh 30th beroperasi . Kemasukan pelajar tingkatan 1 pada 11/12/2013 ini…pelajar tingkatan 1 diasingkan agar mereka dapat mensesuaikan diri terlebih dahulu jika berminat sila tel 03-33436505.

      • Julaiha Said Enan

        Anak saya baru nak pergi interview kat kolej tahfiz klang tu..nak tanya camne exam dan hafazan test tu…anak pn azizah perempuan ke lelaki..ingat nak minta pandangan puan..kalau x keberatan blh cal saya di 016-2155038 / 0193211123..tq

  30. Salam..sy berhajat sangat nk masukkn anak sy tahfiz..anak sy masih mngu kptusan upsr Sy duduk di melaka,tolong bantu sy nak cari alamat tahfiz yg terbaik buat anak sy,dan apa pendapat cik tahfiz akademik atau tahfiz sepenuh masa yg lebih baik.tolong bantu sy t.kasih

  31. muhammad abd.allah bin zakaria

    Assalamualaikum…saya nk tanye sikit..kenape saya masuk sekolah tahfiz asyik x ngam jer..asyik pindah jek..masuk nie hampir 4 madrasah &maa’had telah saye cube.ia membuatkan saya susah nk belajar & susah untuk mengkhatamkn al-quran yg saya hafal selame ini..saye mohon,suggest(cadangan) &nasihat yg terbaik utk pelajar macm saya…!

  32. muhammad abd.allah bin zakaria

    Assalamualaikum….saye pelajar yg menghafaz al-quran…tapi saye kerap kali brtukar sekolah..setakat nie hampir 3 buah sekolah telah saye masuk..tapi semuanye x ngam..ini kerana saye kurang selesa dgn sistem sekolah yg x teratur & guru2 yg selalu bertukar2…d an ia membuatkn saye susah dan lambat

  33. assalammualaikum… saya ada ank lelaki brusia 8thun n bhajad nak masukkan ke sekolah tahfis di sebabkan die cenderung ke arah itu… jd tolong cadangkan kpada saya tahfis yg sesuai di negeri Pahang khususnyer… harap dapat bantu sya…

  34. assalam….boleh cadangkan saya sekolah tahfiz akedemik di kuala lumpur.

  35. anak sya berumur 11 tahun

  36. Maahad tahfiz di johor

  37. Salam…saya ingin hantar ank lepasan upsr ke pusat tahfiz cuma saya x tahu kemana arah mada depan mereka bila selesai pengajian tahfiz…ini kerana jika tahfiz +akademik ia seolah.olah ada keseimbang dlm pembelajaran

  38. assalamualaikum. saya hendak bertanya tentang maahad tahfiz yang berada di madinah. boleh tidak kiranya syorkan saya maahad tahfiz di madinah yang terbaik dan siapa saya boleh hubungi untuk urusan pendaftaran. terima kasih

  39. nurlaila binti jannur tarihoran

    Assalamualaikum,

    Saya mempunyai seorang anak lelaki yang berusia 7thn dan akan datang beliau berumur 8thn 2014. Saya berhasrat untuk memasukan beliau di Sekolah tahfiz supaya beliau dapat mempelajari ilmu2 agama,dan juga beliau pandai hidup berdikari. Persoalan saya di manakah saya boleh memdapatkan butiran lanjut mengenai Sekolah Tahfis atau sekolah pondok. Sekian Terima Kasih.

  40. Maahad tahfiz sepenuh masa yg mana sesua untuk hantar anak tingkatan 4 2013 …dan harga brpatutan ..mklum lah skrg ni bnyk tahfiz yg hrganya trlalu mahal ..

  41. Salam, boleh cadangkan sekolah tahfiz sains akademik yang baik untuk anak perempuan yg baru lepas UPSR.

  42. Salam, boleh cadangkan sekolah tahfiz sains akademik yang baik untuk anak perempuan yg baru lepas UPSR di negeri Selangor

  43. Assalamualaikum….maaf menggangu.. anak saya bumur 8 thun dn bminat nk msuk skolah tahfiz… boleh x saudara bg cadangan skolah tahfiz yg yg baik dan yg telah lama d tubuhkn d bahagian kl dan selangor..

  44. Salam… Alhamdulilah Dan syabas kepada ibu bapa yg menghantar anak mereka ke sekolah Tahfiz. Pengalaman saya kena pastikan dan pilih sekolah yg betul. Sebab bukan semuanya bagus. Banyak yg bermasalah. Cuma pendapat saya, konsep pembelajaran Tahfiz di Malaysia ini salah kerana kita lebih mementingkan hafalan sahaja. Kita gagal untuk memahami apakah sebenarnya peranan al Quran. Al Quran bukan sahaja untuk dibaca Dan dihafal, tetapi juga perlu difahami bagi membolehkan segala panduan, peraturan, undang2 Dan ajarannya dilaksanakan oleh umat islam. Konsepnya ialah ‘Baca, hafal, memahami Dan melaksanakan perintah Allah swt. Bukan hanya menghafal Dan tidak faham langsung apa yg dihafal. Sebaik2nya mereka yg hendak memasuki sekolah Tahfiz hendak lah terlebih dahulu diajar Bahasa Arab sehingga lancar barulah mereka layak untuk menghafal, memahami Dan melaksanakan ajarannya alquran.

  45. assalamualaikum..keluarga saya nak hantar adik ke sekolah agama.Pada asalnya dah isi borang permohonan ke SMKA tp tak dapat…untuk itu saya mohon perkongsian atau cadangan mana2 sekolah maahad tahfiz yang mempunyai sistem hafaz al quran dan akademik di sekitar Perak atau Kedah…

  46. Anak perempuan sya berminat untuk melanjutkan pelajaran tingkatan satu disekolah tahfiz. Masih boleh lagi ke memohon. Kalau boleh sekitar Selangor. Terima kasih.

  47. Terima kasih atas perkongsian ini…anak 13 thn lelaki sudah pun melangkah ke alam tahfiz..doakan bersama ya myilham.com :)

    • Barakallahu fikum. Allahumma faqqihhu fiddin waj’alhu min ahlil quran. Amin

    • salam Puan Ida,

      boleh kongsi dengan saya sekolah tahfiz mana yg Puan hantar anak. Saya juga berhajat utk menghantar anak ke tahfiz tahun depan.

  48. Siti Hamisah Mohamad

    As salam, saya mempunyai anak yang akan menduduki UPSR tahun ini . adakah sekolah tahfiz yang memngambil murid lepasan UPSR ?

  49. nong aisyah aminah maimunah

    As’salam,saya berminat mhantar anak sya ke Tahfiz..masaalah nya tidak diterima alasan nya anak saya tidak mendapat ‘A’ dlm keputusan UPSR…sedangkan sebelum ini pun anak sulung saya cuma mdapat 4A 1B juga tdk diterima masuk dgn alasan yg sama..baru2 ini saya ada terjumpa seorg pelajar dr tahfiz dr Darul Ulum kota Gelanggi,beliau ada menerangkan serba sedikit kpd saya perihal tempat beliau belajar..dgn bayaran yg berpatutan dgn keadaan sy yg serba kekurangan ini…sy rasa tempat itu amat la sesuai..tp ada kah pihak di sana akan menirima anak saya…saya berharap sgt2 agar anak saya kali ini diterima..insyaallah

  50. Assalammualaikum Ada sesiapa tahu x mana2 Sek tahfiz atau pondok Yg Ade mnjalankan aktiviti pengajian tahfiz sepanjang 2 mggu cuti persekolahan petengahan thn bln 6 ini. Saya beminat nak mendaftarkan ank2 sy.