ST 2 : Persediaan Dan Pantang Larang

On 01/04/2009, in tahfiz Al-Quran, by myilham.com


بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh : hafizquran

Bertemu lagi dalam siri kedua, yang insyaAllah akan saya panjangkan ke siri2 seterusnya bagi memastikan perbincangan ini berjalan dalam keadaan konsisten dan memberikan manfaat dua hala untuk kebaikan bersama.

Seringkali saya melihat adik2 yang baru mula berjinak2 atau baru mula hendak serius dengan dunia hafazan Al-Quran berada dalam keadaan bingung dan cemas. Situasi inilah yang saya lihat saban tahun pada adik2 junior Darul Quran samada Persijilan mahupun Diploma.

Saya mengagak, mungkin mereka sedang cuba menyesuaikan diri dengan ‘kehidupan baru’ sebagai penghafaz Al-Quran. Mungkin juga mereka sedang cuba ‘mencari perbezaan’ antara kehidupan abang2 dan kakak2 senior Darul Quran berbanding masyarakat di luar. Apa yang pasti, mereka sebenarnya berada dalam keadaan ‘tidak sabar2’ untuk memulakan hafazan dan mungkin sudah ada di antara mereka yang berangan2 telahpun khatam menghafaz Al-Quran.


TRANSFORMASI HUFFAZ : DI MANA TITIK TOLAKNYA?


Asalnya anda merupakan pelajar yang saban hari membuka kitab2 madah dan jarang2 sekali membuka dan membaca Al-Quran. Kalau ada pun mungkin ayat2 hafazan untuk peperiksaan yang wajib dihafaz . Asalnya anda belajar di waktu pagi, bersukan di waktu petang, menyiapkan kerja rumah di waktu malam dan seterusnya disambung dengan menonton tv dan bersantai.

Kini anda terpaksa melalui satu TRANSFORMASI dalam semua aspek kehidupan anda. Sudah tentu rutin harian anda juga berubah. Jika sebelum ini anda jarang sekali membuka Al-Quran, kini setiap hari anda terpaksa mendampingi dan membacanya. Jika sebelum ini anda tidur jam 10 malam dan bangun jam 6 pagi, mungkin anda terpaksa menukar dan membiasakan diri tidur jam 12 dan bangun jam 4.30 pagi. Ini adalah perubahan yang WAJIB anda lalui, dan ianya akan saya bincangkan dalam siri2 berikutnya secara lebih terperinci, insyaAllah.

Semuanya perkara yang penting, dan ramai di kalangan huffaz2 amatur ini yang tidak sabar2 untuk mendapat pendedahan2 tersebut. Namun sebelum itu saya ingin sebutkan sesuatu yang lebih penting bagi seorang yang mula2 hendak menghafaz Al-Quran. Perhatian : bukan sengaja mengkhususkan kepada ‘yang mula2’, justeru ia juga perlu dimuhasabah bersama bagi ‘yang telah lama’. Perkara ini sangat penting sebagai titik tolak kepada kejayaan seseorang penghafaz Al-Quran.


PERSEDIAAN

Ilmu menghafaz Al-Quran bukanlah ilmu calang2, kerana itu ia juga tidak akan menjadi teman melainkan kepada orang yang benar2 layak. Bukan calang2 orang yang berjaya menjadi hafiz yang masyi, dan bukan calang2 orang yang berjaya mengamalkan seluruh isi kandungan Al-Quran setelah tamat menghafaznya. Semuanya berpunca dari persediaan yang tepat dan penjagaan pantang larang yang berterusan.

Persediaan pertama :

Sewajibnya bagi seorang yang ingin menghafaz Al-Quran membetulkan dan menetapkan apakah NIAT sebenar dan tujuan asalnya untuk menghafaz Al-Quran. Adakah untuk mendapat nama? Untuk mendapat kepujian? Atau benar2 untuk memelihara kalam Allah dalam hatinya.

Persediaan kedua :

Mengosongkan kebanyakan waktu dari urusan duniawi. Ini saya sebutkan sebagai salah satu persediaan , kerana tidak ramai yang mampu meletakkan waktunya secara fokus untuk Al-Quran dengan melupakan urusan keduniaanya. Persiapan mental yang baik sangat penting bagi membolehkan seorang penghafaz Al-Quran mencapai tumpuan yang maksima sewaktu menghafaz.

Persediaan ketiga :

Kefasihan menyebut huruf, menguasai asas2 hukum tajwid beserta sedikit kefahaman tentang ilmu asas tahfiz Al-Quran. Kebiasaannya boleh dirujuk melalui buku2. Ini juga saya senaraikan sebagai salah satu persediaan, kerana saya bimbang seorang penghafaz Al-Quran yang tidak mempunyai asas2 tajwid dan kefasihan menyebut huruf akan menghadapi kesulitan berganda dalam memulakan proses menghafaz. Seboleh2nya ia diusahakan di peringkat awal melalui buku2 asas ilmu tajwid dan sebagainya.

Persediaan keempat :

Mempunyai sebuah Al-Quran milik sendiri secara tetap, dibalut secara kemas dan terjaga. Niatkan supaya mashaf Al-Quran itulah yang pertama dan terakhir untuk diri sendiri. Elakkan dari menukar2 mushaf sesuka hati atau meminjam2 mashaf milik orang lain.

Persediaan kelima :

Istiqamah di sebuah madrasah atau kelas tahfiz yang tetap dan juga mempunyai seorang guru Al-Quran yang tetap untuk anda. Elakkan dari bertukar2 sekolah tahfiz atau bertukar2 guru tasmi’ anda.

Persediaan keenam :

Kesihatan tubuh yang baik, keadaan mental yang stabil. Justeru amalkan bersenam secara konsisten dan teratur. Elakkan dari dihinggapi sebarang penyakit. Kesihatan tubuh badan yang baik adalah antara elemen terpenting seorang penghafaz Al-Quran.

Persediaan ketujuh :

Mendapat restu dari guru dan ibu bapa. Bersedia terutama dari segi mental dan perasaan untuk berjauhan dengan keluarga dan ‘beruzlah’ di madrasah. Kebiasaanya saya lihat di kalangan muslimat atau banat masih sukar untuk melupakan keluarga dan memberi fokus pada kehidupan di madrasah. Perkara ini meskipun remeh namun sangat memberi kesan kepada hafazan anda akan datang, iaitu bilamana anda tidak betah duduk di madrasah dan seringkali ingin pulang ke rumah.


BEBERAPA PANTANG LARANG

Pertama :

Menderhaka ibu bapa ataupun biadab dengan guru. Sewaktu mula menghafaz Al-Quran dahulu, guru tasmi’ saya adalah manusia yang paling saya hormat, gerun dan sayang. Elakkan dari mengumpat guru anda walaupun sekadar bercerita tentang dirinya, sebaliknya banyakkan meminta nasihat dan menaikkan ‘izzah guru tersebut.

Kedua :

Bergaduh atau bermusuh. Elakkan dari mempunyai musuh atau berdendam dengan sesiapa sewaktu anda berada di fatrah memulakan hafazan Al-Quran. Ini kerana permusuhan adalah soal yang melibatkan hati. Bilamana hati gundah gulana dan berkecamuk, fokus anda terhadap hafazan juga akan hancur. Justeru segerakan memberi maaf dan berdamai.

Ketiga :

Menonton filem2 lucah. Penceramah saya sewaktu minggu orientasi mengistilahkannya sebagai ‘melihat lembu2 tak pakai baju’. Tidak perlu saya huraikan secara lebih dalam, bahkan memadai dengan meneliti firman Allah :

Tidak Allah jadikan bagi seorang lelaki itu dua hati dalam satu rongga”

Dan juga hadith Nabi s.a.w :

Pada jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik, maka baiklah keseluruhan jasad, apabila ia buruk maka buruklah sekalian jasad, ketahuilah bahawa ia adalah HATI”

Sebuah lagi hadith menyebut :

apabila anak adam melakukan maksiat maka satu titik hitam akan melekat pada hatinya, dan titik2 hitam itu hanya akan dapat dibasuh dengan zikrullah”

Keempat :

Banyak tidur, banyak main. Ini juga saya senaraikan sebagai suatu kepantangan bagi penghafaz Al-Quran. Tidur adalah untuk rehat dan memperoleh tenaga. Tetapi jika berlebih2an tidur akan menjadikan badan penat dan otak malas. Demikian juga bermain atau bersukan. Ia bagus untuk kecergasan jasmani yang mana merupakan kesinambungan kepada kecerdasan fikiran dan akal. Tetapi apabila terlalu berlebih2an akan mendatangkan kepenatan pada badan dan mengakibatkan anda mudah mengantuk. Kadangkala ia juga mendatangkan kecederaan2 pada anggota tertentu.

Kelima :

Makan makanan2 syubhah dan haram. Sebenarnya memadai saya menyebut tentang perkara syubhah sahaja, kerana yang haram telahpun dimaklumi akan pengharamannya. Perkara syubhah adalah perkara2 yang diragui tentang halal haramnya, serta diragui pula tentang sumber2nya. Bagi golongan biasa ia harus dijauhi, tetapi bagi golongan huffaz, saya katakan ia WAJIB dijauhi dan ditinggalkan. Aspek pemakanan sangat memberi pengaruh kepada daya ingatan dan hati seorang penghafaz A-Quran.

Keenam :

Membuang masa dan bercakap perkara2 yang sia2. Ini secara tidak langsungsaya kaitkan dengan aspek pengurusan masa ( akan dibincangkan nanti )

Firman Allah : “ Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian”

Ketujuh :

Ber’couple’, bergayut, ber ‘sms’ melampau dan berzina.

Kelapan :

Minum arak, terjebak dengan dadah dan merokok. Suka untuk saya senaraikan bahawa MEROKOK ADALAH HARAM terutama bagi penghafaz Al-Quran. Jika tidak anda sepatutnya malu bila menghafaz ayat Al-Quran yang berbunyi :

Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan”

Juga firman Allah :

Dan Dia ( Allah ) menghalalkan bagimu segala yang baik da mengharamkan bagimu segala yang buruk ”

Bagi yang sedar dan berusaha untuk berhenti, tahniah dan syabas. Bagi yang enggan dan menentang kenyataan ini, fikir2 dan renung2kanlah. Saya sekadar berkongsi.

Kesembilan :

Biadab atau kurang adab dengan Al-Quran. Ini saya sentuh secara jelas berkenaan masalah adab. Saya sendiri merupakan seorang yang cukup pantang membawa Al-Quran di bawah aras pinggang, meletak Al-Quran di atas lantai, melunjurkan kaki ke arah Al-Quran dan membiarkan Al-Quran terbuka tanpa dibaca.

Ini hanya sebahagian dari adab2 dan pantang larang yang sangat saya jaga, insyaAllah. Jika anda tidak menghormati Al-Quran, bagaimana mungkin Al-Quran akan melekat di hati anda?

Kesepuluh :

Bertukar2 mushaf Al-Quran, kelas Al-Quran, guru Al-Quran dan tempat duduk dalam kelas Al-Quran tanpa sebab yang munasabah. Seboleh2nya cuba elakkan. Ini adalah antara pantang larang yang sering saya pesan dan sangat saya jaga. Istiqamahlah dengan SATU MUSHAF, SATU GURU, SATU MADRASAH dan SATU TEMPAT DUDUK.

Pesan guru saya suatu masa dahulu ; jangan sekali2 bertukar tempat duduk, kerana boleh jadi waktu itu Malaikat rahmat menurunkan rahmat ke tempat duduk kita. Alangkah rugi jika kita seringkali bertukar2 tempat duduk tanpa sebab munasabah. Justeru saya sangat istiqamah dengan tempat duduk dan meja saya sendiri. Alhamdulillah terjaga.

Kesebelas :

Melakukan Onani ( masturbation ). Selain dari hukum pengharamannya berdasarkan kitab2 Fiqh, terdapat juga kajian2 dari pakar2 perubatan yang mengaitkan kesan onani dengan ‘kekerasan’ dan ‘kegelapan’ hati. Kesan dari itu akan menjadikan si pelaku ketagihan perkara yang haram, sukar menerima nasihat dan peringatan serta bertambah jauh dari rahmat Allah. Justeru elemen2 negatif seperti ini sangat2 perlu dijauhi terutama bagi golongan yang ingin mempelajari, mendalami dan menghafaz Al-Quran.

Sekian.


NOTE : Upgraded On 6 Jun 2011

Comments

comments

 

12 Responses to ST 2 : Persediaan Dan Pantang Larang

  1. Anonymous says:

    Akum Ustaz..nak tye ttg situasi orang arab.ada ustaz ana cakap, mereka kalau nak duduk mereka akan ambil je buku atau kitab2 dan mereka duduk atas kitab tu.tapi kita lihat, mereka antara golongan-golongan yang cerdik..apa pandangan ustaz?

  2. hafizquran says:

    wslm.
    terlebih dahulu sy mnta maaf atas kelewatan mmberi respon disebabkan tak berpeluang untuk ke cc..alhamdulillah dengan skit kesempatan ni sy cuba jwb dan bagi pendapat.

    sejujurnya sy sndiri belum pernah melihat situasi sperti diceritakan , iaitu orang arab yg duduk di atas kitab atau buku. dan saya berpendapat jika berlaku situasi itu, umum manusia akan menganggapnya sebagai biadap atau tidak beradab, apatah lagi kalau kitab itu kitab agama dan mengandungi ayat2 quran.

    jika anda pernah melihat situasi tersebut, sy nasihatkan supaya jangan mudah mengaitkan dengan bab ‘menjadi cerdik’. kerana sebagai seorang tholibul ilm, sewajibnya kita menjaga perkara2 berkaitan adab dan tingkahlaku kita terhadap kitab yg kita pelajari. imam Ghazali sndiri menulis secara panjang berkaitan adab penuntut ilmu cthnya dalam kitabnya bidayatul hidayah.

    begitu juga jika kita merujuk kitab2 lain spt ihya ulumuddin dan sebagainya, para ulama’ akan mengaitkan aspek adab sebagai asbab untk mndapat keberkatan dalam ilmu.

    secara zahirnya memanglah kita melihat mereka cerdik pandai, cthnya orang bukan islam yg berbangsa cina atau para orientalis, mereka cerdik dan pandai meskipun tiada adab bahkan tidak memperhalusi keperntingan adab sepertimana kita orang islam di ajar untuk mengambil ihtimam ttgnya.

    selebihnya, bagi saya kebiasaan masyarakat arab mmg jenis yang agak kasar berbanding kita orang melayu, yg banyak kelembutan, kehalusan dan adab sebagai masyarakat timur dan sebagainya.

    walauhua’lam.

  3. zaharah says:

    salam..warna tulisan maksud ayat contra betul ngan warna backgroud,susah tol ana nak baca..sakit mata

  4. hafizquran says:

    utk mkluman, waktu ana post artikel ni, ana belum tukar template blog..

    bila ana ubah template, ana tak ubah kesemua post dan warna2 pada post..sebab tu jadi camtu. bukan disengajakan.

    afwan.

  5. khadimullah says:

    salam'alaik….akhi…trima ksih sbb tlis article ni..peringatan bt dri yg lupa…how to srenghten our iman?bknnye xtau bnde2 yg xsptutnya hamalatul quran bt tp kdg2 sy kalah juga dgn bskn syaitan n nafsu….jd susah nk ngulang quran…huhu…ya Allah,bersihkanlah hatiku dr dosa n noda….jgn Kau biarkn aku trus sesat…kurniaknlah org d sklilingku yg mbawa aku kembali n dekat pnMu…

  6. asma says:

    Assalamualaikum ustaz,bagaimana keadaan perempuan yang datang bulan? adakah dibolehkan menghafaz quran?

    • myilham.com says:

      wslm. ada khilaf di kalangan ulamak. ada yang kata boleh, ada kata xboleh. lebih selamat ikut pendapat yg kata xboleh. ada ulamak mgharuskan wanita haid iadah al-quran sahaja dan bukan menghafaz yg baru. wallahua’lam.

  7. siti says:

    assalamualaikum..
    sy nak bertanya..mcm mne kalau kita dah ada minat dan keinginan utk menghafaz Al-Quran tapi skrg kita bukanlah belajar di institusi yang sememangnya mengajar utk menghafaz Al-Quran sebaliknya kita cuba untuk menghafaz dengan inisiatif sendiri..tapi untuk mengtasmi’ bacaan , siapa yg seharusnya sy rujuk untuk tasmi’ hafazan sy dan adakah dibolehkn kalau kita menghafaz tanpa ada orang untuk mengtasmi’ bacaan kita?

    syukran..

  8. Muhammad 'Ammar says:

    JazakAllah, barakAllahu fik… Alhamdulillah. Jumpa artikel ni. Lengkap, ckup lengkap. Untuk pntg2 tu, akan cba sya amalkan stu perstu agr istiqamah. Saya juga sepihak dengan siti. Untuk ke Maahad Tahfiz, sya ykin, skar utk kluarga sya izinkan. Tambahan lagi, aliran saya adlh teknologi maklumat, IT. Tapi, sya tetap bercita-cita untuk brglar hafiz di sisi Allah. Bolehkah saya menghafal sendiri, merjuk kpd syeikh2 qari, yg ad mrkmkan dlm bntuk mp3? Cthnya, Maher al-Muaiqly. Saya hfal dn tasmi melalui bcaan beliau. Boleh atau tidak? Jika berkesempatan, saya hrap segalanya dpt Tuan jwb. Terima kasih al-Hafiz.

  9. muhammad rasul says:

    sAYA SUKA DENGAN APA YANG DIKONGSIKAN,JAZAKUMULLAH HU KHAIR,SYUKRAN JAZILAN.
    DAN PENDAPAT SAYA KEPADA (SAUDARA AMMAR N SAUDARI SITi) :
    TERUSKAN MENGHAFAL,WALAUPUN SEDIKIT DEMI SEDIKIT.DAN SEBAIKNYA TASMI’ LAH DENGAN GURU ATAU ORANG YANG FASIH QURAN KERANA IA DAPAT MEMBETULKAN BACAAN,PEMBETULAN DARI HURUF,TAJWID N SEBAGAINYA.ITU ADALAH SEBAIKNYA DARI KITA MELAKUKAN KESALAN TERSILAP BACAAN.DAN DISINI SAYA BERHARAP SEMANGAT YANG ADA DITERUSKAN WALAUPUN TIDAK DAPAT TAMATKN KHATAM HAFALAN ATAU 5 SURAH DAN BEBERAPA JE YANG SEMAMPU ANDA INI MENJADI PEBERIMAAN allah,semoga niat anda dilihat allah dan dibangkitkan bersama2 para huffaz..amiin.!!

  10. muhammad rasul says:

    sAYA SUKA DENGAN APA YANG DIKONGSIKAN,JAZAKUMULLAH HU KHAIR,SYUKRAN JAZILAN.
    DAN PENDAPAT SAYA KEPADA (SAUDARA AMMAR N SAUDARI SITi) :
    TERUSKAN MENGHAFAL,WALAUPUN SEDIKIT DEMI SEDIKIT.DAN SEBAIKNYA TASMI’ LAH DENGAN GURU ATAU ORANG YANG FASIH QURAN KERANA IA DAPAT MEMBETULKAN BACAAN,PEMBETULAN DARI HURUF,TAJWID N SEBAGAINYA.ITU ADALAH SEBAIKNYA DARI KITA MELAKUKAN KESALAN TERSILAP BACAAN.DAN DISINI SAYA BERHARAP SEMANGAT YANG ADA DITERUSKAN WALAUPUN TIDAK DAPAT TAMATKN KHATAM HAFALAN ATAU 5 SURAH DAN BEBERAPA JE YANG SEMAMPU ANDA INI MENJADI PEnERIMAAN allah,semoga niat anda dilihat allah dan dibangkitkan bersama2 para huffaz..amiin.!!

  11. zuhi says:

    terima kasih, minta nasihat untuk orang yang pernah mengahafal tetapi meninggalkan hafalannya, juga cara ustaz mengulang hafalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>